Masa tahun 2008, ada kawan cikgu di Sek ABIM Manjung nak kawen.
Dia bercita2 nak buat bakul bunga telur ni, sebanyak 1000.
"Ayyo, sempat ka hang nak buat?"
"Xtau, tapi kami nak cuba la."
"Emm, xpa, kami tolong buat jugak."
Sampai hujung tahun, masing2 berhenti mengajar kat sekolah tu dan membawa haluan masing2.
Dia pulang ke kampung di Terengganu, manakala Nabilah balik Kedah, masa ayah masuk hospital dulu.
Sambil2 tu, dok jaga ayah, sambil buat bakul ni.
Bila siap sket2, mak tengok.
"Emm, xkemas macam orang lain buat pun, hang toksah dok mengarut la, buat penat ja."
Huhu....
"Erm, nak buat la nak tolong kawan, dia nak kawen tahun depan. Nak seribu ha..."
Buat jugak, degil lagi ketegaq, hihihi...
Lepas tu try beli syelek, mak salah beli syelek yang xlawa kalernya.
Hentam jugak sapu.
Tapi bukan sapu sangat pun, celup terus dalam bekas syelek sementara tu, sebab xkena habis kalau sapu pakai berus, huhu.
Nak cepat, keja orang malas.
Tapi yang betulnya, dapat siapkan dalam 70 lebih camtu ja.
Pas2 xjadi bagi kat kawan tu, sebab kenduri dia sama hari dengan kenduri Natrah.
Jadi ceq pi Klate jo, xdpt gi Ganu.
Akhirnya terperap la bakul2 ni selama hampir 2tahun.
Nasib bek, mak xbuang lagi.
Kadang2 dia bising jugak menyemak kat atas almari dalam bilik, sampai naik sawang dah.
Tiba2 dok kat Bangi ni, dapat idea nak guna pakai bakul yang dibuat.
Seingat dulu, ada bakul yang siap sampai bekas ja, xbuat tangkai lagi, tapi xingat ada banyak mana.
Balik kampung hari2, dah mula operasi menyelongkar bakul2 ni.
Ok set, ni boleh realisasikan misi nih! I Like!!!
Nak conpem hal ni terlaksana, terpaksa mengangkut bakul2 ni ke Bangi.
Nak cat kat sini ja senang.
Klu kat kampung, xsempat nak buat keja2 gile ni, hui..
Memandangkan cat putih yang berbaki dari projek bakul hantaran tu ada lagi, jadi guna ja cat tu, sesuai jugak cat putih tu.
Sampai2 je Bangi, lepas solat Isyak tu, terus mulakan operasi ni.
Idea tengah menggila dalam kepala, xsabar nak muntahkan cepat, hahaha.
Tu yang kena buat cepat2, sebelum hilang dari pemikiran.
Penat tu ada agaknya, tapi dah excited sangat, dah xterasa penat ke x.
Langsung ja buat.
Penuh bilik bila barang2 dipunggah.
Nasib bek roomate semua balik kampung.
Jadi bilik tu ana yang punya lah!
Operasi Pertama : Mengecat bakul aka Pasu
Nak cat ni, amek masa jugak ni, dengan berus yang dah keras masa cat haritu.
Sampai guna cotton bud cat bakul nih, tapi boleh jalan 2bakul je la, hehe...
Operasi mengecat ni siap dalam masa 2hari.
Pas2, boleh mulakan operasi seterusnya.
Operasi Kedua, Daun pandan.
Saya perlukan bau yang wangi untuk melawan bau cat ni.
Cari daun pandan, daun pandan, daun pandan.
Pokok daun pandan depan umah menjadi sasaran! I Like!
Daun pandan yang telah dibersihkan dan sedang dikeringkan.
Semua operasi dijalankan dalam bilik tidur, huhu...
Yeh, dah siap gunting semua daun pandan, lega. Alhamdulillah.
Operasi Ketiga : Sumbat daun pandan dalam Bakul
Masa selesai cat tu, ada 25 bakul terpilih untuk projek centerpiece ni.
Ok, 25 bakul.
Dah siap sumbat dalam 25 bakul
Operasi Keempat : Sumbat span
Memandangkan bakul ni xla sebulat mana, sekejap heksagon sekejap pentagon ka, ntah la...
Kena pandai2 la nak potongnya.
Xleh terlalu kecil/longgar, nanti bila cucuk bunga, span tenggelam plak dalam pasu ni aka bakul.
Span yang telah siap2 dipotong2 untuk permulaan sebelum dipotong mengikut bentuk pasu.
Operasi Kelima : Gubah bunga ke pasu
Ni dia bunga yang bakal digunakan.
Asalnya bunga ni dibeli untuk hiasan bakul hantaran ke pihak lelaki.
Bila cuba2 nak hias, nampak xsesuai bila beli bunga2 kecik2 macam ni.
Emmm, ingat dah rugi sangat dah beli nih.
Kadang2 pikir nak pakai jugak, sebab xmau membazir, nanti kena beli yang baru lagi.
Saya harus jimat!
Dok pikir2, nak wat apa dengan bunga ni, Ting!
Yeh, centerpiece agaknya.
Tu yang terpikir2, otak berpusing2 mencari bakul telur yang pernah dibuat dulu.
Rasanya sesuai ni, bakul tu xbesar sangat, dan bunga2 ni pun kecik2, mashuk dah!
Dok pikir2, adjust2, dapat la rupa camni, centerpiece saya!
Pacak tengah tu, untuk nak tampal gambar pengantin dan ucapan.
OK, keseluruhan centerpiece yang telah siap.
Semua dapat 22 centerpieces.
Haha, terpaksa jemur kat luar.
Sebab dah buat kesilapan yang besar kat pasu tu dengan meletakkan daun pandan kat dalam tu.
Yang ni, jangan ikut ye,
OK, centerpiece bergambar saya dah siap.
OK x..?
Emm xseperti yang dibayangkan sebelum ni.
Bila gunting2, xjadik nak buat ikut bentuk LOVE tu.
Terpaksa wat petak jer.
Pas2 xnak membazir di sebahagian lagi, guna juga yang jemputan Tautan Hati dan puisi cinta kami, huahuahua....=P
OK, dapat buat untuk 20 centerpieces.
Siap masuk kotak untuk balik Kedah.
Jom, balik kampung!
Kali ni, sekali lagi dapat menggunapakai apa yang ada.
Perbelanjaan untuk centerpiece ni :
1. Bakul = Percuma
2. Cat putih = Percuma (lebihan bakul hantaran)
3. Daun Pandan = Percuma (amek depan umah)
4. Span = Percuma (amek dari deco Majlis Nada & Tariq)
5. Bunga Kuning = RM 30
6. Gambar pengantin = >< RM 12.00 (40keping X RM 0.30)
Jumlah Keseluruhan = RM 42.00
*HUMAIRA : Kalau bukan kerana salah membeli bunga untuk deco hantaran ni, kemungkinan besar centerpiece ni xwujud dalam majlis kawen ni. Sebab benda2 leceh ni, xsesuai di majlis kampung. Orang bukan tau, menatang pa nih? Xda maknanya. Tapi menghabiskan apa yang ada di depan mata adalah satu kemestian. Alang2 dah ada, gunakan saja apa yang ada. Jadi, adalah centerpiece di majlis Nabilah & Hasyim. Hehe, I Like!
comey laaa...
ReplyDelete