Thursday, 15 March 2018

RUANG TAMU : Susunan je baru, perkakas masih sama, hahaha

Assalamualaikum

Alahai, minggu lepas janji, minggu ni baru sempat ehhh..
Tu la bila berjanji, mesti ja xdapat nak buat.
Lepas ni xleh berjanji lah, 😎

Saya rasa lama sangat dah tak mengemas rumah..
rasanya kali ni, kali 4 atau 5 saya tukar susunan...
yang terakhir, seat yang besar sekali letak di dinding..
kenkonon ada nak buat dekorasi kat dinding tu..
tapi separuh jalan je proses DIY tu...
akhirnya tak jadi buat...
tiga tahun berlalu begitu saja..


Bila ada sofa tepi dinding tu, jadi tempat longgokan barang2 plak...
semua nak letak atas sofa tu...
almaklumlah depan pintu ja...
buka pintu ja, sofa tu paling dekat, semua main campak atas tu...

Jadi sebelum nak mula angin nak mengemas tu..
terfikir la, alang2 nak mengemas, saya nak tukar susunan sekali..
baru la nampak impak besar sikit bila bertukar keseluruhannya..
dok bayang dalam kepala je la, nak susun lagumana plak kali ni..

Nak guna apa yang ada ja...
dalam kepala otak, seater yang panjang tu, nak jadi divider tengah2 ruang tamu tu..
tapi bila dok kemas tu, nampak macam tak lepas ja ruang nak jalan sebelah dinding straight dari pintu tu..
kalau nak ikutkan, muat je lebar tu..
tapi sebab, depan seater tu pun akan ada sofa lagi, so ruang nak akses macam tak smooth..
jadi tukar plan, yang seater besar, ke dinding, yang 2seater jadi divider.
yang 1 seater untuk tuan rumah, senang nak bagi isyarat dari dapur kalau ada tetamu, wakakaka...


Pastu teringat, bila pagi2 hari sekolah..
selalu dok terjerit kat Hafni, amek sikat, amek cream, amek getah, tudung, skaf semua..
nak siap dia sebelum pi sekolah..
selalu dok bersiap kat ruang tamu, sebab nak elak si adik terkejut daripada tidur..
jadi teringat macam sesuai je kalau alihkan bedside table ni ke ruang tamu.
ada dalam bilik tidur pun tak berguna sangat..


Jadi alihkan ke sini, boleh la letak keperluan tu semua dalam laci, tak yah nak jerit2 lagi dah..
Sebelah atasnya, buat letak beg sekolah.
masa ni tak ada, sebab dah pi sekolah, bakul tu pun dah tukar lain, sebab cikgu bagi bawa balik buku teks, setiap hari kena bawa buku teks ikut jadual..
bakul tu tak muat nak letak buku, jadi tukar dengan bakul lain..


Untuk bahagian yang terlindung tu, saya hamparkan karpet yang dah lama tak guna..
almaklumlah sekarang ni kan dah ada baby..
tak leh nak lepak atas katil ja...
dah ranap dah tilam tu di bahagian tertentu, tak rata dah tilamnya...
anak kecik ni pun, dah mula nak meniarap, bergerak berguling2 dah, risau lama2 atas katil...
jadi kena lepak kat bawah2 je la..
buka toto, tilam dia, barang keperluan baby semua letak sini...

Bila ada sofa di tengah tu, boleh juga saya bersandar semasa BF baby..
cuma satu je spoil, kipas kat bahagian ni macam tak rasa sangat anginnya.
Padahal sama ja buka high sama dengan kipas depan pintu tu..
sejak technician datang baiki hari tu, prestasinya dah tak macam awal dulu..
saya pun hairan angin kipas tu pergi mana, emmm


Hai tenangnya hidup bila tengok rumah lapang dan rapi ja...
ha, selalu orang tayang yang cantik2 ja kan...
saya pun teringin bila tengok rumah orang cantik kemas...



Lagi tabik spring kalau jenis rumah, yang banyak sangat barang perhiasannya..
rajinnya depa susun, nak belek satu2..
saya tak sanggup oii...
saya ada yang basic ja, yang keperluan...
hiasan2 tu kadang2 teringin juga nak buat..
sikit2 boleh la, tak leh banyak2 satni saya yang rimas...

Tapi yang cantik indah tenang tu, tak selamanya begitu, hukhukhuk...
baru hari Jumaat kemas....
hari Sabtu-Ahad dah jadi lagu ni dah, arghhhh


Habis punah berkecai aiii...
sabaq je la...
jiran sebelah la punya pasai ni...

Harapan la nak kemas sokmo...
nak kemas tu punya la lama amek masa...
nak sepah, sat ja...


Bantal2 ni terpenyek sebab Hafni dok lompat2 atas sofa ni..
bila tukar susunan macam ni, jadi bertambah seronok plak dia nak melompat..
dari satu sofa ke satu sofa, sampai la sofa yang divider tu, dia terjun ke toto karpet tu..
kadang2 saya tengah sandar situ pun, dia boleh lagi suruh saya ke tepi..
Umi tepi sikit, Hafni nak jump ni!
amboiii, jadi port baru plak untuk dia..
akai anak2 ada ja la...


Haa, susunan je baru..
barang2 semua sama..
cuma ranting2 tu je dulu, sebelum ni ada bunga2 kering tu,
saya cabut dah semua..
tinggal batang je saya guna..
simple senang..
sebelum ni asyik tersangkut kat baju, bila lalu sebelah dia..
sekarang dah tersorok di kiri kanan seater besar tu..
tak ada dia nak kacau orang dah...
melainkan ada orang dok kaco dia..
Hafni suka dok hide hide kat situ...
port dia merajuk menangis pun kat situ jugak, hahaha...

Nak cat2, belum ada semangat dan bajet lagi..
cuma terfikir tahun ni, kalau sempat nak cuba buat langsir..
guna langsir rumah sewa lama..
rasanya cukup untuk ruang tamu je..
prepare untuk mood raya..
baju raya xyah jahit dah tahun ni, pakai baju kenduri kawen baru ni je, yeyeh...
tengok la jadi ke tak...
dah lama dah langsir tu terpasang 5 tahun..
tanpa bertukar, tanpa bercuci, acemmmmm



Kat rumah belum ada penapis air dan udara? Hubungi saya #0193330382 untuk order. Limited stock, tamat bulan Mac ni, termasuk free daftar RM265..

2 comments:

  1. ade budak2 kecik, mmg xleh kemas lama..kejap jer bersepah..tp tu laa nikmat bila ada anak2.. yg masih berdua, umah mmg 365 kemas...tp sunyi sepi..xde rasa kemeriahan tu.. hihi

    ReplyDelete
  2. alahai cantik,kemas je rumah awak
    rumah saya nak amik gambar pun segan.haha!

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)