Search This Blog

Friday, 16 January 2015

ALMARI TERBUKA : PAX IKEA FRAME WARDROBE menjadi pilihan

Assalamualaikum....

Berkisar tentang permulaan bagaimana saya boleh terjebak dengan impian almari terbuka ni, hahaha...

Memang masa awal dulu tu, tengok cerita Full House.
Pastu, google2 la gambar2 yang best, kenkonon untuk berangan dulu.
Pernah juga buat satu entri dalam blog nak pasang angan2, dan secara langsung nak tunjuk kat bakal suami, kahkahkah....
Poyo lah sangat, hahaha.

Pastu bila dah kawen, lupa sekejap pasal hal ni...
Masa menyewa dulu, buat juga open wardrobe..
Open wardrobe macam ni....


Haaaaa, guna ampaian yang beroda tu je..
Ini memang conpem, tak tipu.
Gambar masa kat rumah sewa dulu.
Masa ni saya masih bekerja.

Sekarang ni pun guna lagi ampaian ni.
Saya guna buat jemur baju lepas basuh.
Ampaian ni letak dalam bilik tidur je.
Sebab saya malas nak keluar rumah.

Sebelum ada almari IKEA tu, saya guna separuh untuk jemur baju.
Separuh lagi untuk baju pakai jalan, ada yang siap iron, ada yang tak...
Lepas tu, sampai la kami berdua jalan2 ke IKEA, macam mana boleh terambil buku katalog IKEA 2013.
Tentang PAX Wardrobe...

Bermula la dari saat ini.
Baru saya tau IKEA ada jual.
Macam hampir nak menjadi kenyataan je...
Bila tengok katalog tu, haaa ini dia....


Masa tengok gambar ni la, baru saya tau ada macam ni.
Maknanya boleh la beli frame sahaja.
Selama ni, IKEA tunjuk siap yang ada pintu je.
Kali ni tengok, yang terbuka...
Ni yang berkobar2 ni...
Terus tunjuk kat enSuami nak buat macam ni.

Cumanya tak ada bilik khas la.
Saya cakap, saya plan, cukup penuh dinding ni pun dah OK, cewahhh..
enSuami saya, Emmmm je.
Dia cakap apa lagi entah, saya pun tak ingat dah.

Selepas daripada tu, baru la dok study kat katalog dan website tu.
Study pasal warna, saiz panjang, lebar, tinggi pun berbeza.
Kena ukur dinding dan lantai rumah sendiri.
Berkira2 untuk pilih saiz yang sesuai.
Lamaaa, nak dekat setahun gak la kan..

Sebab tahun lepas, target rumah saya dapat selesaikan kabinet dapur, lantai kayu dan sofa.
Yang ni je kena tangguh lambat sikit.
Sebab ongkosnya belum ada...

Sambil2 tu ada juga dok survey kalau buat built-in wardrobe dengan kontraktor kabinet dapur tu.
Kalau tak silap saya la kan, saya pun dah ingat2 lupa...
Bila dibandingkan, macam berbaloi beli IKEA je.
Sebab saya SUKA, hahaha....
Ohh ya, mungkin sebab tanpa pintu.
Kalau amek pintu, boleh tahan la juga harga dia...huhu.

Ingat dulu nak beli satu bulan, satu frame..
Tapi bila pandang kereta sendiri yang conpem tak muat tu.
Jadi tukar plan beli sekaligus.
Tu pun saya beli frame je dulu.
Yang interior fitting tu, kemudian2 la....
Benda kecil2 boleh angkut lain kali.
Jadi sebab tu beli frame je dulu...


Selepas kami selesai buat lantai kayu, enSuami dah mula jatuh cinta dengan material kayu warna tulen.
Macam gambar atas ni.
Tahun lepas, dalam bulan 10 ke 11, kami ke IKEA sekali lagi, untuk final survey.
Masa tu kan, huhuhu, enSuami dan saya confirm nak pilih kaler coklat kayu tu.
Sebelum pergi tu, saya nak beli kaler putih.
Sebab katil n side table dah beli putih hari tu.
Rupanya kaler putih ni, lama2 akan kekuningan sikit ye?
Di showroon tu pun boleh nampak perbezaan warnanya bila dah lama2.

Saya tabik spring la sapa yang suka perabot putih tu.
Saya je tak mampu, surrender, huhuhu..

Akhirnya, bila nak pergi beli, tukar lagi keputusan.
Nak beli kaler black-brown plak, ayoyoyo....


Pasrah je la....


Entah OK ke tidak nanti2 bila dah lama, saya pun tak tahu nak cakap.
Setakat ni saya OK je...
Asal boleh gantung semua, saya lega.

Yang perabot putih, akan dihitamkan tak lama, kahkahkah..
Pelan2 la kayuh..
Tak ke mana pun..
Tak ada masuk pertandingan apa pun.
Diri sendiri je yang nak tengok hari2.

Lama juga la nak siap, hari tu cakap nak iron cepat2.
Tak sama kualiti kerja masa tak ada anak, dengan ada anak, huhuhu...
Dulu2 sekali jalan je, setle, sapu clear.
Sekarang Ya Allah, susah bebenor nak habiskan sehelai baju pun.
Dalam 3 kali saya on iron, dapat setle 11 helai je baju kemeja cotton enSuami.
Lagi 2 helai tak habis.

Tak masuk lagi baju batik, baju raihan, baju melayu, hukhuk...
Baju saya lagi la tak ada harapan nak iron, emmmm...
Dah seminggu dah terpasang, kalau nak kira keseluruhannya belum siap lagi.
Macam2 nak buat serentak, tangan ada dua je kotttt..
Huhuhu, pelan sangat la speed sekarang ni.

Kalau ada yang berminat nak ushar2 PAX System ni,
boleh klik sini...

Beberapa sebab yang buatkan saya pilih open wardobe ni:
1. Sebab impian saya. Dah teringin sangat nak jenis terbuka macam ni. Entah efektif ke tak, saya belum tau lagi. Setakat saya happy je, sebab impian tercapai.

2. Sebab saya tak suka sliding untuk almari baju. Kebanyakan kedai perabot sekarang, semua jual sliding kan. Diorang cakap semua pintu takkan terkeluar dari rod nya. Tapi macam tak betul je, senang je boleh tergelongsor dan tersasar. Lama2 mesti akan ada yang tak kena juga. Kalau ada pintu yang jenis buka ke depan kat kedai perabot biasa, saya nak je beli. Tapi kadang2 pintu macam tu, yang mahal2 je ada. Yang murah dan mampu, jarang nak jumpa.

3. Dan kalau ada pintu yang jenis terbuka macam tu, saya sangat risau, kalau2 enSuami tak reti nak tutup balik pintu selepas buka. Almari bujang saya tu, banyak kali dia buka, pastu tinggal macam tu je. Ketinggian pintu tu, lebih kurang ketinggian Hafni, kalau terbuka, kebetulan Hafni baru nak berdiri, mau terhantuk kepala Hafni dengan bucu tajam pintu tu. Kira sebab utamanya, sebab enSuami saya tak reti nak tutup balik, elok le sangat kita beli almari yang tak ada pintu je....

4. Beli PAX System ni, sepenuhnya kita boleh pilih design ikut suka kita nak macam mana. Nak banyak gantung ke, nak banyak laci ke, nak banyak shelf ke... Best la jugak kan, sebab saya nak gantung semua. Ingat beli yang paling tinggi, nak boleh buat 3 line rel. Tapi tak boleh jugak ler, dua juga yang boleh. Sebabnya kita yang rendah. Tak tercapai, nak gantung sampai 3 tingkat, melainkan guna bangku, atau kerusi untuk panjat, hahahaha...
5. Dan saya pilih konsep terbuka dan banyak gantung, sebab nak jimatkan masa dan tenaga. Yelah, mencuci pakaian ni, boleh dikatakan setiap hari kita cuci pakaian. Ataupun, bagi yang bekerja, seminggu sekali ke. Dari membasuh, bukan boleh setle terus hal pakaian ni. Lepas basuh, kena jemur, lepas kering, kena kutip. Dah kutip, kena lipat. Lepas lipat, nak kena simpan plak. Lepas simpan pun belum setle lagi, nak gosok-iron plak bagi kasi licin baju. Banyak kan kerja dari hal pakaian ni je... Moh le kita menjimatkan tenaga, hahaha. Kasi gantung je.... Dan bila gantung, kekemasan tu senang sikit nak maintain daripada lipat bertindan-tindan. Kalau ada spesies macam spesies enSuami saya, lagi la sakit jiwa tengok pakaian yang kucar-kacir bila dia nak amek sehelai baju sahaja pun.
6. Dan sebab nak kekal kemas, saya pilih konsep terbuka. Supaya saya sendiri alert dengan kecacatan yang ada. Orang kata kalau ada pintu, sumbat segala dalam almari dan kasi tutup itu pintu. Setle masalah. Tapi saya tau, itu time malas dan tak sempat je, yang orang buat macam tu. Sampai satu masa, kita mesti tak tahan nyer kalau tengok baju bergumpal2, berlonggok2 dalam almari, kan? kan? kan? Mesti kita kemaskan juga lepas tu kan. Jadi bila konsep terbuka macam ni, memang tak ada chance la nak mengelat.. Sampaikan kalau enSuami buat hal, memang cepat aje saya nampakkk, haa kan terus daa membebel kat enSuami, hahahahaha....

Selain PAX system, ada satu lagi sistem Algot. Yang jenis guna besi2 lubang2 tu.
Dulu berkira2 juga nak pilih Algot.
Tapi kena sedar diri ler, enSuami kita tu, tak suka nak drill2 dinding.
Jadi tak perlu nak ambil risiko, nak susah2 drill.
Nak pasang PAX ni pun, dia kata susah.
Ohhhh, sabaq je la...

Amek PAX frame ni, senang nak uruskan.
Sebab dah ada partition sendiri.
Senang saya nak kelaskan pakaian ikut kategori.
Kalau ikutkan, PAX ni kena drill juga ke dinding.
Tapi sebabkan ada gap sikit antara dinding dan almari sebab bahagian bawah tu ada skirting tiles kan, jadi almari tak rapat dengan dinding.

Setakat ni, memang free je almari tu.
Nak tukar2 kedudukan lagi pun boleh.
Cuma berat sikit la, sebab dah ada baju kan, hahaha.... 

*lamanya amek masa nak mengemas sejak ada anak ni, huhuhu. sampai sekarang tak setle2 lagi. sikit2 je la improve time ada mood, hehehe.

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers