Search This Blog

Sunday 31 May 2015

DAPUR : Susun atur terkini untuk baking station [selesai masalah loyang], yeah!


Assalamualaikum....

Cerita pasal ruang ni, dulu2, saya hanya guna 2 batang rod untuk bahagikan ruang antara loyang dan mixer.
macam gambar bawah ni...


Tapi seperti dalam cerita sebelum ni, hafni suka sangat tarik batang rod tu...
dan disebabkan loyang oven yang berat sangat tu, kadang2 boleh juga runtuh rod ni...
kalau jadi macam tu, berdentum la bunyi loyang besi berlaga...
adehhh...

Lepas tu, selepas tukar lantai baru dengan hiasan wallpaper tu, saya guna rod tu pula untuk susunkan loyang2 tu..
dannnn kejadiannya sama juga, Hafni tarik lagi semuanya, huaaaaaaa...

Lepas tu dah mula bosan, tak nak buat apa2 lagi dah..
Saya biar je gitu...
guna bakul Daiso tu je, untuk letak loyang2 yang kecil tu.
Habis cerita, hehehe...
Bekas2 acuan yang kecil2 tu, dah lama tukar tempat lain, sebab selalu jadi mainan Hafni...
penat nak kemas balik kalau dia dah sepahkan, jadi letak kat tempat yang dia tak boleh capai, senang cerita...


Bila lama2, rasa tak puas hati plak..
masa tengah sibuk kemas kotak2 buangan selepas selesai DIY Kabinet Dapur Hafni tu, terperasan kotak lebihan DIY untuk letak pinggan makan...
dok perati lama2, nak buang ke, nak simpan, nak buang ke nak simpan...
tup2 terfikir macam boleh guna je....
kalau ikutkan idea yang saya fikir ni, dah lama ada...
tapi dok malas, malas nak buat..
ingat nak cari file holder yang material besi tu untuk letak loyang2 ni...
sebab tu la dok tertangguh tak buat...

Lepas tu, pasrah je la, apa yang ada..
buat sendiri, habis cerita...
memenuhi keperluan...
tak ada kos yang keluar, jimat!


Macam rak untuk simpan pinggan makan, yang ni pun saya balut juga..
guna glue gun la, sebab guna kain...
saiz tak sama, belasah je la...
yang penting, kat bahagian depan, kosong tak ada penghadang..
mudah untuk sorong dan tarik loyang tu..
sebab saiz loyang oven tu, memang ngam2 je dengan ketinggian ruang kabinet ni..


Bila dah siap, masa untuk menyusun...
kosongkan semua ruang tu...
tinggal mixer je kat situ...
memang ruang yang ada, memang ngam2 dengan kotak tu...


Masukkan kotak2 nye, dan susun loyang ikut kategori...
loyang oven, yang petak tinggi kurus, satu kotak....


Yang loyang bulat, ada tersembunyi dalam bekas tupperware bertudung oren tu..
dua bekas tu memang tak leh nak letak mana dah, tak ada tempat sudaa..
lagipun memang bekas2 tu saya guna untuk letak kek kalau kek yang jenis bertopping...


Untuk bahagian pintu, ada tambahan sikit, piping bag....
saya lekatkan je plastik bungkusan tu dengan double tape...
just gunting sikit kat bahagian atas tu, untuk saya mudah tarik keluar, piping bag ni, bila nak guna...


Habis selesai masalah saya...
mudahan2 elok2 je la, fungsi dan faedahnya...
bila guna kotak dan kain, sekurang2nya, kurang sikit bunyi frekuensi bila besi2 loyang tu bertemu, heh!.....

WhatsApp : 019-3330382
Tempahan Design:
Banner | Buku Iklan | Label | Logo | Header/Edit Blog | Kad Nama | Poster

5 comments:

  1. bila dah susunatur baik2 baru memudahkan kerja kita nak amik barang bagaikan..

    ReplyDelete
  2. saya simpan semua loyang2 dalam oven aje. tapi bila nak guna oven tu semua harta karun di dalamnya kena keluarkan lah.... boleh lah nanti saya cedok idea ni ye... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa, sy pun ada jgk simpan dlm oven sblm ni. Bila nk baking, kna la kuar kan semua..
      Xlarat nk ulang2 mcm tu, kna la buat sesuatu.
      Tmpt khas utk susun brg2 secara tetap.

      Silakan DIY, memudahkn keja bila nak guna, hee..

      Delete
  3. sungguh kreatif dan organized

    ReplyDelete
  4. terima kasih share :-) .. sangat bermanfaat untuk saya baru berjinak2 di dapur.. hehe

    - yani, Kelantan

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers