Search This Blog

Thursday, 13 January 2011

Himpunan Menyokong Pentadbiran MB Selangor dan Pakatan Rakyat

Asalnya nak ke Taklimat PA2 YB kat Jabatan Latihan & Komunikasi Selangor. Elok2 dah sampai kat bulatan ke arah Seksyen 13, tepon Cik Shila (TV Selangor) dia kata, Taklimat tu esok. Almaks, salah plak. Isk, mana mata ni, xtengok hari Khamis terpampang tang tang dalam surat. Cuba untuk nak dapatkan maklumat lebih awal, sebab rasanya dah xlarat nak datang lagi esok ke Shah Alam, kesian Aisyah. Perjalanan yang memenatkan sebab sesat, hukhukhuk. Cabaran sungguh, bagi pemandu baru yang baru nak berjalan2 di negeri orang.

Kebetulan dah memang bawa surat jemputan untuk Himpunan Sokongan rakyat ni. Alang2 dah sampai Shah Alam, elok la sertai perhimpunan ini. "*Aisyah pun semangat nak pi himpunan ni, conpius, Kenapakah?"

Nak habiskan masa dari pukul 11 pagi hingga ke 3petang, Huh, nak watpa ni? Belasah jugak kuar dari Seksyen 13 untuk ke Pusat Bandar Shah Alam, kena cari shopping complex ni, nak jalan2, window shopping. Boleh isi masa yang ada ni.

Dah nampak signboard Kompleks PKNS, terus menuju ke arah sana. Rupa2nya Wisma MBSA pun dekat situ. Ni petanda baik. Boleh terus ke himpunan petang nanti, xda la nak sesat2 lagi. Alhamdulillah.

Mula2 jalan2 di Kompleks PKNS. Tadi masa cari parking, dah nampak SACC. Nanti boleh pi situ jugak, nak tgok tempat orang2 kaya shopping. Ye ke?

Kat PKNS, kitorg makan kek, mufin, creampuff kat Swiss Bake. Pas2 dah nak hampir kol 1, cari surau untuk Solat Zohor, kat tingkat 1. Bestnya, dapat solat jemaah kat Surau tu. Aisyah kata, bestnya surau ni, xpenah lagi saya jumpa, boleh jemaah kat shopping complex, suraunnya pun besar dan selesa.

Lepas selesai solat, round2 lagi. Dah habis round, kol 2 tu, nak kuar pi SACC plak.
OK, amek gambar, saya penah sampai di sini, =]


Sejam jalan2 di SACC, ada singgah di Body Shop. Pas2 berhenti rehat di bangku untuk makan bun Swiss Bake tadi yang belum habis.
Sambil memandang Chocolate Circle.


Teringin nak beli Lollipop ni. Tapi bila dok perati plastik gula2 ni, tulis cina je, xjadi lah...

Dah hampir kol 3, terus mencari Dataran Shah Alam. Mana ni, jauhnya jalan...

Kol 3 tepat, bunyi je jam kat dataran tu, terus kuar banner2 muka MB. Orang2 pun kuar muncul macam semut..
Sekejap je dah penuh tangga dataran tu dengan orang dan banner.
 



Ada YB Khalid Samad
Nak bergambar dengan YB, emmm...

Pas2 Ustaz Badrul Amin plak sampai.
Cepat cepat klik..
Dia pun klik muka sendiri, =)

Masa YB2 sedang berucap.
Polis datang cuba mengganggu.
En Anuar Othman minta 5minit lagi.
YB Khalid Samad berucap.
Us Badrul Amin pun cakap.
YB Abdullah Sani plak sambung.
Agak2 5minit ke, pemimpin kita cakap, hehe...

Sibuk je pokcik Polis ni, nak kacau.
Pas2 himpunan ni dirasmikan oleh Us Badrul Amin, terus dengan tandatangan.
Pas2 kena berarak plak ke Bangunan SUK.
Biar betik, nampak jauh tu, bangunan SUK.
Tanya Aisyah, dia sanggup nak pi.
Jom ngan.....
 

Dah jalan2, rasa mcm jauh lg nak sampai, tapi kenapa semua orang xbergerak nih??
Rupanya, pokcik2 FRU plak ada dok sekat jalan.
Semua orang xleh pergi ke Bangunan SUK.
Pas2 ramai la buat provkasi, marah2 kat FRU, haha cam besa la...
Sapa nak setuju dengan FRU..


Pas2 terjumpa pakcik ni, dari tadi lagi dok ushar..
Pakcik saya nak amek gambar ye...

Pas2 pusing2, nampak replika nak tandatangan tu, OK saya nak sign.
DUN Bangi turunkan tandatangan sokongan

Tengah dok sign, org2 kecoh Kusrin datang. Ye ke?
Dengar2, tengok2, MB dengan Dr Hasan Ali yang datang.
Pas2 diorang berucap dan baca doa kesejahteraan untuk PR dan Rakyat Selangor.

OK, kami sokong PR!!!

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers