Assalamualaikum....
Semalam dah update pasal almari Hafni yang dah siap.
Ni cerita sebelumnya plak...
Lama dah DIY kotak pakaian untuk Hafni.
Baju baby kan kecik2 je...
Jadi muat sangat la, nak simpan dalam kotak A4 ni.
Kotak A4 ni dah tak ada penutupnya, rosak-terkoyak.
jadi saya buang daa...
Hanya ada kotak.
Lama2, rasa macam nak buat bakul untuk letak baju2 Hafni.
Almaklumlah saya kedekut sikit nak beli bakul2 besar yang baru.
Mahal mak oi...
Lagipun kan nak guna sekejap je..
masa berpantang kat rumah mertua, ada juga mertua keluarkan bakul yang petak besar tu, untuk letak baju2 Hafni.
bila dah balik umah sendiri, dah tentu la bakul tu xda kennn
xkan nak bawa blk yang mertua nyer, iskkk...
Dah tu, dok korek2 stok kotak, nampak kotak A4 ni.
Macam sesuai je nak guna.
Lama gak dok fikir..
Sungguh ke ni..
Nak buat ke ni..
Nak guna ke ni..
Nak balut dengan kertas ke?
Pastu jumpa kat blog Yuyuy, dia pun buat kotak isi barang2, balut dengan kain.
Idea dah ada, cuma 50-50 lagi.
Bila tengok orang dah buat, baru bersemangat nak buat juga.
Saya tak ada kain yang comel2, just kain lebih dari sarung bantal je...
Test2, ukur2 dulu, cukup ke tak...
Jadi yang ada ngam2 je....
Saya buat juga tali untuk pegang.
Gam banyak2 supaya kuat.
Saya guna glue gun semua untuk aktiviti ni....
Haaa, jangan terkejut, Hafni masa baby dulu.
Saya buat kotak ni...
Lama terperap dalam draf.
Masa ni, dia teman Umi sekali.
Dok dalam tu diam2, heeee...
Jadi pun pemegang kotak ni.
sehingga sekarang kukuh je, tak pernah tercabut lagi.
atau mungkin saya pun jarang guna pemegang tu sepenuhnya.
selalu pegang kotak je..
langkah berjaga2 lah katakan...
Ni susun2 masa baby dulu.
Baju kecik2 lagi.
Kadang2 pakai juga CD.
tapi salah pilih la design CoolaBaby ni, cutting besar.
kalau baby kurus, boleh bocor tepi.
tu yang tak konsisten pakai CD.
Bahagian pakaian tu, saya susun dalam bakul dulu.
Dapat tindan 2 bakul.
Bahagian atas pakaian.
Bahagian bawah selimut, pakaian jalan2, kain tuala kecil dan baju sejuk.
Sama je baju Hafni dengan yang semalam.
memang masih guna, dari dulu sampai sekarang...
yang baju newborn je yg dah simpan...
Haaa, ni la cover yang saya buat guna kain ni selapis je...
Xda lapik dengan apa2 pun.
Haa sama kan sarung bantal ni...
Ni la projek asal masa beli kain ni.
Tapi projek tu terbengkalai, sebab tu ada kain lebih.
Guna untuk balut kotak ni, habis daa..
Lega......
Dan yang kedua DIY kotak DD Dispenser.
Yang ni DIY yang baru siap minggu lepas.
Saya guna kotak cermin bilik air kalau tak silap.
tapi bahagian tepi tu, saya tambah kotak lain
sebab nak ikut lebar DD.
Masa ni aktiviti mencantum dulu.
guna stapler. guna gam kertas, salotape pun ada...
Lepas tu, bahagian dalam, saya cover dengan kertas recycle je...
Yang bahagian text, kita gamkan ke dalam.
baru nampak licin bahagian luar.
Tapak bawah pun tapak tambahan.
guna kotak yang sama bahagian tepi tadi.
amek dari kotak kipas, Monte Air-Elmark.
Dah siap bahagian dalam.
Cantum semua di bahagian luar.
Baru nampak saiz kotaknya.
bahagian atas ni, kebetulan lebihan je bahagian tepi tu.
yang lebihan tu jadi penutup plak.
masa ni dok fikir nak buat penutup ke tak...
last2, biar je penutup tu macam tu.
Hari kedua, baru dapat balut.
balut dengan kain.
kain lebihan baju pakai kat dapur.
daripada dok terperosok dalam plastik kain perca, ada juga guna.
ngam2 juga untuk projek DIY ni.
ada lebih sikit pun saya buang juga, malas dah nak simpan.
buat semak kepala je, heh.....
Lepas balut semua siap, baru saya tebuk lubang untuk kain ni.
lubang kat kotak, dah buat awal lagi sebelum mula balut.
kat bahagian atas pun saya buat tali juga.
sebab saya plan nak gantung, untuk jimatkan ruang.
tapi kalau nak letak bawah pun tak ada masalah.
boleh dapat 3 line DD.
berapa keping boleh masuk, xtau la..
sebab DD ni pun dah tinggal separuh dari 80pcs.
bila susun dalam ni, xsampai separuh pun.
Mungkin 80pcs DD, muat kot.
Ingat nak letak CD kat sebelah.
emm mcm tak jadi je...
kalau Umi rajin, Umi buat kotak lain untuk CD plak.
setakat ni, buat kotak untuk DD pun dah jenuh...
almaklumlah ada pembantu tak bertauliah gitu.....
bukan senang nak siapkan.
sila bertabah Umi...
sel2 otak anak sedang berhubung, kekdahnya......
Dah siap untuk almari Hafni.
abaikan je la ek, bayangan monte air yang masih nampak gitu...
lupa lak nak cover dengan kertas, ingat tak nampak dah, bila balut dengan kain.
mungkin kain ni jarang sangat kot.
Harap boleh bertahan sehingga diperlukan...
kalau esok2 tak sesuai nak gantung, kita letak bawah plak ye...
nampak xcomey sebab tak seragam je warna-corak kainnya....
dari segi praktikal, menjimatkan ruang, mudah nak ambil, mudah nak simpan.
nampak kemas tersusun juga.
ikut piawaian saya la.
sesuai dengan kemampuan dan bajet saya.
simple2, biasa2 je, hihihi....