Search This Blog

Monday, 4 October 2010

Hamper Best Untuk Warga Emas

Hari Ahad ni jamuan Hari Raya Kawasan Serdang, join together antara Adun Bangi dan Ahli Parlimen Serdang, YB Teo. Hari Jumaat pagi tu, En Abu bagi tugas kat Nada untuk setlekan bahagian hamper untuk Warga Emas. Last minute sungguh ni, En Abu ni. Dah la hari2 minggu ni pack dgn aktiviti. Mau xmau kena setle hari ni jugak. Esok (Sabtu, Ahad) xsempat dah nak buat.

Pas2 bijaknya Nada, dia pikir nak kasi hamper barang2 dapur. Xmau kasi makanan2 ringan tu, orang tua2 xmakan kot. Kena bagi yang berfaedah sikit. =) Pas2 beli barang kat Gudang borong tu. Habis beli barang2, area pukul 5 petang. Sampai tu solat Asar, pas2 stat la keja2 ni.

Ni ha, rupanya, barang2 dapur yang kitorang beli. Minyak masak, Gula, Garam, Teh, Susu Tin, Sos Cili, Sos Tomato dan Kicap. Wah, bagus jugak, bagi barang2 ni. Agak2 Warga Emas suka x eh?



Ni la rupanya hamper yang dah siap.. Tengok semalam, macam ceria ja, Warga Emas terima hamper2 ni. Ye la barang2 dapur kan, boleh masak, makan satu kelurga, insyaAllah.


Masa jamuan semalam, ada dapat ilmu baru plak. Ilmu nak bentuk2kan belon. Selalu dok tengok kat pasar malam, ada orang dok bentuk2 kartun, anime, atau binatang yang comel2 menggunakan belon. Kali ni ada pengalaman ni, sebelah tangan ja. Mulanya tengok jer, pas2 ramai sangat kanak2 yang berbaris nak belon tu, xmenang tangan petugas tu. So, kitorg pun tolong pamkan belon2 tu. Ibu bapa anak2 tu pun tolong jugak, sebab nak cepat kan..

Ni ha petugas tu, syok la buat. Nabilah dah tau buat LOVE. Nak belajar wat Angsa, xsempat...Letih oo, nak pam, nak simpul, nak bentukkan, sakit tangan, ma.

Panjang barisan anak2 ni, nak belon punya pasai...





Yang ni special utk kitorg, Nabilah, Aisyah dan Nada. 

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers