Search This Blog

Monday 29 February 2016

RESEPI : Kimbap Korea yang Simple

Assalamualaikum....

Sekarang ni kan saya suka sangat layan online..
walaupun di rumah tak ada TV atau astro...
tapi memanjang je mata ni menonton, huhuhu...

Laptop kan ada, boleh ganti TV..
Streamyx kan ada, boleh ganti Astro..

Dah ada internet pun dah macam2 boleh tengok...
tu pun enSuami bising, kalau saya tak habis-habis dengan Koreanya, kekeke...

Dulu2 suka layan drama..
tapi sejak berjangkit dengan adik2 ipar ni, diorang lebih suka layan show daripada drama..
Show yang paling top, Running Man lah kan...
Running Man saya tengok masa ramai2 depan TV di rumah mertua je..
sebab bila tengok ramai2 baru syok dok mengutuk Kwang Soo yang jahat tu, wakakaka...

Kalau di rumah, sorang2 layan Law of The Jungle..
seronok tengok survival di dalam hutan..
dengan kebijaksanaan Kim Byung Man, memang terasa ternganga, terbeliak la bila tengok idea dia tu..
bijak, kreatif tu tak tahu la nak cakap camna..

Pastu baru2 ni, ada siri baru diorang upload Please Take Care of My Refrigerator..
show ni, diorang bawa peti sejuk artis/selebriti tersebut ke studio..
pastu host siri tu akan melihat satu2 makanan yang ada dalam peti sejuk tu..
kalau barang2 dalam tu sepah, pecah la rahsia masa tu..
makanan2 yang berkulat/expired (jika ada) akan terbongkar la masa tu...

Lepas tu ada 8 orang chef yang hadir semasa show tu yang akan masak, menggunakan bahan2 yang ada dalam peti sejuk artis tu...
waaa, best tak..
first time nampak cef2 korea masak live macam tu...
seronok sangat, 15minit je masa pertandingan memasak tu..
artis tu yang akan tentukan masakan siapa yang akan menang ikut selera tekak dia lah...
Banyak2 cef dalam tu, saya suka Kim Poong, asalnya dia bukan cef profesional, tapi dia belajar sikit2 pastu pandai gitu (macam show Masterchef)

Ehh, panjang plak cerita pasal ni...
tapi kalau korang nak tengok, boleh terjah di link ni, OK...
ada banyak lagi siri2 show yang lain...
tak larat la nak tengok semua...
saya tengok yang best2 je, huhuhu...

Sebenarnya saya baru je nak cuba buat sendiri kimbap..
selama ni dok makan mak mertua yang buat..
adik ipar yang bongsu tu suka makan...

Saya buat ni sama ja, macam mak mertua buat..
guna pulut..

Kalau asalnya, ada beras khas untuk buat kimbap ni..
dipanggil nama short grain..
berasnya ketot2 je katanya..
bungkusan pun kecil2 dalam 1-5KG...
nasi tu memang jenis basah2 lembab macam pulut...

Tapi kalau tak ada, atau malas nak beli..
ye la, sekali-sekala je nak makan kan...
nak lepaskan teringin..
guna je pulut, senang cerita...
selera tekak Malaysia-Melayu, kekeke...

Kalau nak detail yang cerita pasal short grain tu, boleh klik blog AlfiMohd..


Bahan-bahan
Rumpai laut kering
1 Cawan pulut (untuk 2 orang makan)
1-2 titis minyak bijan
1 batang lobak merah, dihiris jejari panjang, dicelur
1 batang timun, dihiris jejari panjang, dibuang biji tengah
2-3 biji telur (dibuat telur dadar)
sosej digoreng tanpa minyak
isi ketam digoreng tanpa minyak atau dicelur
tuna mayonis/ cili pedas (opsyen tambahan)

Cara-cara
Masak pulut seperti biasa (boleh letak garam sikit). Lepas pulut dah masak, titiskan minyak bijan, dan gaul rata..
Sediakan rumpai laut di atas tikar buluh/plastik/dulang.
Ratakan pulut ke semua permukaan rumpai laut.. tebal atau nipis, terpulang kepada selera...
Susun lobak, timun, telur dan lain2, di bahagian tepi sekali di satu bahagian seaweed..
Angkat tikar bulut, dan padatkan pulut bersama inti tadi supaya tergulung dengan kemas...
Gulung sehingga habis.
Ulang langkah gulungan sehingga habis atau kuantiti yang dikehendaki..
Potong kimbap dengan menggunakan pisau bergerigi supaya cantik terhiris..
Sedia untuk dihidangkan..
Boleh juga titiskan lagi minyak bijan pada kimbap jika suka untuk menambahkan lagi aroma pada kimbap...


Rumpai laut ni, saya beli di Speedmart, ada 10keping, harga RM8.90.
Ada pelbagai jenis rasa, classic, rasa sotong, spicy pun ada kot..
yang saya beli ni Classic..
kalau yang tak ada Speedmart, boleh cari di Tesco/Giant..


Pastu, pada yang tak ada lagi tikar buluh tu, takyah susah pi beli..
saya tak ada juga, guna plastik seaweed tu je balut, lagi senang...
lepas habis gulung, terus buang, senang cerita..
kalau nak beli juga, boleh cari di MRDIY, atau kedai2 barang perkakas rumah..


Keluarkan seaweed dari plastiknya, hati2 sikit, sebab dia rapuh..
pastu letak seaweed tu atas plastiknya...kalau tikar, atas tikar lah...


Ambil pulut/beras yang telah digaul dengan minyak bijan..
ratakan ke seluruh permukaan seaweed...
guna sudu plastik je, kalau nak senang..
sebab pulut tak melekat langsung di sudu plastik tu...
bersih je sudu tu...


Untuk isi2 dalamnya, korang boleh letak apa2 je sayur atau lauk yang korang suka..
lobak, timun, telur, sosej, isi ketam, tuna, kalau tak silap boleh juga letak kimchi kot..
kalau orang Korea betul, macam2 la diorang boleh letak, ikut selera dan kreativiti mereka..
dah makanan rutin mereka kan..

Macam kita punya nasi lemak, dulu2 makan dengan sambal ikan bilis, telur rebus, timun je..
sekarang macam2 lauk boleh ada.. pandai2 orang buat inovasi untuk pelbagaikan selera tu..
so terpulang korang letak apa, sebab korang yang nak makan kan...
macam saya tak ada stok timun masa ni... so tak ada la timun..
kalau tak suka sayur2, letak je lauk2 sahaja...
tak ada masalah, tak berdosa pun, hewhew...


Lepas susun lobak, sosej, saya tambah lagi isi ketam...


Pastu tutup dengan telur dadar...
kalau tengok yang orang Korea buat, kemas je..
bulat2, elok2 je isinya di tengah2...


Hasilnya yang telur dan sosej...
saya tak berani nak letak pulut banyak2, takut muak...
kalau letak banyak, tebal2, tak ada la seaweed tu bertindan/berlapis macam tu..
kiranya macam sekali gulung je, dah penuh dengan isi2..
yang macam tu memang Daebak lah!


Yang ni, saya cuba letak tuna..
kebetulan ada tuna mayonis je..
kalau tuna cili, lagi sedap kot, baru rasa pedas gitu, baru syokk!


Isi dalam pun sama juga letak lobak dan sosej...
letak isi di bahagian hujung yang dekat dengan kita...
kalau nak letak sebelah sana pun boleh...
tengok tangan la, reti tak reti nak gulung nanti..


Lepas dah siap letak inti, angkat plastik hujung ni, naik ke atas inti, golek2 2-3 kali supaya inti dipadatkan dengan pulut2 yang ada...
dah rasa kejap-padat, baru terus gulung sampai habis...
tanggalkan plastik dari kimbap..
boleh ketepikan, atau nak hiris terus pun boleh...

Korang jangan gulung dengan plastik pulak..
plastik tu hanya nak elakkan tangan kita dari pegang seaweed yang basah tu je..
kalau tergulung sekali, susah pula nak keluarkan nanti, huahua..

Saya buat lagi kimbap lain sampai habis...
Dah habis semua, baru hiris...
seaweed ni bila dah kena pulut semua, dia jadi basah dan lembik..
jadi kena cepat buat...
kalau lambat2, nanti terkoyak, lagi susah nak gulung...
Plastik tu pun, lepas guna sekali, dah takleh guna dah sebab basah dan berminyak...
Jadi guna plastik baru setiap sekeping seaweed tu..
sebab tu tak yah beli tikar buluh tu...
guna plastik seaweed tu je senang...


Hasil kimbap yang ada tuna...
pisau pun tak tajam, siap minta enSuami asahkan, hahaha..
tak ada lagi pisau yang bergerigi tu, huhuhu...


Satu keping seaweed tu, boleh dapat 6-8 biji kimbap..
ikut ketebalan korang potong..
masa ni saya buat 3 keping je..
pulut, guna separuh je..
nak buat banyak2 takut tak habis nak makan...


Tu pun 9 biji ni, bagi ke jiran..
kalau tak, mau muak nak habiskan..
buat sekadar teringin nak buat je, makan tak berapa, huahua...

Masa buat tu pun dah kenyang, sekali hiris, masuk mulut...
sekali hiris, masuk mulut...
sebab tu dalam gambar ada 18 biji je, hahaha...
yang lain2 dah ngap awai lagi...

Seaweed tu pun, sedap dimakan begitu saja..
sambil layan cite korea, sambil makan makanan korea, fuh Daebak!
Gomabseubnida, Annyeong.. :)

12 comments:

  1. amboi2....rajin bangat ni!
    nampak selera sgt tu. hihi
    eh btw, dulang kita sama la! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. teringin nak makan, terpaksa la rajin buat sendiri...

      dulang cupcake tu ek, hehe,
      nampak cam comel je, amek la satu.. buat ganti dulang lama yang patah..

      Delete
  2. sedapnya... kalau buat sendiri apa2 inti pun boleh masuk ikut selera kan... nyum nyum...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, julie..
      inti ikut selera masing2..
      selalu korean letak lauk2 byk..

      Delete
  3. salam, seaweed yg jenis akak guna tu tak terkoyak ke time gulung kimbab?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu pulut/nasi basah sgt, seaweed boleh terkoyak..
      Jd bila leperkan nasi tu, cpt2 susun inti dan gulung dgn lemah-lembut, hehe.. jgn tekan kuat2 sgt, just golek2kan bg dia padat, terus je gulung smpi habis.
      Masa nk hiris, sapukan sikit minyak bijan kt pisau, hiris. Lepas hiris, klu pulut2 lekat kt pisau, bersihkan dulu, baru sapu minyak balik dan hiris.
      Kecuali pisau tu sgt tajam, boleh skip step minyak tu..
      Klu letak minyak bijan tu, kimbap rasa lg sedap ;)..
      Harap membantu, Selamat mencuba

      Delete
  4. Pulut tu beras pulut malaysia ke beras pulut memang khas utk buat kimbap/sushi?

    ReplyDelete
  5. Pulut tu beras pulut malaysia ke beras pulut memang khas utk buat kimbap/sushi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, Saya Tak pernah beli beras Sumon yg Korea/Jepun tu..jadi xdpt nak bezakan yh Mana lg sedap.

      Saya masak pakai pulut biasa je, sesuai dgn tekak sendiri.
      Klu pakai beras nasi Malaysia, xsedap sgt, xda rasa lemak.
      So pakai pulut sedap sket..dgn tekak melayu/Malaysia, hee 😅

      Delete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers