Monday, 8 September 2014

RESEPI : Cucur aka Jemput2 Nasi dan Sayuran

Assalamualaikum.

Hari ini entri bukti Untuk tunjuk kat kawan yg saya ada tiru dia buat cucuq nasi.

Masa ni, enSuami kena pi sekolah awal sebab ada majlis persaraan seorang guru.

Cameraman merangkap ketua majalah sekolah, kena la pi awal, orang penting lah sangat.

Dah enSuami xblk mkn tghri, makanya saya pun malas nk masak nasi, kuikui.
Tengok periuk nasi, ada nasi sikit sgt yg xhabis semalam.

Nasib xbuang lg, teringat pasal kawan ada share kt blog dia, dia buat cucur nasi.
Alang2, xpenah lg masak cucur nasi, rasa mcm nak Cuba plak.


So, first sekali, masuk nasi dlm mangkuk.
Saya xtenyek atau tumbuk apa2 pun kt nasi tu.
Pastu tambah sikit roti yg dicarik2.
Pastu teringat kentang yg dh lama beli, xhabis2 lg.
Pastu tambah plak carrot lg.
[Mak mertua saya penah buat cucur letak kentang n carrot, saya tiru je]


Kebetulan daun kucai pn ada lg, saya tambah juga.
Bawang besar, potong dadu.
Cili merah hiris halus.


Pastu masukkan tepung gandum.
EnSuami suka suruh letak sikit kunyit kalau buat cucur, saya ikut aje.
Garam sikit.
Kalau nak gula, boleh juga, hehe...

Nak bancuh cucur, selalu saya guna air Sejuk.
Boleh ganti telur dan soda Untuk fungsi gebu dan kembang pads cucur.


Lepas dah goreng, baru saya sedar, cucur saya ni, xda udang @ ikan bilis pun, huahua..
Memang vege sungguh nih!


Siap di hidang.
Makan berdua je dgn Hafni.
Kenyang sampai Makan.

Eh ye ke ek...
Hihihi...


1 comment:

  1. Salam.
    Nak tanya, ada tak contact no abg mail yg buat your reno last year tu?

    Harap boleh share no dia sbb saya tgh cari org utk sambung keje terbengkalai rumah saya.

    Bolh sms ke 012-9112421

    Terima kasih

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)