Friday, 5 September 2014

D.I.Y : Rak Buku Resepi di Dapur


Assalamualaikum...

Cerita pasal DIY plak..

Selalu pergi rumah orang, yang suka mengemas dan kemas, kalau ada kabinet dapur yang cantik, mesti ada satu sudut untuk letak buku resepi.

Di dapur saya plak, table top saya bersaiz kecil sahaja seperti yang saya tunjuk dulu dalam entri lepas.
Setiap kali nak masak apa2 yang special, yang ada dalam buku resepi, mesti kena cari buku tu di rak buku.
Rasa macam tak lengkap lagi kat dapur tu kalau tak ada buku resepi di dapur tu...

Kebetulan masa tu, bulan Ramadhan, mesti la nak masak yang special2 kan...
Habis buku resepi keluar dari tempat bertapa, hahaha...
 
Nak dijadikan cerita, kabinet dapur saya ada satu bahagian yang kosong.
Sebelah rak storan tall unit.


Macam kosong je, tak ceria dan kurang memaksimumkan kewujudannya.
Patut tambah fungsi lain, ye tak?
Xde la dinding semata-mata.

Jadi saya pun dapat idea untuk gunakan ruang ni sebagai tempat storan atau display buku resepi.
Jadi buku memasak, ada di kawasan tempat memasak, baru diiktiraf dan sesuai sangat.
Cumanya, nak display macamana yang tak tahu lagi.

Dah masuk bulan puasa tu, punya la tak sabar, saya buat gantung macam ni je....
Ini cara cepat dan jimat.
Kebetulan ada ekstra hook tu, beli di MRDIY.
Jadi guna buat gantung2 dulu...
Guna getah dan penyepit baju je....
Teringat idea Ogosh yang guna hanger tu, tapi tak ada hanger macam tu, jadi guna macam ni je la...
Kenkonon inspirasi dari DIY Ogosh la jugak.
TQ Ogosh, saya tiru sikit dari idea tu....


Dari bulan puasa sampai dah raya.
Keadaan tu macam tu...

Sebenarnya teringin nak beli rak RIBBA Picture Ledge yang IKEA jual tu.
Harga RM 39.90 dengan panjang 110cm.
Saya fikir, kalau saya beli yang ni, saya nak kena potong bahagi tiga.
Lama dok tahan nak beli, masih berkira2, sehingga la dapat idea lain.

Hanya guna apa yang ada depan mata sahaja.
Tak perlu nak beli2.
Saya hanya guna 3 shelf ekstra yang Andy potong untuk tall unit kabinet.
Kebetulan ada 4 keping yang belum guna.
Tapi saya nak guna 3 keping sahaja.


Bahan yang diperlukan.
Shelf aka para.
L-bracket.
Pen, Pensil untuk tanda.
Pembaris L untuk mengukur.
Screwdriver dan hammer untuk proses penggantungan.
Klu ada drill lg cepat la kan.
Kat rumah pun ada, cuma kali ini saya buat sendiri, jadi guna screwdriver je....


Lepas dah siap ukur, boleh dah mula pasang.
Pasang yang paling tinggi dulu.
Kali ni, saya pasang L-bracket tu sebelah atas.
Sebab nak sembunyikan kewujudannya.
Kalau pasang sebelah atas, boleh la terlindung sikit dengan buku2 resepi.


Dah siap pasang satu, rasa teruja sangat.
Bila cuba2 letak buku kat atas rak tu...
Sebelum saya mula berkeputusan untuk pasang rak ni, saya fikir juga kalau para ni selari, tak ada pagar keliling, kemungkinan buku boleh jatuh tak?
Saya perlu fikirkan sesuatu yang boleh melindungi keburukan sisi tepi papan yang terpotong dan juga boleh melindungi buku daripada jatuh.


Sambil dok basuh tangan kat sinki, mata dok pandang ke arah rumah jiran, otak dok fikir nak guna apa ya, nak guna apa ya....
Akhirnya saya teringatkan divider putih yang saya beli lama dulu.
Kenkonon nak guna untuk laci nak asingkan cutlery bila ada kabinet dapur nanti, lepas dah beli, baru ada baca, orang cakap tak kuat sangat untuk jadi divider, sebab dia kan lembut2 je, senang untuk nak tertumbang, jadi tersimpan sahaja selama ini.


Dah habis lengkap pasang, enSuami cakap burukkkkkkk.
Coi, betui...
Nanti la sat....
Tak siap sepenuhnya lagi ni.
Tapi dia cakap buruk bukan sebab shelf tu, tapi sebab saya dah tebuk2 kabinet tu.
Habis semua dinding nak ditebuknya....
Macam tu la maksudnya.
Kenapa ya lelaki suka sangat 'sayang dinding' ???
hehhh.....

Tak kira la, kesian dinding ke, sayang dinding ke...
Dinding tu tak cakap, tak marah apa2 pun, LOL........


Yaa, ini dia, baru nak siap tadi.
Guna divider plastik tu untuk jadi pagar pada shelf tu, sekaligus boleh tutupkan sikit kecelaan pada shelf tu.
2 in 1 kan, bijak tak, ngeh ngeh.....


Ni baru siap para atau rak buku.
Deko2 untuk penyeri?
Tak ada idea lagi.
Saya bab2 deko ni lemah sangat.
Jom usha2 dulu, fikir2, congak2, cari idea lain dari yang lain dulu.
Angan2 tu dah ada, nak realisasikan tu payah sikit.
Kena panas telinga la, nak dapat komplen dari enSuami tu.
Biasa la, ada pnIsteri yang pelik2 sikit macam ni.
Suka buat benda yang orang tak buat, huahuahua..........

Kawan2 display buku resepi dekat mana plak???


No comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)