Masa dalam perjalanan bas tu, ada lalu depan bengkel besi2 kereta, rangka2 yang terpakai tu, terbakar. Asap hitam legam ooo. Sempat amek gambar dari jauh, masa dah pusing kampung dah. Selisih la dengan bomba, tapi ala yang kecik ja datang. Walhal kebakaran tu, besar. Em xtau la, pandai la bomba tu buat keja.
Ya, ada dua pengantin pagi ni nikah. Yang sepasang lagi pakai baju oren, ang ang gitu..
Ni mas kahwin pengantin tu, siap digubah menjadi kuntuman bunga RM300.
Menunggu giliran suami Ani plak nak akad nikah.
Selepas selesai akad, kedua2 pengantin lelaki pi solat kat saf depan. Sempat panggil Ani untuk klik gambar sementara menunggu EnSuami, hehe...
Siti Rohani Lothpi, Puan la sekarang, =)
Masa ni menunggu Tok Kadi setlekan pengantin yang satu lagi. Sempat plak dengan selamba, pusing dulang mas kawen tu nak amek gambar, masa nak klik tu, alamak, suka2 hati ja amek pusing mas kawen orang. Ala xcited nak amek gambar, terlupa plak majlis orang. Sempat la mintak maap kat Azrin, huhu.. Saya xcuri ni, amek gambar ja.
Masa ni, Tok Kadi dok bagi penerangan pada suamisteri nak baca akur janji tu.. Siap kekanda dan dinda dalam ayat tu, baru perasan, xtahan, hui...
Arahan pe? Masa Rabbana hablana.....Tok Kadi suh letak tangan suami kat atas kepala isteri. Masa ni, sebak la rasa. Abah pun kat belakang tu, erm....
Ok, Tok Kadi bagi arahan salam, cium tangan suami. Azrin tergelak, sebab saudara2 dia suh lama lagi cium, lama lagi cium, nak amek gambar, nak amek gambar...Ayyo..
Ok cium dahi isteri plak, Tok Kadi kata, =P
Hantaran barang2, 7 berbalas 9.. Azrin tempah, Ani buat sendiri...
Gambar kawen, Nabilah xda. Nanti boleh tengok kat FB kot. Diorg pakai merah-hitam. Memang gempaq hey, make-up Ani saja pun 2jam. Gilak...
Kenyang perut tengok pengantin. Cantik sepadan. Ani pun cantik, suami dia pun hensem. Rezeki nak suami hensem, dapat jugak, huuuuu...
Macamana turn Nabilah plak? Ermmmmmmmmm
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih untuk komen bernas anda :)