Search This Blog

Wednesday 26 September 2012

Agak-agak boleh tahan berapa bulan????

Hohoho, ini bukan stok makanan ye...
Nak tanya boleh tahan berapa bulan ke tak, hehe..

Ini stok baju!!!!!!!
Hahahaha, dah lama nak mencapai misi ini.
Almaklumlah, bilik pakaian haritu asyik berlonggok je dengan baju2 enSuami, pnIsteri pun tumpang sama, kueng, kueng, kueng.

Selalu suka untuk iron baju sesiap, stok untuk seminggu, kira 5hari bekerja la kan.
Masa minggu pertama bekerja tinggal berdua dengan enSuami, rajin la kan iron baju untuk enSuami.
Semangat kott nak jadi isteri solehah, huhuhu.
Sempat la jugak iron baju 3 ke 5 helai kemeja, batik n baju raihan.
Konon-konon enSuami mesti terharu la kan, pnIsteri tolong gosokkan baju dia.
First time kott, pi kerja pnIsteri gosokkan baju.
[isk xngam la guna istilah gosok untuk iron. org Kedah panggil serika baju, adoi]

Ok, saya dah serika baju la kan untuk enSuami.
Balik petang tu, tengok enSuami xpakai pun baju yang kite serika, hukhukhuk.
Sampai hati dia, xpakai baju yang dah siap serika.
Esok pun xpakai jugak.
Alek2 lepas tu, dah xmau iron utk dia.
Padan muka dia kan. Senang keja ceq, yahuuu.
Serika baju sendri saja.
Baju dia biaq berlonggok.
Lama2 baru tau, ikut suka mood dia nak pkai baju apa.
Sebab tu klu dah siap serika 5helai tu, kalau xkena dengan mood dia, enSuami xamek pakai.

Hari2, kawan2 ziarah masa demam panas tu, bila depa tanya mana enSuami, dah pi sekolah ka?
Xla, dok serika baju kat bilik...
Kawan2 so surprise la kan.
Hah, iron baju sendiri?
Emmm.
kalau enSuami depa, kalau isteri x serika baju utk enSuami, enSuami depa pi keja ngan baju ronyok2.
Isk, xkan enSuami nak pi sekolah dengan baju ronyok?
Xsmart arr cikgu ni...
Muka hemsem pun, jadi cacat klu baju ronyok.
Almalu lah si pnIsteri di sekolah enSuami, org dok ckp2 kat belakang.
Ye takkkk?

Apa xpresi masa ni???
Bangga [sebab enSuami boleh iron sendiri baju dia]
Malu [sebab pnIsteri x serika baju untuk enSuami dia]
Nabilah salah???
atau Hasyim yang salah???

Isskkkkkkkkkkk, xtau la nak kata pa...
Sabtu malam Ahad lepas, terlebih la rajin, saya dah jadi isteri yang baik sekarang, hehehe
Bangun kol 4 pagi, nak SERIKA BAJU!

Mula2 nak serika baju sendiri saja.
Pastu saja2 la try nak guna steam iron.

Kan haritu, dapat hadiah iron canggih orang bagi.
Kalau xguna yang canggih tu, mmg xberguna la kecanggihannya.
Penah dengaq orang kata, kalau nak serika baju cotton, kena percik2 air, baru cepat hilang kedut.
Bila cuba pkai steam, haaa la memang berkesan kot.

Sekejap je iron baju dia.
Sekali lalu, dah licin.
Wah, syoknya saya!
Lagi semangat nak iron baju enSuami.
Tapi tu la 1tank air dia, cukup untuk 2helai baju ja.

Lepas 2 helai, tangki kering, kena tambah air lagi.
Nasib baik, bilik air kat sebelah bilik baju ni ja.
Dekat la sket, nak berulang amek ayaq.
Xda la rasa nak malas sangat kan.

OK, berkat hasil kerja saya yang efision ni..
Berjaya menyelesaikan misi selama 3bulan yang tertangguh ini.
Tadaaaaa!

Stok baju sekolah enSuami dan baju keja pnIsteri.
Yehhhhhhh, suka la sangat.
Clearrrrr terus bilik baju, tiada lagi baju berlonggok.
Cerah, kemas sudah bilik.
Baru syiokkkk tengok, hehehe.


Bila serika semua baju enSuami, agak2 dalam 30++ jugak la baju sekolah dia.
Termasuk kemeja, batik, baju raihan, kemeja tangan pendek [wat pakai jalan2]

Ok, nak berkira berapa bulan boleh tahan.
Seminggu, 5hari sekolah.
5hari sekolah, 3hari pakai kemeja.
1hari Khamis pakai batik.
1hari Jumaat pakai baju raihan.

Kemeja, ada 15 = 5 minggu
Batik, ada 7 = 7 minggu
Baju raihan, ada 6 = 6 minggu.
OK, secara kasar, ada la dalam 6 minggu.
6 minggu, lebih kurang 1 bulan setengah lah ye.
Ok la tu..

Kalau ayah dolu2, 3helai je ayah suruh serika baju dia untuk seminggu.
Agak-agak masa bila ayah recycle baju yang sama tu ek.
Walaupun satu sekolah dengan ayah, anak dia sendiri pun xperasan bila ayah dia ulang baju yang sama?
Isk sungguh xtau.

Tapi kalau cikgu perempuan, student boleh plak cakap kat cikgu,
Cikgu xdak baju lain ke, asyik pakai baju yang sama ja.
Huh, budak2 sekarang.
Patut la cikgu perempuan ada baju 2-3 almari.
Xjadi cikgu pun, ada 2-3 almari jugak, kekeke.
Sebab, lama2 dok pakai rasa jemu plak dok tengok baju yang sama.
Korang rasa camtu tak???

Asbab tu, enSuami kata nak beli baju lain.
Nak baju baru.
Emm, kena tambah koleksi.
Bukan xbersyukur atau berlebih-lebihan, tapi nak pelbagaikan.
Benda dah lama, mesti dah jemu dan kurang kualiti.
Ada dua baju yang kotor, sebab... DAKWAT pen.
Hat ni, memang besa la.
Baju ayah dolu pun ada yang kotoq sebab dakwat pen.
Dan mesti ada satu baju feveret dia kan.
Buruk camne pun nak pakai jugak.
Sedap la katanya. Best.
Dah cuba sembunyikan baju tu, dah berkali beri amaran xleh pakai baju tu, 
Dia nak amek jugak pakai, adoiii.



Bila dah banyak baju, hanger plak xcukup.
Siap 1 hanger 2helai baju.
Huhu, nasib baik putaran baju batik n raihan seminggu sekali ja.
Kalau tak, jenuh ar, laju je habis stok ni.
Bila dah serika semua baju ini, enSuami dah xdak pilihan nak pakai baju lain selain baju yang telah diserika.
Conpem la dia akan pakai baju yang ceq serika kan, hehe.
Sebab semua baju dah diserika.
Mau xmau kena amek la mana2 yang berkenan di hati nak pakai kaler pa pi sekolah hari ini.
Bijak tak, bijak tak..

Agak2 rajin tak, nak serika lagi baju2 enSuami untuk sesi kedua?????
Selepas 6 minggu ni?
Hoho, kena urut tangan la lepas serika baju tu.
Lenguh kott....
Rasa nak tergeliat pun ada...iskisk.

Kata kawan saya, 

Kerjaya yang paling mencabar...SURI RUMAH...hasil yang dicari adalah keredhaan suami, income pahala or dosa bergantung sepenuhnya kepada keredhaan suami, sekiranya si isteri diredhai oleh suaminya maka berganda2lah pahalanya, namun dibimbangi dalam diam, si isteri telah mengundang kecil hati si suami....Allahu Akbar...bukan mudah untuk menggapai SYURGA yang dijanjikan walaupun sering diungkapkan bahawa wanita itu mudah untuk ke SYURGA sekiranya ia taat kepada Allah & taat kepada suami...

Betul kan?
Korang rasa camna.
Mencabar ni.

OK, nak jadi isteri solehah, ummi mithali.
dengan izin Allah.

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers