Wednesday, 27 August 2014

RESEPI : Daging Merah ala Thai dan Tauhu Sumbat

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, hari ini best sangatttttt...
Sebab dapat masak 2 masakan yang dah lama teringin sangat nak masak.
Yang pertama Daging masak merah ala Thai.
First time makan masa belajar kat UKM dulu, kat kafe KUO je ada masakan ni.
Saya kalau tetiba tengah kuliah teringat daging merah ni, terus terliur.
Set terus kepala otak nak makan daging tu masa rehat nanti.
Kalau tak dak kawan yang free nak teman, makan sorang2 pun saya sanggup.
Selalu ja makan sorang2 kat KUO tu, janji dapat makan daging merah tu.
Sehingga la tetiba tender bertukar, tukang masak pun bertukar kot, dah tak ada dah jumpa daging merah tu kat situ.
Sedihnyaaaa...
Sehinggalah minggu lepas, asalnya nak cari resepi lain, tetiba nampak popular post, Daging Masak Merah ala Thai.
Macam kenal je daging tu..
Saya nak sangat tau apa rahsianya yang jadi merah macam tu.
Sebelum ni penah bincang dalam group mana entah, diorang cakap memang ada sos khas untuk masak merah tu.
Boleh dapat kat Klate atau Siam jek...
Alaaaa, mana nak cari jauh nun di sana...
Sumber resepi, boleh klik sini, Fiza's Cooking
Semalam baru je beli daging lembu.
Bercinta dari semalam lagi nak masak hari ini.
Pagi tadi, time sarapan dah kuarkan siap2 daging untuk defrost.
Semangat kot.
Bahan2 dia senang je kan...
Cuma ada beberapa yang saya durhaka sket dari resepi asal.

Pertama sekali dia cakap rebus daging dengan pewarna merah. Lepas empuk baru hiris.
Tapi saya hiris siap2...
Sebab nanti masalah kalau panas2, baru nak hiris, lambat lak kang.
pastu, dulu ada housemate pesan, kalau masak daging, kena letak halia.
Halia berfungsi untuk nyahkan bau hanyir kat daging.
Ok saya patuh aje......

Mari kita rebus daging.


Saya guna ros sirap tu je.
Pewarna merah tak ada, kaler pink ada la.
Macam tak sesuai jek daging kaler pink.


Tapi kalau hiris awal, daging merekot menjadi kecil la sikit.
Tapi saya OK je, korang terpulang nak buat macamana.
Kalau ada pressure cooker, OK la.
Saya guna periuk zaman tok nadoq je [istilah mak saya panggil kat periuk bertelinga ni. Asbab ni, dapat set periuk Vision, free Mak bagi, yahooo]

Lepas dah selesai rebus.
Dia suruh goreng sikit.
Nak tunggu kekuningan tu camna ya, sebab daging kita kan merah, Mak Ngah, hehehe....


Lepas goreng, tos dan ketepikan.
Tumis bawang plak...
Haaa, yang ni saya salah.


Punya la tak sabaq, orang suh tumis bawang putih jek..
Saya pi masuk sekali bawang besaq tu...
Heh........


Dah wangi bawang, masukkan 1 SB cili kisar.
Masak cili shingga masak.
Sambil boleh masukkan sos tomato, sos tiram, sos ikan.

Yaaa, kat sini rahsianya..
Kalau masakan Thai mesti guna sos ikan.
Dulu Abang saya ajar buat kerabu Thai ke, Somtam ke, memang sos ikan ni tak tinggal.

Jadi, kalau Chinese cuisine = minyak bijan
Thai cuisine = sos ikan plak...


Lepas tu masukkan daging.
Saya banyak letak air [guna air rebusan yang tak habis tadi] untuk basahkan semula daging tadi.
Sebab dah mengecut sikit kan. Lagipun nak kuah banyak sikit.

Pastu dia cakap kalau nak tambah kacang panjang boleh juga.
Tapi tak ada plak arahan kat mana nak masuk.
Saya pun ragu2, heh....


Tapi saya decide lepas sambal semua dah masak, baru masukkan sayur.
Saya nak sayur rangup2 tak mau layu2 sangat.
Ini saya guna kacang buncis dan karot.
Tambah sebiji je cili padi, sebab kebetulan ada lebih.
Lagipun memang tak pedas sangat pun, sebab guna cili kering 1SB je kan.
Banyak guna sos tomato ni....

Akhir sekali, gula dan garam...
Manis lebih sikit pun tak pe...
Jadi likat2 gitu...


Tapikan, macam tak puas hati lagi.
Tak sama merah macam kat kafe tu la, hukhuk...
Tengah dok masak tu pun, saya tambah lagi sirap tau, hahaha.
Punya la tak syok sebab tak merah macam kat kafe tu...
Tapi rasanya OK jek...
Kalau yang kafe tu, macam bergetah2 sikit, dia sira ke, dia letak tepung jagung???
LOL.....


Yang kedua ni buat tauhu sumbat.
Saya. kalau tauhu goreng sampai garing, rangup tu, saya sangat suka.
Kalau tahu sumbat ni saya tak reti nak buat.

Paling hampeh, gaul dengan sos cili je, senang hahaha...
Hari Sabtu lepas makan open house kat rumah saudara, ada tauhu sumbat.
Saya amek satu nak rasa.
Intinya macam ada kacang2 sket.
Aik gaul dengan kuah kacang ke...

Macam boleh je nak buat sendiri.
Minggu lepas baru je buat kuah kacang nak cicah dengan cucur udang.
Ada lebih banyak, simpan frozen.
Bila2 nak makan cucur udang, boleh defrost lagi makan panas2....

Yang ni resepi hentam je cara saya....

Tumis bawang pun, pakai bawang besaq je, simpan sikit dari masak daging tadi.


Dah layu bawang, boleh masukkan kuah kacang.
Dia beku2 sikit, jadi masak lama sikit.
Tambah air panas sikit.

Bila kuah dah masak, baru masukkan sayur.
Masa ni ada karot n timun je.
Taugeh tak beli.
Tambah cili padi 3 biji.
Dah masak sayur, tutup api.
Tapi kan, saya ingat2 lupa, isi tauhu sumbat ni memang kena masak atau hanya dicelur air panas saja?
Kalau salah cara ni, kira ni resepi hentam saya lah...
Janji, boleh makan.
Lagipun memang kena masak kat api la, sebab nak panaskan kuah kacang tadi.
Alang2 dah ada kuali, tu yang masak sekali harung je...
Tauhu kena goreng awal sebelum masak inti.
Nanti panas2, susah plak nak isi inti tu.
Habis masak ni, ngam2 pukul 12.
Waktu selalu enSuami makan sebelum ke sekolah.
Kembang hidung, dapat masak special hari ini...
Makan punya la semangat, happy kan.....
 Alhamdulillah kenyanggggggg.........

No comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)