Search This Blog

Wednesday, 8 January 2014

Saya mahu berbudi pada tanah [azam 2014, ngeee]


Assalamualaikum...

Hari tu dah habis bercerita pasal dalam rumah..

Sekarang mood kat luar2 pulak, hehe...
Memandangkan ada ruang laman di rumah...

Saya teringin nak bercucuk tanam...
Nak feel, tangan sejuk tak, hoho...

Orang kata kena tangan sejuk, baru pokok nak tumbuh..
Dulu2, saya join ayah saya je menanam..
Dia tanam ape, semua naik elok...
Padi ja tak berapa, hasil sikit....

Untuk rumah ni, saya tak rajin nak tanam pokok bunga.
Saya nak tanam pokok keperluan dapur.
Macam serai, daun pandan, limau purut, cili padi dan lain2.

Alhamdulillah seminggu saya menghadap tenet baca pasal tanam-tanaman ni...
Siap tambah bloglist kat blog ni....
Saya tambah ilmu melalui internet ja...
Macam2 ado...
Taip saja nak tanam apo, mesti ada....

Lepas balik rumah, beberapa hari saya ingatkan enSuami untuk pinjam mesin rumput mertua.
Hari pertama tu, minta dia tebas dulu lalang kat belakang.
Walaupun, pagi tu dia ada mesyuarat kat sekolah.
Yoya betui, pnIsteri ni, dera enSuami, kuang kuang....

Dapat la buat tiga batas.
Hajat di hati nak buat 5 atau lebih...

Adoi, susah no nak mencangkul...
Akar lalang tu dalam sampai setengah kaki....
Kena cabut dulu bagi licin, supaya kelak tak ganggu pertumbuhan pokok kita...

Tapi kadang2 cincai jugak, lol...
Saya dapat tips, tabur garam kat tanah, kasi mati itu rumput.
Tapi saya tak tabur kat atas batas, nanti pokok yang nak ditanam tak hidup plak, naya....

Kalau ikutkan macam2 nak tanam..
antaranya dalam senarai:

Kangkung
Kesum
Bunga Kantan
Serai
Daun kari
Daun pandan
Daun kunyit
Daun Sup
Daun ketumbar
Cili padi
Cili merah
Limau Kasturi
Limau Purut
Ulam raja
Ulam selom

Kalau rajin lagi, nak tanam :
Tomato
Tomato Ceri
Kacang botol
Daun pudina

Alamak banyaknya, hehe...
Menjadi ke idok, xtau la....

Saya harap, saya bukan angan2 taik ayam sajaaaaa, hoho...
Setakat ni dah semai

Kangkung
Serai
Bunga Kantan
Limau Purut
Daun sup
Cili padi, cili merah, entah la nak naik ke tak.
Daun sup pun macam tak nak hidup je...

Hujung minggu nanti nak kutip anak pokok daun pandan, daun kari n limau kasturi kat rumah mertua...

Ok, jom kita layan kebun mak mertua saya..
Dapat inspirasi dari mak ni la...
Kalau esok2 pokok yang saya tanam tak naik, kena import tangan mak mertua la mai tanam, kuikui...

Sayur bayam...

Sebelum ini saya pun tak tau ada pokok bayam macam ni...
first time tengok.
Tu tengah dok menuai tu.
enSuami suh kutip, masak lemak...

Syok la jugak, daun dia besaq2...
Pokok tinggi tegak ke atas 

Ada juga mak goreng buat kopok bayam, ler.....


Pastu sayur pucuk ubi...
Sebelum ini saya xtau ada beza pokok ubi...
Rupanya yang jenis runcing kurus ni, orang tanam untuk makan daunnya...
Kalau yang gemuk2 tu, tanam untuk ubinya...
Oooo macam tu ka....


Kalau family ni, diorang suka goreng dengan telur..
Apa nama ntah tak ingat plak namanya.
Daun tu kena gaul dengan garam, sampai keluar airnya.
Pastu masuk dalam telur, goreng.
Kalau jadi, makan dia rangup ar...

Ok, jom pi belakang rumah plak.
Yang tadi tu kat bahagian depan, sebelah tempat parking keta...

Kat belakang ada, cili padi.
Tapi spesies ni orang panggil cili burung.
Nampak je kecil cinonet, tapi pedas berapi...


Mencacak je tumbuh naik..
Yang merah2 dah habis kena tuai.
Yang hijau2, tinggal dlu kat pokok.
Yang merah tu pun, tak habis dimakan...

Dah la ada dua pokok lak tu... 

Syok la bila dok kutip2 ni...
Sesuatu perasaan yang sukar dikatakan...
Tentulah rasa happy je ada hasilnya.
Saya yang tak tanam pun tumpang gumbira, apatah lagi orang yang tanam tu, mesti berbunga2, hihi.


Berdekatan dengan pokok cili tadi ada pokok daun kari dengan limau kasturi.
Syok orr ada limau kasturi, boleh tambah perasa dalam air.
Nak basuh ikan pun senang, sebab ada limau freee, xyah nak beli2 lagi...
Tengok dah berterabur dah buah kat tanah.
Tak habis nak makan, huhu....

Kat bahagian tanah berlopak pulak, ada kangkung, daun kesum dan sedikit pegaga. 

Pokok kangkung yang ada bunga.
Kaler putih, cantikkk.

Ini pulak, pokok kesum dan pegaga...

Info baru yang saya dapat, daun kesum tak boleh dimakan.
Hanya sesuai untuk dijadikan perasa dalam makanan.
Sebab bulu kat belakang daun tu ada kesan sikit pada tubuh lebih2 lagi kepada pesakit gout.
Terkejut saya baca, lol..
Saya suka jgk makan kalau dalam kuah laksa.
Kalau dalam laksa, semua saya balun, bunga kantan, asam keping, daun kesum.
Bila tau ni, huishh kena hati2, almaklumlah laksa kan feveret ooiii...

Dan pegaga bulat macam dalam gambar tu, bukan untuk dimakan tapi pegaga untuk hiasan.
Patut la bila makan tak ada rasa sangat pegaganya.
Tapi tak da plak cakap, ada kesan buruk ke tak kalau makan, lol...
Jadi kalau nak makan pegaga, cari yang daunnya yang bergerigi tu, selalunya nipis2 je daunnya.
Kalau untuk hiasan, daunnya bulat licin dan lebih tebal..

Sejak nak bercucuk tanam ni, ada juga beli majalah LAMAN tu..
Serentak berguna untuk saya nak bercucuk tanam, dan enSuami yang nak buat laman hiasan kat bahagian depan...
Majalah DAPUR dah tak beli dah, sebab dah siap dapur, lol...
Nak save bajet ni, nak buat lanskap lawa2 enSuami saya tuh...
Saya rasa semua lelaki bila dapat rumah, kalau ada ruang untuk rumput, itulah perkara pertama yang dia nak buat.
RUMPUT KARPET!
Kita tunggu tengok...
Rajin ke idok nak buat sendiri.
Tengok gaya macam nak upah orang jek tu...
Tapi kata nak berjimat, ingat nak DIY sendiri, emmmm.

Tapi belum muktamad lagi.
Rumput yang dipotong, dah mula dah nak naik....
Tu yang dia marah sangat tu, xsempat nak racun lagi, dah hidup balik dah..
Cepat sungguh dia hidup....

Rumput.. oh rumput...


5 comments:

  1. waaa untungnyaaaa dpt makan hasil tanaman sendiri...jimat pun jimattt.........uuuu jelezz i

    ReplyDelete
  2. Wah.. dah jadi macam kebun. Puas hati boleh makan hasil tanaman sendiri

    ReplyDelete
  3. Fizah,
    itu la, nak berjimat kata kan, lagi senang kalau ada kebun sendri, nak makan, petik aje...
    kita tggu dan lihat, menjadi ke idok, berdebar ni, hihi

    ReplyDelete
  4. Cik Hani, esok2 dah ada rumah tu, moh le kite bercucuk tanam ye...

    nak cari geng, hehe...

    ReplyDelete
  5. saya ni tak pandai tanam bunga, apa lagi berkebun.. kagum tgk org tangan sejuk tanama apa pon menjadi.. saya tanam apa pon mati..huhuhu...

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers