Search This Blog

Wednesday 1 January 2014

Mahligai Bahagia : Warna-warni di rumah


Assalamualaikum...

Apa khabar semua?
Harap ceria2 semua pada hari pertama tahun baru....

Saya nak mulakan tahun baru dengan cerita deko-deko rumah.
Ooops, amaran.
Tak ada yang gempaq pun...

Besa2 ja ala2 saya.
Kadang2 minat nak buat cantik2.
Kadang2 malas bebenor.
Entah lah saya tak reti sangat nak cantik-cantikkan rumah.

Kadang2 dapat idea tu, ada rezeki nak yoya sikit.
Kalau tak da terfikir apa2, cukup la sekadar kemas...

Kalau ikut spesies Mak saya, tak boleh langsung ada benda ntah apa2 kat lantai.
Semua barang, pasti ada tempat duduk menetap masing2.
Ayah saya pun jenis macam tu jugak.

Sebab yang paling saya ingat bila dia cari pengepit kuku tak jumpa2...
Ni mesti ada tangan sapa2 yang amek guna, xletak kat tempat dia balik.
Dah tu bila orang lain nak guna, tak da.
Jenuh la cari satu rumah.
almaklumlah adik beradik ramai, macam2 ragam...

Ayah mesti kata, lepas guna simpan kat tempat dia balik, senang nak cari. ni kalut2 nak kapit kuku, cari pengepit dah berejam, susah la... Lambat.
Kat Kedah hari Jumaat kan cuti.
Bila nak mandi sebelum pi solat Jumaat, baru nak potong kuku.
Haaa, kalut la kalau pengepit kuku hilang.

Ok, bab kat rumah saya, perabot tak ada lagi.
Yang ada cuma rak buku dan meja tulis yang beli dengan Bahagia Furniture.
Dan agak tidak teratur keadaan di rumah.

Tinggal berdua, eh bertiga dengan anak...
seperti dalam dunia sendiri je...
Hari2 tengok benda yang sama, lama2 saya dah imun...
Bila dah imun, yang semak pun dah tak nampak semak...
Ni yang bahaya ni, ehhe....

Time tak bersemangat, tak terfikir nak buat pape, saya boleh rilek jek tengok.
Sekali bila ada ribut nak mengemas, saya pulun sampai licin.
Harap dalam bulan januari ni, saya boleh 'clear'kan segala mak nenek yang menyemak tu.

MASA.......

Saya harap, saya punya masa untuk merealisasikannya.
Mudah-mudahan ada idea yang datang.
Oh idea, idea, idea, mana ni? huhu

Semasa proses menyiapkan ruang dapur, saya mencari2 warna cat yang sesuai untuk ruang kediaman rumah.
Yang pasti saya nak cat, 3 bilik tidur dan dapur.
Sebab dari keadaan dapur yang terkena simen dan bahagian dinding yang kena tampal, sangatlah hodoh pada pandangan saya.

Dulu masa kat rumah sewa, dah penah dah baca hal2 cat ni.
Dan kami pernah mengecat ruang tamu rumah sewa dengan tulang empat kerat kami, adik laki saya pun ada datang tolong jugak.
Jadi kali ni, hanya perlu pilih kaler apa.
Pilihan jenama tetap pada KCC Paint.
Sebab senang diurus dan murah.
Hasilnya juga boleh tahan cantik, ikut kualiti jenisnya.

Saya hanya mampu beli Koreton Plus je.
Cat kapur biasa.
7L cukup untuk 1 bilik besar, atau satu ruang tamu.

Dengan 3 bilik tidur + dapur = 4 tin cat.
Untuk bilik tidur utama, saya guna kaler pink.
Saya cari kaler yang paling lembuttt, gitu.
Pilih pink lembut, sebab saya tak ada la suka pink sangat dan fikir orang laki mesti nak anti dengan pink, kan?
Saya pilih sebab nak deko sket dekat feature wall bilik tidur ni.
Warna yang paling tenang, tak sakit mata, bilik nampak luas, kena pilih yang cerah dan lembut.
Jadi bila tengok kat katalog, yang ni la kot yang sesuai.

Kaler pink pilihan.
Kadang2 nampak macam peach.
Kadang2 tak nampak apa2, hahaha...


Nampak perbezaannya?
Dinding pertama saya cat, bertentang dengan tingkap.
Dah cat penuh dinding pun, saya tak nampak pinknye....

Sampai keliru, ni dah cat ke belum?
enSuami saya masuk tengok pun kata, tak nampak pun...
Sebab silau mata dengan sinaran cahaya matahari dari tingkap tu, jadi tak nampak catnya.
Adoi, macam tak ada perubahan.


Tapi rasanya macam OK je bila dah lengkap semua.
Siap pasang langsir, ada lampu semua.
Sedikit sebanyak boleh la naik mood.
Yang penting puas hati sebab free je servis...


Bilik kedua plak kaler coklat.
Masa pilih2 kaler dalam katalog, warna coklat ni macam best je...
Warna coklat ni kan damai.
Sebab saya ada terjumpa contoh2 kat internet.
Jadi kaler coklat harus pilih untuk salah satu bilik.
Saya cadang untuk cat bilik tetamu.
Biar tetamu tenang ajo di rumah kami, ehhe.
Amin.

Sebenarnya, cat coklat la paling pertama saya buka untuk mula cat.
Tak sabaq punya pasai, excited la tu nak cat umah sendiri.
Masa nak kaco2 cat tu, ilmu nak mengecat tu terngiang2 la dalam kepala.

Orang kata kalau cat pekat sangat, tambah sikit air.
Sukatan lebih kurang 1/10 bahagian cat.
Punya la bijak, saya tambah je air 1/10 terus ke dalam tong cat 7L tu!
Sekali hambik, jadi macam ni ha....


Macam ayaq teh ais tumpah, huahuahua...
Habis la saya, jahanamkah 1 tong cat nih?
Rugi gila kalau macam tu...
Dah la warna kesayangan nih!

Tengok la, nak kata cayaq tak cayaq...
Angkat penggelek je, habis menitik kat lantai.
Sayangnyaaaa...


Lepas tu berdoa panjang2, saya nak biar semalaman..
Harap air akan terasing semula dari cat.
Kalau tak jadi elok juga, kena buang la nampaknya.

Lepas jadi macam ni, terus pi cat bilik utama kaler pink tadi.


Pengajaran kali ini, jangan memandai tambah air sesiap dalam tong cat terus.
Tapi tuanglah cat dalam bekas penggelek dan masuk air jika perlu.
Kemudian bancuh rata menggunakan penggelek, okeh...

Keesokkannya datang, perlahan-lahan saya buka penutup tong cat.
Alhamdulillah, air naik ke permukaan.
Tinggal cat je kat bawah.
Ada dalam 1-2cm jugak la.
Dengan tertib saya angkat ke sinki, dan buang air tu sikit2 menggunakan bekas kecil.
Just cedok2, hirupppp air tu kat atas permukaan cat.
Lama la jugak buat, demi nak menyelamatkan setong cat coklat kesayangan ni.


Alhamdulillah hasilnya tak mengecewakan.
Memang tenang, sejuk je..
enSuami pun suka, katanya cantik kaler ni, rasa sejuk je bila masuk.
Tapi deko feature wall agak mengecewakan.
nanti cerita lain kali, saya pun tak ada gambar penuh,
Sebab bilik ini fungsinya sekarang jadi tempat iron baju dan tempat saya menjahit.
Set katil pun belum ada, masakan bisa jadi bilik tidur tetamu?
Berangan je lah dulu, wehuuu....

Antara idea2 yang saya jumpa masa google kat internet...

Jom menjamu mata...









Saya tengok, kebanyakan bilik omputih, mesti letak katil tengah2 kan...
Dah tu, mesti la hias dengan side table atau lampu di kedua2 sisi katil..
Memang nampak cantik sangat, dah mendeko kan, haruslah nampak cantik.
tapi kita nak jimat space, kebanyakan katil2 kat umah saya, selalu rapat ke dinding je...

Saya, cuba juga lah nak tiru gaya camni...
Bila dah lama2, macam rugi ruang plak.
Tapi setakat ni masih kekal centre.
Sebab dah siap buat deko kat feature wall.
Kalau letak katil ke tepi, jadi xngam la plak...
Nasib baik, bilik ni agak memanjang.
Dan sudut kiblat pun, ikut sisi katil.
Jadi bolehlah solat sebelah katil.
Alhamdulillah.

Ok, bilik ketiga, saya pilih kaler purple.
Purple ni kombinasi dengan kaler pink kat bilik tidur utama.
Entri seterusnya saya akan tunjuk untuk kombinasi tersebut.
Sory xdak plak gambar bilik ni.
Sebab bilik ni buat masa skg jadi stor, longgok barang.

Yang keempat, dapur.
Dulu tu saya dah cerita pasal nak cat dapur kaler merah.
Sesuai untuk merangsang selera, hahaha.
Masa dah siap cat tu, enSuami kata macam KFC, Pizza Hut je...
Kaler merah gelap.

Tapi xtau la kt mana silap, banyak kali enSuami ulang cat, dalam 4kali kalau xsilap.
Masih nampak line2 berus cat.
Bila tengok Nana cat kler merah kat bilik tidur dia, dia pun rasa macam tak cantik, macam sama ja keadaan dapur saya.

Tengok KFC, PH, cat ok je...
Mungkin sebab kita tak biasa dengan kaler merah ang ang ni..
Jadi mata kita pun nampak macam xkena je kat kaler ni kot...


OK tak?
Nampak macam bertompok2 kaler putih x???
Kadang2 tak nampak...macam ok je..
Berhantu btol kaler merah ni, hahaha...

Ni gambar masa baru sudah cuci2 rumah yang lepas.
Sekarang pun tak ada apa2 perubahan.
Pintu kabinet belum pasang lagi.
Lepas ni baru nak follow up semula...

Semoga dipermudahkan dan diluaskan rezeki yang berkat, Amin...


7 comments:

  1. su kalau cat mmg kurang suka letak air.su suka yang asal sebab bila cat tak menitik.cat pun nampak lebih kemas.

    tak sabar nak tengok deco2 bilik

    moga dipermudahkan..doakan su juga ye

    ReplyDelete
  2. amboi ni betul-betul rajin ni..3 bilik sekali gus dicatnya...hebat2 ...tak patah riuk ke en suami?? sayang punya pasal erk!...

    saya pon ade plan next projek nak cat bilik tido pulak... tapi memandangkan cuti sekarang ni asik nak tido je.. ditangguhkan dulu smp tiba masa rajin...ngecat ni leceh.. paling leceh part nak pasang divider guna tape..uihh remeh..

    apa2 pon kaler2 semua meletopss... tahniah..!

    ReplyDelete
  3. Sue,
    Umah sue pun cantik gak, kaler belang2...

    ReplyDelete
  4. Yusai,

    sebenarnya ketiga2 bilik, saya yang cat semua, masa tengah sarat mngandung 7 bln tuh..dia tlg kemaskan cat yg atas sekali kt siling tu je, sebab kena panjat tangga..

    yang kat dapur, enSuami cat, tu yg xcantik tu, ahaks...

    ReplyDelete
  5. MizzMal,

    bagi saya OK je.

    kena tambah sikit je air untuk bagi penggolek licin mengecat dinding.

    kalau nak bagus jenama Jotun, tp mahal sket dr KCC.

    kalau nak bajet tp result ok, KCC lah sesuai, hee

    ReplyDelete
  6. Dah beli cat kcc koreton ni. Tp tu la. Saja tanya pndapat org dulu. Dan google sana sini. Hee. Harap2 cat ni tak cepat merekah. Thank q sis.

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers