Search This Blog

Saturday, 23 October 2010

nasi ambeng

nasi ambeng jawa 287x220 Nasi Ambeng

 tgk ya gambar atas tu itu susunan ambeng yang moden cikit, dia terus bagi 4 orang, kalu dulu 1 talam pandai-pandai la utk bagi sendiri, lagipun bukan org jawa ja makan melayu pun dtg kenduri kan depa risau makan bekas sisa org lain, jadi sususan atas di praktikan. Plastik tu pula diguna utk bungkus nasi ambeng bawa balik, jadi suami yg pi kenduri selamat or tahlil boleh la kongsi dgn zaujah n anak makan dirumah. best x org jawa, 1 talam utk masyrakat kemudian berkatnya or bungkusan tu utk family pula =)

Inilah nasi ambeng….tradisi orang jawa. Menunya nasi ambeng mengandungi nasi dengan ayam yang dimasak kicap, mee goreng , sambal goreng dan serunding kelapa.
Ini nasi ambeng yang original di alas daun pisang, dan untuk mee , sambal goreng juga serunding kelapa di letakkan dalam ” Takir” yang bentuknya macam perahu . Agaknya nama Seberang Takir merujuk kepada Takir = Sampan kot…
bungkus nasi ambeng2 287x220 Nasi Ambeng
Nasi ambeng tidak dimakan di rumah tuan majlis tetapi selalunya dibungkus dibawa balik sebab itu disediakan plastik untuk membungkus. Daun pisang digunakan untuk membungkus lauk pauk dan dimasukkan ke dalam plastik. Tetapi bukan satu kesalahan sekiranya kita nak makan disitu juga .
nasi ambeng sedap1 287x220 Nasi Ambeng
Kebiasaannya setiap talam adalah untuk 4 orang.
kuih kenduri tahlil1 287x220 Nasi Ambeng
Jika menunya nasi ambeng, kuih muih akan dihidangkan sebelum bacaan tahlil. Tetapi jika menunya selain nasi ambeng, makanan akan dihidang selepas majlis bacaan tahlil.
serunding kelapa 287x220 Nasi Ambeng
Inilah serunding kelapa. Bahannya kelapa di parut, dimasak dengan cara digoreng tanpa minyak dengan api perlahan bersama BUMBU iaitu campuran bahan yang telah dikisar seperti cili , udang kering , jintan manis , jintan putih , bawang , lengkuas ( org jawa sebut LAOS) , kunyit hidup , (kunyi basah bukan serbuk kunyit..muahahah…budak² sekarang ni tak nak tumbuk kunyit basah ni, nanti kuku dan tangan comot….. ) , garam, gula dan gula merah


Cerita Kedua nasi ambeng

 Yang di atas nipula jenis yang kena bahagi sendiri, potong la guna tapak tangan or pinggan bagi adil, kadang 2 kalu Talam x cukup. 1 talam nasi ambeng boleh dikongsi 5-6 org pandai la nak bagikan kpd 6 bungkusan, ayam seekor kena patah2 kan 6 bahagian, part ni sy suka amik seekor ayam tu pula guna dua tangan, dulu ,masa time sekolah nakal juga, bila org tua suh bahagikan ayam tu, sy pun apa lagi yg bagian peha yg besaq sy amik utk sy dulu, bahgian dada yg banyak daging keras bagi org lain, serunding pun sama juga sy punya sy letak banyak sorok campur dgn mee goreng, org lain sy bagi cikit2 huhu, sapa suruh sy buat, jadi nakal la kami huhu

10 tahun dulu mungkin nama nasi ambeng begitu ‘janggal’ bagi rakyat Malaysia. Namun, sejak akhir-akhir ini, nama nasi ambeng begitu megah dipersada peminat makanan tradisional orang jawa.Bersempena bulan ramadhan ni, aku bukan nak menghangatkan segelintir masyarakat yang salah faham dengan kemuliaan ramadhan yang sudah pastinya bukan terletak pada makanannya. Semua sudah maklum insyaAllah. Namun, diruang  dan kesempatan yang ada, aku sekadar ingin berkongsi nostalgia nasi ambeng yang tak lapuk dek zaman mahupun ingatan.
10@15 tahun yang lalu,            
Makan bersama dalam dulang . Ada barokah padanya . Tapi jangan sampai berebut lauk
Waktu itu, nak dapat makan nasi ambeng tiap-tiap hari hampir mustahil. Kenalah tunggu ada jemputan kenduri tahlil, cukur rambut atau doa selamat. Tapi sekali-sekali orang tua ku, pernah juga menyediakannya di rumah. Nak diceritakan nikmatnya nasi ambeng ni, akulah antara anak kecil yang top dalam bab-bab makan nasi ambeng ni. Lauk seketul ayam masak kicap yang dimakan bersama, begitu mengujakan aku, sehingga terpaksa mengumpul picisan dan siatan ayam yang aku cuilnya dengan tangan , lalu ku simpankannya dibawah helaian daun pisang , di atas kertas surat khabar menjadi timbunan ayam yang bakal ku makan dengan penuh girang. Lalu, adik-adik aku juga tak lepaskan peluang untuk menyertai ‘pertandingan merebut ayam’ yang akhirnya mencetuskan pertelingkahan .
Serunding kelapa (menu wajib dalam nasi ambeng )
Serunding kelapa,’ mi besor’ (mi goreng ) , ayam kicap, gere bulu ayam (ikan masin bulu ayam) tumisan tempe dicampu sayur, setompok nasi sudah cukup untuk dinamakan nasi ambeng.
Dulu juga, ada orang yang alergik dengan nasi ambeng, sebab amalan memakan nasi ambeng diaplikasikan secara berjemah. Pastinya tangan-tangan yang banyak itu akan menggaul , mencuil dan mengais hiding nasi beserta lauk yang satu itu. Atau mudah katanya, ada segelintir yang ‘tak lalu’ nak makan dengan gaya begitu. Amalan makan dalam satu talam juga sinonim dengan nasi ambeng. Namun, peredaran zaman dan masa , maka lahirlah insan-insan yang memahami kehendak si peminat nasi ambeng dan orang-orang yang baru berjinak-jinak dengannya, ianya dibuat dengan kapasiti yang lebih kecil. Sebungkus untuk seorang makan. Dan sekarang, kita dapat lihat di pasar, di tepi jalan ada gerai-gerai dan warung-warung yang menjual nasi ambeng . Hari ini, nasi ambeng dapat dinikmati di mana saja, dan pada bila-bila masa di kampong mahupun di Bandar. Walaubagaimanapun, masih ada lagi yang belum mengenali nasi ambeng seperti mana ia mengenali ayam KFC, atau Pizza hut. Tapi itu semua tak penting, sebab makanan tradisional orang Jawa ini begitu unik dan sedap dimakan






0 comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers