Monday, 12 March 2018

Mengisi hobi dengan baking seminggu sekali...

Assalamualaikum

Sejak balik dari cuti berpantang lepas..
ada something macam tak kena...

Setiap hari kita makan nasi sepanjang berpantangkan..
lama2 kot la rasa bosan makan nasi kan...

Kebetulan hari tu nampak kawan masak roti stim, cheesenya mencair meleleh. nampak menyelerakan..
terus wasap tanya guna cheese apa meleleh gitu..
dia cakap guna Beqa ke Bega ekk
confuse huruf q dia tu..
ramai yang sebut Bega kat pamplet pasaraya..
ingatkan Q, emmm


Maka bermula misi mencari cheese tu..
selalu senang je jumpa kat 2PLY tu..
tapi time nak, time tu la tak dak...
pi Giant, Tesco pun tak ada, pelik betul saya..
pastu mana entah, enSuami jumpa kat kedai baru buka...
2 minggu juga la, mencari cheese ni, adei...

So bila dah ada, dengan seronoknya dapat membaking...
lama dah teringin nak makan pizza..
ada cheese seharusnya buat pizza la kan...


Ini gambar Jumaat lepas..
kali kedua baking..
first time baking, semua doh buat pizza, ada kecil, ada besaq, tak da sos untuk Hafni...

Kali ni baking, misi nak buat bun kelapa..
sehari sebelum tu, dah buat inti kelapa..
saya guna kelapa kering yang buat biskut kek tu je..
banyak sangat lagi berbaki..
saya tak minat biskut ada kelapa
so try buat inti tengok, dah kempunan nak makan inti kelapa...
tapi tak best sangat, sebab tak lembab, asbab kelapa kering kot ekk..
dah tambah banyak2 air gula merah, cuma tak letak gula putih je..
nanti rajin, nak makeover sikit, takut nak letak gula banyak2, huhuhu...


Bun kelapa, buat 9 biji je muat satu loyang..
try dulu, risau kalau tak sedap...
sebab tengok inti, macam tak puas hati sangat, daun pandan pun tak letak masa masak inti tu, emm


Selalunya roti bun, kalau buat sendiri, yang laku cepat habis..
yang macam ni ha, yang ada sosej, ada sos, mayonis, cheese..
haa yang tu cepat habis...
yang bun kayu manis tu, saya lupa nak letak gula, sebelum gulung tu..
just letak planta, kismis dan serbuk kayu manis..
patut la rasa macam pelik je..
bila stat makan, baru sedaq, saya tabuq gula kat atas ja, dalam takda gula, tawaq hahaha...


Pizza tu sekali hadap, saya sorang, dah separuh hilang...
lain kali buat, boleh banyakkan pizza tu..
kali ni buat nipis2 ja..krup krap sangat pizza tu hahaha...

Untuk resepi bun roti ni, saya suka dengan resepi Donat Kentang dari Kak YatieMemories
saja memandai sendiri, menggunapakai resepi donat jadi roti..
sebab pernah tengok kat FB, ada sekali orang share dia buat pizza guna doh donat, so lembut elok la pizza base dia...
so saya pun try la dengan resepi ni... menjadi sesuai..
senang nanti bila dah hafal resepi, nak buat donat? roti? bun? pizza?
satu resepi ja setel semua menu di atas, ha bijak tak....

Setakat ni, belum jemu lagi dengan resepi ni, kekeke....
mari saya kongsikan di sini ya...

Bahan-Bahan
500G tepung gandum
200G kentang yang telah direbus dan dilenyek
4 SB susu tepung
1 biji telur ( dipukul sedikit)
200 ML air suam
3 SB marjerin/butter
3 SB gula
2 SK yis

Caranya
  1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. 
  2. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. 
  3. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan. 
  4. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda.
  5. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam. 
  6. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. 
  7. Bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnya, seperti bentuk donut.
  8. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda. 
  9. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. 
  10. Sedia untuk dihidangkan.

Versi Roti/Bun/Pizza by NabilaHasyim
  • Adunan ni saya pernah buat untuk bun kentang @ potato bun, pun sedap juga, cuma tawar sikit, boleh tambah gula lagi jadi 6 SB gula ATAU susu tepung tu guna susu pekat.
  • kalau untuk buat roti dan pizza, just tak letak kentang je..sukatan lain sama je, tak terjejas pun.
  • kalau buat roti sarang lebah, tak perlu gandakan gula, sebab sos butterscoth pun dah manis sangat dah.
  • dah bagitau tadi susu tepung, saya ganti susu pekat
  • air suam, saya ganti air sejuk, sebab guna mixer, saya tuang semua 200 ML.
  • marjerin, saya guna Planta, cairkan guna microwave, defrost, 2minit.
  • saya masuk campur semua bahan, mix dengan mixer, telur pun skip, tak pukul dulu..
  • mix selama 15 minit. Perap sejam. bentukkan nak buat roti/pizza, simpan dalam oven, sampai doh kembang, ikut saiz yang saya nak, seperti kembang sampai penuh loyang, atau bersentuhan antara satu sama lain, tak sampai sejam, berkuap kot dok dalam oven tu..
  • lepas tu baru keluarkan, panaskan oven 10-15minit, sambil2, sembur roti dengan air kosong atau yang dicampur sedikit dengan susu pekat/susu segar/telur yang dipanggil eggwash, kalau malas nak buat, air kosong saja pun boleh..
  • kalau oven kecil boleh guna 170-180C, 20minit. oven saya guna 160C, api atas kuat sangat, boleh hitam roti/pizza. masa sama 20 minit. ini bergantung dengan oven masing2, tuan empunya oven lebih kenal oven dia macam mana..
  • kalau ada bread softener, improver, nak letak pun boleh, 1 SK setiap satu.. tapi saya asyik lupa letak setakat ni.. huhu.. tak letak pun lembut je
  • tanpa pengawet, boleh tahan 3-4 hari..

So, selamat mencuba!








Kat rumah belum ada penapis air dan udara? Hubungi saya #0193330382 untuk order. Limited stock, tamat bulan Mac ni, termasuk free daftar RM265..

1 comment:

  1. perghhh
    dah lah suka makan roti
    tengok hasil2 roti semua nampak sedap

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)