Friday, 15 August 2014

RESEPI : Sizzling Yee Mee


Assalamualaikum.

Smlm dh try blogging by mobile, hari ni buat lg.
Sekali dh update, baru nk rajin, utk menulis seterusnya.
Nak start enjin tu la, susah sket, hihi.

Hari ni nak share resepi.
Tapi sama ja mcm org lain buat.
Sbb saya pun survey resepi org jgk.

Nanti dok tayang masakan, xletak resepi, ada plak kang yg tya, heh..
Bkn xmau tulis, tp fikir sbb berlambak dh yg kongsi resepi mudah mcm ni..
Apa la nk heran kt blog saya ni kan..
Org dh masak berzaman dh, saya baru nk masak, LOL!

Jom tengok bahan2 dan caranya:
(Ni utk 2 org mkn tau...)

3 biji cili kering (dipotong pendek dlm 1inci @ potong 2)
Halia (hiris halus @ tumbuk)
5 ulas bawang putih (hiris halus @ tumbuk)
Lada hitam (tumbuk halus)

Cili kering tu saya suka gunting pendek2. Lada hitam tu ada jg yg ganti dgn lada sulah. Saya suka lada hitam. Cara shortcut saya, halia, bwg putih, lada hitam, saya tumbuk je senang, pastu tumis dgn minyak panas smpi naik bau.

Dada/isi ayam yg dipotong dadu.
2 cawan air
Sos tiram, kicap pekat, kicap cair.

Lepas bhn tumis dh naik bau, boleh masuk isi ayam. Tunggu ayam masak sikit, baru masukkan air. Air tu boleh tambah lg kalau nk kuah banyak. Kot la ramai yg nk mkn. Lepas tu masukkan sos tiram dan kicap bagai. Selesa dgn selera masing2.

Cendawan shiitake (direndam shingga kembang dan lembut, dibelah 4)
Sayur sawi

Bila kuah dah mendidih, boleh masukkan cendawan. Kemudian sayur sawi. Klu mkn kt Kedai, masa hidang tu, baru nk letak sawi ats mee tu kan? Dia xpe sbb ada hot plate kot. Siapa yg xda, kena masak sesiap la dlm kuah tu mcm saya ni, hehe.

1 SB tepung jagung ( dibancuh dgn sedikit air suam)
2 titik minyak bijan

Yg terakhir sekali, sblm nk tutup api, masukkan bancuhan tepung jagung. Tunggu sekejap mendidih sikit, titikkan minyak bijan. Tunggu seminit, boleh tutup api dah...

Oopsss...
Boleh tambah gula garam ikut selera masing2.

Yg kali ketiga buat sizzling ni, xda cendawan.
Ada org kata, xda shiitake mushrooms, xfeel la mkn sizzling.
Terpulang PD selera masing2.
Saya rasa xda effect Sgt.
Yg penting saya rasa adalah minyak bijan.
Minyak bijan ni la yg membezakan masakan melayu dgn cina.
Macam nasi goreng cina, sayur pok choy yg pekattt tu. Byk kali Cuba xjadi2 lg, Geram betoi lah..
Sejak ada minyak bijan ni, baru sedap sikit sayur yg saya masak.
Kalau x, haish tengok pun xda selera.
Macam nk masak utk org sakit jek..
Sebijik mcm hospital masak.
Terukkan, huh..
OK, balik td psl resepi, bila nk hidang, ada org kata kena rendam dulu sekejap yee mee dlm air Sejuk. Sekejap je, kurg dr 5minit. Tp klu ada hot plate mgkin xperlu. Kt kedai, mcm xrendam jek. Dari plastik trus masuk plate. Xtau la, belum ada hot plate. Telur pun, saya goreng asing. Nk hidang baru susun2 dlm pinggan, tuang kuah sizzling masa panas2.
Ada rezeki nanti, boleh beli hot plate.
Tapi klu xda mcm OK je.
Xda perbezaan sgt dari segi rasa.
Ye tak....

No comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)