Sunday, 28 September 2014

RUANG TAMU : Makeover water fountain jadi pasu bunga, hehe


Assalamualaikum...

Hai, saya baru dapat semangat nak cantikkan rumah, heyyy......

Saya ni bukanlah kreatif dengan bunga2 ni..
Tak berapa nak minat.
Saya suka simple2 je....

Tapi tu la, kalau tak ada bunga, jadi tak cantik n tak ceria rumah kita.
Macam umah orang bujang plak.
Tak ada hiasan apa-apa.
Itulah rumah saya......

Tetiba je, semalam, rajin pergi ubah kedudukan sofa.
memang dah lama dok pendam.
Masih berkira2 kedudukan macam mana nak buat.
Sebab sofa besar dari ruang yang ada.
Dah ruang tamu kecil comel je....

Dulu2, saya ada tunjuk water fountain ni kan...
Memang saya pasang letak air semua.
Cuma tak ada ikan je...
Kawasan ni, berada dalam lokasi yang selamat, sebab tertutup antara dua sofa.
Jadi Hafni memang tak sampai tangan dia nak main2 kat sini.

Tapi kalau tetiba jadi superman macam semalam, memang sakit la...
Ye dia jatuh semalam.
Saya tengah ralit dok adjust pokok kat pasu, tetiba je dia terjun dari sofa sebelah.
Macam mana pun xtau la, dia terjun.
Kepala dia kena meja ke kena pasu tu ke, saya pun xtau.


Ini keadaan water fountain ni sebelum ni.
Dalam sebulan je saya pasang.
Lepas tu terbiar.
Sampai la ada fogging kat taman kami, enSuami pun tanya, ada jentik2 x dalam kolam?
Saya tengok dah nampak dah sarang2 dia, lama perhati, baru nampak macam jentik2 dok berenang2 tu.
Cakap kat enSuami ada, terus dia kata, isk bahaya ni, kang tak pasal2 je kena kompaun.
Memandangkan ada fogging, maknanya dah ada la tu kes denggi kat taman kami ni.
Ni yang risau ni.

Esok tu, enSuami angkat masuk toilet, saya yang bersihkan sampai kering.
Pastu terbiar plak tak pasang apa pun.
Lama juga sampai ada habuk sawang, hahaha.
Saya memang malas la bab2 habuk ni, heyyy...


Sekarang dah selamat jadi pasu bunga.
Saya dah mati idea la nak guna untuk apa...
Nak simpan saja, conpem la tak, rugi jek rasa sebab dah beli, simpan plak...
Lagipun tak ada stor dalam rumah ni, eloklah kita gunakan aje seboleh mungkin.

Memandangkan letak dalam rumah, idak la saya mampu nak tanam bunga pakai tanah, huhuhu..
Jadi cara mudah, kita cucuk2 camni....
Tiada kos yang keluar untuk projek DIY kali ni.
Sebab, bunga pink ni bunga masa hiasan kat bilik tidur masa kawen dulu....

Daripada tersimpan, kita guna aje.
Cumanya memang bunga ni, memang ada bunga saja, tangkai dia dulu saya potong, sebab cucuk kat polisterin kan...
Jadi guna untuk projek makeover kali ni.

Dalam tu saya sumbat kertas surat khabar je...
Bagi kasi tinggi dan padat.
Baru cucuk2 bunga2 ni di celah2 kertas yang dironyok.


Meja, beli kat Tesco yang ala IKEA tu.
Tapi memang tak kualiti.
Korang jangan beli, okey...
Kaki meja tu yang bermasalah.
Sebab dia tak lekap elok kakinya, saya letak kat situ je la, satu tempat je.
Saya kemaskan sikit kaki meja tu, sebab nak letak pasu fountain ni, yang agak berat juga.
Lapik dengan selendang MIROS bagi, hey....


Yang bahagian kolam yang kecil2, saya letak batu.
Sama juga bawahnya letak surat khabar dulu, kasi effect macam batu melimpah gitu....
Nak jimat katakan....


Inilah batu sungai yang saya beli sekali dengan water fountain tu.
Saya beli dua bungkus. Tinggal satu ni je lagi.
Semua pam, lampu, gas, batu2 ni, semua masuk kotak balik simpan.
Bila entah nak guna barang2 ni.

Saya pun tak tau lagi, sampai bila water fountain ni akan jadi pasu bunga penyeri di ruang tamu ni.
Kita tengok la ek, sampai bila boleh bertahan.
Sejak petang semalam dengan perubahan susunan sofa dan hias sikit ruang tamu ni, dalam hati dah berazam [cewahh, harap istiqamah, Amin] untuk menjadi wanita yang rajin lap habuk, sapu sampah dan mop lantai, hahahahaha....

Oppsss ini memang keja yang paling malas sekali nak buat.
Kalau tiga kerja ni bukan rutin harian, maknanya saya ni pemalas ke ekk?

Huhuhu, lepas ni nak rajinlah....
Sebab dah bersemangat sekarang.
Rumah dah nampak ceria sikit bila ada bunga.
Baru boleh kata, ada sentuhan wanita, hihihi.



2 comments:

  1. kreatif betul....cantik sangat...suka sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, mekasih.

      tips untuk berjimat dan selamat, hihi

      Delete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)