Search This Blog

Sunday 24 August 2014

RESEPI : Aneka Masakan Durian

Assalamualaikum.
Alhamdulillah ada rezeki enSuami dapat beli durian segar dan sedap dari Bukit Fraser.
Masa perjalanan balik dari kem perkhemahan di Ampang Pecah, KKB.
Hari pertama dapat durian, terus saya perisikan buah masuk Tupperware.
Dapat 4 biji RM20.00.
Dah lama sangat teringin nak buat masak tempoyak.
Sebelum enSuami pergi camping tu, dah pesan minta belikan ikan ketul, kenkonon nak masak masa dia tak ada.
tapi tak terbuat pun, almaklumlah makan sorang2, mana selera nak masak sedap2.
Nak masak pun jadi malas.
Masak cincai2 jek...
Bila dia balik tu terus jadi masak tempoyak...
Senang sungguh nak masak tempoyak ni ye....
Tak guna bawang pun, I LIKEEEEE!
Masa google cari resepi, ada dua versi rupanya.
Versi Perak dengan versi Pahang.
Kalau Perak letak Serai.
Kalau Pahang letak Daun Kesum.
Oooh, patut la macam biasa tengok sekejap kesum, sekejap serai.
Ada juga yang tambah lagi daun kantan.
Lagi baguih, ketiga2 dia letak, ini versi SATU MALAYSIA, agaknya...
Saya kat rumah ada serai je.
So jadi versi Perak la.
Kalau ada bunga kantan, daun kesum, lagi sedap kot, wangi.....
Resepi Ikan Ketul Masak Tempoyak
3-5 biji Cili Merah yang dikisar kasar [kalau tak ada, ganti cili kering, rendam lama sikit bagi lembut dulu]
Serai yang diketuk.
1 senduk Tempoyak.
Ikan pilihan [kembung, patin, atau ikan ketul yang lain]
2 cawan air atau lebih
Gula garam jika perlu
Orang yang bagi resepi tu kata, rahsia nak sedap, satukan ikan, cili, tempoyak, air di dalam periuk.
Dan gaul menggunakan tangan! Hah itu rahsianya...
Fuyoo saya pun buat juga. Ini memang air tangan betul ni, hahaha.
Isk, mesti la tangan dibersihkan dulu...
Dah sebati semua, baru masak dengan api sederhana.
Boleh letak serai / daun kesum / bunga kantan.
Proses masak yang slow2 aje....
Tunggu sehingga mendidih.
Boleh tambahkan gula garam kalau tak cukup lagi rasanya..
Puas hati dapat makan ikan ketui masak tempoyak.
Yang enSuami beli ni, tauke kedai tu kata, ikan senangin.
Hentam saja la, janji nampak ikan ketui....
Saya bukan makan pun ikan dalam tu.
Makan kuah je...
enSuami yang habiskan ikan tempoyak tu.
Saya tak reti sangat makan ikan yang tak digoreng dulu dalam masakan.
Rasa geli2 kat tekak, tak boleh nak telan, eeeee.......
Serawa Pulut Durian


Yang kedua ni atas permintaan enSuami.
Dia nak makan serawa sahaja.
Masa cari resepi, terjumpa Mat Gebu makan serawa ni dengan pulut.
Terus teringat, awat tak teringat langsung nak makan pulut durian nih??
Orang Kedah kan makan pulut dengan durian + santan + gula...
Haaaaa, tekak sapa boleh masuk???
enSuami tak leh telan..
Ni tekak orang Utara je ni...

Terus semangat pi masak pulut.
Masak pulut macam masak nasi je.
Saya tak letak santan pun.
Sebab nak simpan santan untuk serawa.

Resepi Serawa pun senang jugakk.

Isi Durian.
[Saya suka letak isi je, biji2 buang. enSuami pun tegur nape buang biji?
Saya tak suka, rimas la ada biji2 ni. Kalau boh isi sahaja kan senang nak makan.]
Santan Pekat.
Gula Melaka / Gula Perang / Gula biasa
[Gula melaka tak ada, saya guna gula perang.]
Daun pandan.
[Nak bagi wangi je, kalau tak ada pun tak pe.]

Yang ni pun satukan semua dalam periuk.
Guna api sederhana je.
Yang penting kacau sentiasa.
Tunggu sehingga kuah menjadi pekat.
Tanda santan dah masak, boleh tutup api.

Makan panas2, sedapnyaaaaaa....

enSuami tak masuk tekak dia, pulut dengan serawa.
So dia cicah dengan roti jek..
Saya pun first time makan pulut dengan serawa.
Saya masak pulut nak makan dengan durian.
Bila pulut lebih, saja2 cuba dengan serawa plak..

Ajaibnya saya boleh telan pulut tu dengan serawa.
Sebelum2 ni, saya jarang makan serawa.
Bubur2 yang manis2 ni, pengat2 ni, saya tak reti.
Macam biasa la, benda lembik2 ni, tekak rasa geli nak telan.

Sebelum tu cuba juga buat cekodok durian.
Xleh pi jugak tekak saya.
Selalu saya makan durian fresh je, termasuk tempoyak.
Kalau masak letak dalam bubur kacang hijau, dalam kuih kasturi, memang tobat terkejut kalau rasa ada durian dalam tu.
Durian crepe OK, sebab durian fresh...
Tapi dah jemu, makan crepe durian.
Ada resepi lain tak yang guna isi durian fresh2???
Ohh ya, hari tu tengok AFC, ada traveller tu makan aiskrim durian kat Thai.
Cara diorang buat, letak aiskrim dalam cup, lepas tu letak isi durian plak.
Jadi la aiskrim durian..
Aik macam tu pun boleh jadi noo...
Ala, tak dak aiskrim plak kat umah.
Isk nak cari aiskrim la plak lepas ni, durian ada lagi, hohohoho....

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers