Search This Blog

Sunday 26 January 2014

D.I.Y : Tempat letak plastik sampah


Assalamualaikum..

Lama tak berDIY, xtau nak share ape kat blog.
Ada satu hutang, saya mau setle hari ini...

Lipat beg plastik bentuk segitiga.
Att to : Fizah Sioca, kekeke.....[maap, heee]

Nasib baik kali ini gambar OK walaupun ada satu juga yang xdapat transfer sebab rosak.
Bolehlah up entri kat sini...

Pertama sekali, semua mesti tau, beg plastik lepas beli barang, mesti longgok2, renyuk2 dalam 1 plastik besar, kan... atau sumbat dalam laci ke, kan...
Saya pun macam tu jugak, hahaha...
Beg plastik beli barang, saya recycle buat beg sampah[sebab dekut nak beli beg plastik khas untuk sampah].
Tong sampah kat rumah, kecil je, bawah sinki.
Sebolehnya, tiap hari nak buang.
Kadang2, 2hari sekali.
Kadang2, time lori sampah datang, baru terkejar2 nak buang, hihi...

Ok, terus ke DIY kita hari ini..
Cewahhh
SEBELUM

SELEPAS 

Bekas nak letak plastik ni, xda la DIY dari zero.
Sebenarnya kotak ni asal dari floating candle, beli kat Daiso.
Dah lama dah beli tahun 2012.
Tapi sebab xpernah guna lagi, jadi sedang elok je kotak ni...


Sebelum nak lipat2 ni, saya terfikir juga lepas lipat, nak letak mana kan..
Harus cari tempat nak letak yang efisyen, baru nak lipat2...
Mata pun melilau sekitar dapur, mencari sesuatu untuk merealisasikannya..
Dan ternampak lilin ni, dan berfikir untuk mencuba2.
Macam sesuai je, macam boleh je nak letak ni.....
Maka, jadilah begini..........

yang nampak tebal, gemuk2s tu, kira plastik tu besar la...
Yang sedang elok, plastik dari Speedmart, MyMydin, Giant, Tesco, sesuai untuk tong sampah saya..

Cara nak lipat.

No. 1 lipat plastik menjadi 2 bhgn.

No. 2, lipat lagi jadi 4 plak....

No. 3 Yang hujung bahagian bawah, lipat segitiga.

No. 4 Lipat lagi sehingga ke hujung..

No. 5 Sampai hujung, dah lengkap segitiga..

No. 6 Lipat lagi, supaya yang hujung tersimpan di bahagian dalam.
tapi kalau tak silap saya, ada orang boleh selitkan masuk dalam lipatan, tapi sebab saya tak reti, saya buat macam ni je...

Pastu boleh sumbat masuk kotak....

No. 7, siap untuk display.
Saya gantung kat rak rempah [buat masa sekarang].
Berdekatan dengan tong sampah, senang nak amek.... 
Bila nak ganti plastik baru, tarik satu bucu........

Simple sajo, sesuai untuk saya yang economony, kikiki...
Setle entri untuk hari ini....
Eh xpaham macam mana nak lipat?
meh tengok video ni....
Saya pun jupa kat blog Sis ni.....

oK, mekasih semua....
Nak siapkan projek DIY seterusnya plak....
macam2 nak buat, enSuami tengok pun pening dengan bini dia ni, hahaha
aptb......
tatatata...........

4 comments:

  1. nak lipat tiap kalai balik shopping tu yng x larat..

    ReplyDelete
  2. fewwiiittt....kita baru blogwalking la dear...hehe

    gigihnya awk melipat kecik2 begini..saya adalah KAGUM! =) kemas pulak tu...dabel kagum!!! =)

    ReplyDelete
  3. taktau nak ckp mana..serius kagum... saya tak rajin..main sumbat2 masuk dlm bekas utk letak plastik ikea tu je... hehehe

    ReplyDelete
  4. gigih melipat. sarah beli yg ikea..main sumbat je. punyelah malas. hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers