Search This Blog

Sunday, 16 September 2012

Korang mesti dah tau rahsia ni kan..

Hehe, info ni dah lama wujud di internet.
Especially FB orang popular iaitu Prof Muhaya.
Tapi memang dia pun yang tulis pasal rahsia ni.

Ini rahsia yang perlu dikongsi bersama.
Minggu lepas baru jumpa maklumat ini.
Lambat kan saya dapat info ni..

Bila first time baca, kagumnyaaa...
Hebatnyaaa...
Bestnyaaa...
Semuaaa lah..syok ngan..

Tapi nak jugak kongsi kat sini lagi.
Kalau xsilap info ni berlegar dalam bulan April lepas.
Bulan September baru saya tau pasal ni, kesiannnn.

Tapi bak pepatah omputih, Better Late than Never kan...

OK. Ini rahsianya yang hendak dikongsi hari ini..

Pasal rahsia kehebatan Us Don.
Sebab ada Mak Ayah yang hebat.
Saya juga mahu menjadi ibu/mak/umi/mama yang hebat, insyaAllah.
enSuami, sanggup tak? ngeh, ngeh!

Jom baca!

Satu perkongsian yang menarik dr Prof Dr Muhaya:

"Saya berkesempatan utk bertemu dgn ibu kepada seorang ilmuwan agama (ustaz) yang tersohor pada masa kini. Melihatkan kpd kebolehan anaknya dalam menyampaikan dakwah, maka saya bertanya kepada ibunya, apakah rahsia beliau dalam mendidik si anak? Jawab si ibu, sewaktu si anak (ustaz) dilahirkan, beliau telah mengambil keputusan utk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian beliau utk menyusukan anaknya selama genap 2 tahun. Selain itu, pada setiap malam, apabila mereka suami isteri dikejutkan si anak utk menyusu, suami beliau akan turut sama bangun. Suaminya akan menyediakan susu kepadanya utk minum sambil beliau menyusukan anaknya itu. Suaminya tak benarkan beliau menyusu sambil baring. Sebaliknya, suaminya akan menyediakan belakang badannya utk beliau bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu. Bayangkan bagaimana emosi si isteri apabli setiap malam dilayan sebegitu oleh si suami"

SUBHANALLAH.... indahnya alam rumah tangga jika bersandarkan amanah dan kasih sayang kerana Allah. Tak mustahil jika mereka dapat melahirkan generasi yang baik akhlaknya.

Persoalannya, siapakah si anak yang dimaksudkan??? Beliau adalah USTAZ DON DANIYAL DON BIYAJID;)

Hebat kan???
Tapi ada orang kata, setiap suami ada kebaikannya.
Jadi tak elok dibanding-bandingkan..

OK, saya tak banding.
Tapi saya berharap..

Berharap, saya dapat menjadi ibu yang hebat. dan berusaha ke arah tu.
Berharap enSuami juga berharap untuk menjadi yang hebat. dan berusaha ke arah tu.
Kalaupun tak sama sebijik macam makayah Us Don [mesti la tak dapat gitu.], tapi berusaha ke arah kebaikan dan lebih baik, xsalah kan???
Satu dalam SEJUTA tu mak ayah us Don..hehe..

Dan juga berhasrat untuk ini..


Sebelum nak anak baca Quran dengan lancar, pantas, bertajwid, dan menghafaz...
Ibu bapa kena buat dulu...
Hohoho, hebatnya.
Adakah kak Mazlina juga huffaz?
Saya juga mencari2, jawapan itu.
Ingat nak print semua cerita dia kat blog dari awal sampai anak dia boleh menghafal.
Xsempat baca semua lagi dari mula.
Kalau bukukan, senang sket, boleh bawak ke mana2 nak tengok.
Kalau online ni, kena ada komputer/laptop internet baru boleh baca.
Kalau boleh nak ikut step by step cara didikan dia.
Terima kasih pada akak kerana sudi kongsi tip2 ni.
Tahniah kerana dah berjaya dengan misi akak.

Ada rezeki dengan izin Allah, kita boleh buat perkara yang sama.
Nabilah dan Hasyim menghafal surah2 pendek, juzuk Amma.
Chayukkkkkkkkkkk!


0 comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers