Memandangkan hari tu dah siapkan rozet Family Sekinchan, kini tiba masanya nak persembahkan, cewahhh!
Rozet Family Kampung Baru plak, ~ngeee~
Rozet ni pun boleh dikatakan kebetulan jugak.
Ada kes lebihan dan kes xjadi buat.
Sebab tu boleh buat rozet nih!
Awalnya bunga2 ni dibuat untuk hiasan bunga hantaran ke WakSabar.
Pas2 masa balik kampung haritu, terbeli kain organza warna gold.
Asalnya nak buat veil untuk pakai baju gaun tu.
Pas2 balik2 tengok, alamakks...
Warna goldnya terang sangat daripada baju gaun nyer...
Xleh jadi ni, xsesuai...
Nak buat pa dengan kain ni, habis lah ceq.
Kalau membazir lagi, adoi..
Ingat baju gaun ni, memang trang tang tang gold.
Rupenya, gold lembut jer, xterang pun macam kain organza tu.
Pikiaq punya pikiaq, agak2 macam kenal jenis kain ni.
Teringat bunga hiasan dulang masa tunang haritu.
Masa tunang haritu, menggunapakai dulang masa majlis kawen BChiq ja.
Sapa buat ntah, bunga tu. Cantik.
Sama ada KakMurni, kawan BChiq atau lebihan dari majlis KChaq kawen, xtau kesahihannya.
Tengok2, aaaa, jenis kain sama.
Yes, nak buat bunga macam ni.
Nak buat bunga untuk pa nih?
Hantaran ke rozet???
Masa dok pikir ni, xteringat langsung pasal bunga reben paper yang dah siap kat Bangi.
Pas2 decide kain organza ni nak buat bunga untuk hantaran sebab warnanya yang terang memang mencapap la nanti kot.
OK set!
Gunting punya gunting, ingat ada lebih.
Sampai habis kain diguntingnya.
Nampaknya cukup2 la untuk buat bunga hantaran.
Tiada lebihan untuk rozet, adusss!
Hujung minggu ni, bila nak mula projek kawen, punggah punya punggah, jumpa bunga ni.
Aik, bunga ni untuk pa?
Pikir2, lama2, baru ingat hari2 ada plan untuk hantaran.
Tapi memandangkan dah ada bunga untuk hantaran, boleh teruskan untuk rozet ja.
Ya, rozet family Kg Baru, xdak lagi.
Kira2, ada lebih kurang 37 kuntum kot.
12 kuntum, khas untuk keluarga sendiri.
Yang lebih2 tu, untuk MakSedara dan juga MakCik2 yang tolong2(kalau ada lebih)
Pas2 tengok lagi, daun2 yang tinggal.
Ye, saya amek daun dari bunga centerpiece.
Yang tempat lubang daun tu, Nabilah buka/buang.
Bila ada lubang macam ni, senang nak cucuk bunga hand-made tu.
Daun ni, lebihan dari projek bunga tangan tu. Kira2 cukup2 ada 12(saizkecik) + 2(saizbesar)
Memandangkan family sendiri simpan 12kuntum, so daun ni sesuai untuk family Nabilah sahaja sebab ada cukup2 untuk 12 orang.
Yang lain2, kena guna daun tadi.
Dah siap2 kira2, bahagi2, cukup semua dalam 25 kuntum.
Lepas dah cukup semua, kena gam dulu semua.
Lepas selesai gam semua bunga kat daun, kena jahit pin plak kat belakang.
Yelah nak buat rozet, nak pakai kat baju/tudung, kena la ada pin nak cucuk.
Mula la aktiviti menjahit plak.
OK, camni la jahit pin kat daun tu.
Ada yang OK, comel...
Ada yang KO, comot...
Tihihi...
Untuk Family, jadi macam ni.
Sekuntum Bunga dengan sehelai daun paku-pakis
Siap untuk 12 kuntum bunga rozet.
Bila dah siap semua, teringat pasal serbuk perada yang pernah dibeli hari2.
Memang bajet nak letak kat bunga rozet.
Kasi glamor gitu.
Tapi xingat dah letak mana.
Cari2 jupa jugak, hehe.
Alasssss, tambah keja lagi nak liplap liplap plak.
Haiiiiii, sabar je la...
OK take time lagi buh liplap ni..
Hasilnya....
Semua 37 kuntum, macam ni rupanya.
Emmm, sudah sudah sudah.
Muktamad, xlarat sudaa...
OK boleh bawak balik Kedah hujung bulan ni.
Nak letak dalam plastik je ke?
Oooo, ada kotak kasut.
OK simpan dalam kotak lebih selamat.
Nanti kang ada yang remuk redam plak..
OK, dah siap packing.
Boleh balik Kedah sudaa...
Yeyeh!!!!!
Perbelanjaan Rozet Kg Baru
Bunga : 1m ribbon paper = RM 3.00
Daun = Percuma (lebihan Bunga Tangan + Centerpiece)
Pin = Beli satu peket (>< 100' = RM 7.50) = RM 2.80
Serbuk perada, RM 1.00 (guna sikit sangat, xterjejas dari kuantiti) = RM 0.20
Jumlah keseluruhan = RM 6.00
HUMAIRA : Bersyukur sangat, selalunya idea ni ngam2 dengan apa yang dah ada dalam tangan dan di depan mata. Jadi, xperlu menambah beli barang2 lain bila nak buat sesuatu projek baru. Ada hikmah, dok simpan barang2 yang mungkin kita pk dah xterpakai lagi, tapi tup2 bila idea baru datang, barang2 yang 'xterpakai' tu lah yang selalunya menyelamatkan keadaan. I Like!. Alhamdulillah. Jauh dalam hati, nak ke family pakai rozet ni nanti. Kadang2 pk macam mencapap lak. Selalu kenduri, keluarga pengantin pakai. Cumanya kali ni, rozet buatan tangan sendiri. Ada la cacat cela dan xcomel sgt. Teringat kata2 WakSabar, "nak ke diorang pakai?" Emmmmmm
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih untuk komen bernas anda :)