Assalamualaikum!
Hai semua..
Ada sesiapa yang turut ke Stadium Malawati Shah Alam untuk ekspo baby?
Saya first time pergi ekspo baby.
Pergi dengan enSuami, kalau tak, xberani la oi nak sampai situ, takut sesat jalan huhu.
Saja nak pi jalan2, tengok2 apa yang best kat ekspo baby kan....
Kebetulan enSuami ada, boleh la menumpang kasih bawak jalan2, hiiii.
Tengok dalam poster, dia tulis ekspo mula jam 11.00 pagi.
Kalau dari Bangi nak ke Shah Alam, amek masa dalam 40-60minit masa perjalanan.
Saya fikir, jam 10 ok la kuar dari rumah.
Tapi dalam 8.15 camtu, enSuami kata jom pi kol 8.30.
Aik, sarapan pun belum lagi.
Kami pun cepat2 makan.
Campur tolak, dalam jam 9 baru kuar.
Sampai sana hampir jam 10.
Rupanya hari Ahad, ada pasar tani lak..
Ingat sesak sebab orang2 datang ekspo baby ni, dahsyat la klu camtu.
Pastu lak, untuk hari Ahad, ekspo start awal la plak kol 9pagi, sebab nak tutup awal kol 8malam.
Camtu lak, aii...
Oi, sesak la sangat.
Lagi bertambah sesak, orang parking kereta suka hati dia kat tepi jalan.
Dah makan ruang laluan 2 hala kenderaan.
Aiii, geram sungguh dengan orang yang pentingkan diri sendiri ni, pikir dia saja nak senang, tapi menyusahkan orang lain.
Bila la nak berubah sikap orang Malaysia nih, oh Allah!
Alhamdulillah kami dapat parking kat ruang atas, dekat dengan tempat orang beli tiket kot.
Saya nampak ada signboard kaunter tiket, huhu.
Kami berdua mana la pernah datang stadium nak tengok bola.
Masuk ikut pintu tu, kena turun tangga.
Siapa2 yang bawak anak pakai stroller, kena la angkat lak, tengok lif macam tak berfungsi je..
First masuk tu, saya ajak enSuami round dulu semua.
Nampak CD, oh saya dah ada.
Laju ja menonong ke booth lain, xtengok pun harga berapa.
Tengok keperluan penyusuan.
Oh, saya belum merancang untuk buat EBM atau seangkatannya.
Buat masa ni, memang tak beli apa2 seperti botol, puting, pam dll.
Sampai 1 booth, sorg tu promote wet tissue, jenama Bebe ke, 3pekX80pcs = RM 13.90.
Ok tq2. Saya nak tengok2 dulu.
Misi mencari katil, tidak berjaya!
Tak ada booth yang jual seperti yang diidamkan.
Ada beberapa saja yang jual katil, yang ada pun playpen dan katil kayu.
Jenama macam2, yang saya tak pernah dengar lagi, huhu.
Stroller pun mahal ribu riban.
enSuami dah bisik dah awal2 lagi, orang cakap pi ekspo bukannya murah pun, mahal lagi ada la.
Saya memang percaya!
Tapi mungkin ada juga beberapa yang boleh diterima akal, dia jual murah dari harga biasa.
Kena tengok barang la jugak.
Sebab tu kena prepare awal2, survey kat internet, baca review orang, berapa harga kebiasaan sesuatu barang tu, dan boleh bandingkan harga di tapak ekspo.
Saya tengok untuk playpen tu, kalau kat Manjaku, bawah RM300 dah boleh dapat.
Tapi tadi, dia letak RM359.00.
Kualiti sama ja sebijik macam saya tengok kat entri lepas.
Cuma kat sini, salesgirl dia boleh terangkan sket la serba sedikit tentang produk tu.
Masa tu dia bagitau, playpen boleh guna 2 aras yang berbeza.
Kalau esok, anak dah besar, boleh panjat, you boleh guna aras yang bawah sekali dan letak tilam.
Kalau guna yang aras atas, bahagian bawah boleh letak simpan barang.
Oh baru saya tau.
Ingat boleh guna yang atas je.
Dia siap offer nak tunjuk lipatkan playpen tu sampai jadi kecil untuk disimpan.
Tapi saya tolak la awal2, takpe saya nak beli katil yang besi tu.
Tapi kedai tu tak jual.
Yang baju2 plak, saya bajet kalau ada sepasang harga RM10, saya nak beli la banyak sikit.
Tulis dalam list, nak beli 5pasang untuk malam, 5pasang untuk siang.
Tapi tengok harga sama ja macam besa.
RM 12.00 paling murah sehingga ke RM 30.00 sepasang.
Kalau yang untuk kanak2, ada la yang harga RM 10.00.
Banyak baju yang corak2 kartun!
Doraemon, Dora, Mickey Mouse, binatang yang tak best la bagi saya.
Lukisan besar2 plak tu.
Argh saya memang anti sket dengan kartun2 ni.
enSuami kata amek la yang ni lawa.
Saya kata xmau la kartun2, rimas tengok, hehe.
Erm, Sayang yang rimas, orang lain Ok je pakai kartun.
Emmmmmmmmmmmm.
Habis dah 2kali pusing, saya terjumpa la 1 booth ni.
Jual baju yang kosong je.
Ada sebijik je gambar kartun utk iklan jenama.
Harga RM 12.00.
Saya minta kurang RM 10.00, dia kata xdapat lar.
Harga biasa jual RM 15 ke atas.
Takkan diskaun 3ringgit je, ni ekspo ma, mesti kena murah banyak2.
Huhu, saya dok bertengkaq kat situ plak..
Saja2, nak banyak cakap dengan salesgirl tu...
Tapi OK la.
Saya pun beli 2pasang.
1 utk siang, 1 utk malam.
Ini untuk malam.
Dia tunjuk kat saya set yang siap ada stokin lagi.
Yang takda pun ada juga.
Tapi lama2 pk, try la amek yang ni satu.
Yang siang punya, saya amek seluar panjang jugak.
Ok ke?
Nak cari yang lubang2, dia kata dah habis semalam, orang borong banyak.
Bos dia xsampai lagi nak bawak stok baru.
Katanya kol 12 baru sampai kot.
Kami cakap kami dah nak balik dah ni.
Masa tu dalam kol 11 jugak la.
Jadi tak da la rezeki beli baju lubang2.
Tangan baju je pendek.
Seluar yang pendek ada juga, sampai kat lutut.
Tapi saya mau yang panjang juga, huhu.
Masa dok tengok2 kualiti baju, saya terletak senarai barang yang saya tulis atas rak baju tu.
Saya nampak dia curi2 tengok senarai tu, hee.
Saya agah dia, ha ha tengok list orang!
Kak, jangan marah saya, heee.
Sebenarnya saya segan, huhu.
Xpe2, jangan risau, nanti saya beli wet tissue U tu..
Sebab masa 1st round tu, saya nampak offer RM 10, 200pcs (2pek)
Sebelum decide nak beli tu, dah kira2 la dengan 2produk yang dia ada, dan 1 booth yang awal tadi.
Yang 1 lagi tu, harga RM 10, tapi 80pcsX2pek.
Yang pek ni, bau apple green.
Yang saya beli normal, xda bau.
Soft la sket rasa.
lepas beli wet tissue, dia promote beli sabun mandi la plak dah...
Aii, banyak sangat dah ni dok promote ni.
Saya cerita saja ma, xbeli pun takpe...
Yang sabun ni pun ada 2 bau.
Honey milk dengan baby melody.
Honey milk, bau dia agak kuat untuk baby, saya rasa la...
Kami berdua bau pun, terkejut jugak.
Jadi amek melody je, bau macam baby.
Kalau amek yang 400mL, RM 8.
Saya amek yang RM 10, 750mL.
Amek yang besaq sesiap lah.
Dia kata boleh tahan 3bulan.
Lepas tu dia tunjuk bedak plak...
Adeh...
enSuami kata amek la 1.
Twin pack, dengan RM 10.
Bau pun macam bau baby jugak....
Ok la ada gambar Pooh, hohoho...
Kalau harga biasa, sebotol tu, RM 10.90.
Sekarang 2 botol, RM 10.
Dia kata, semalam ada orang beli sampai 4 pek ini.
Dah datang sekali, balik rumah, datang lagi sekali.
enSuami kata, huish kenapa beli banyak2?
Ape la enSuami saya ni tanya soalan...
Jadi total kat Cuties Baby, dalam RM 54.00 saja.
Saya jimat sungguh.
Nak beli baju banyak2, risau lak kang.
Sikit2 lah dulu. Sekali beli untuk sehari, siang-malam, Ok la tu kot.
Pastu jalan2 nak balik, jumpa booth ni.
Saya ada nampak kain flennel!
Bila baca, katanya blanket.
Saya tengok contoh, macam boleh buat bedung je.
Kalau beli yang ni, xyah la saya buat bedung sendiri!
Dok cadang2, nak beli kain flannel kat kamdar nanti.
Tapi dah tengok haritu, corak tak besh sangat le...
Saya ingat nak cari2 lagi kat tempat lain, kot2 ada yang cantik.
Yang jual online pun lawa jugak.
Tapi besalah, saya suka nak buat sendiri!
Suka nak menambahkan kerja!
Lama dok pegang2, belek2.
Nak beli tak beli, nak beli tak beli.
Saya cakap kat enSuami, boleh guna buat bedung ni, kalau tak buat selimut pun.
2 in 1 la kiranya.
Alek2, salesgirl tu pun cakap yang sama mcam saya pikir.
Boleh buat bedung masa new born. kalau baby tak nak bedung lagi, boleh guna buat selimut.
Kain pun elok juga.
Saya belek tengok corak2 plakkkkkk.
Almaklumlah, bila banyak corak, nak tengok kaler, nak tengok corak plak..
Yang corak kartun2 tu, dah rejek awal2 lagi, huhu...
Saya sejak akhir2 ni, minat jalur2 la plak.
Lamaaaaa dok belek, akhirnya saya amek set ini je...
Set ni harga RM 45.
Katanya kalau biasa RM 69.
Xtau la saya kan, alang2 dah terjumpa, amek je la.
InsyaAllah, berguna.
Sampai kol 10, dalam kol 11 dah kuar..
Cepat tak, hehe sejam je kami pusing.
Nak katanya, macam biasa je...
Produk pun tak banyak pilihan.
Harga pun mahal dari harga biasa saya tengok kat internet dan kedai2 lain. [saya rasa, la]
Macam nursing bra, kat MumDreams, RM 22.90 kan, kat OneBabyWorld tadi RM 29.00.
Saya, tak pandai sangat nak tengok kualiti kain.
Asalkan sesuai, orang lain cakap OK, mungkin saya boleh beli jugak.
Semua kan first time, lain la kalau saya dah biasa guna jenama macam2 kan..
Ini bagi saya la, kot2 orang lain rasa murah dan OK je, mana tau kan...
Ikut selera dan poket masing2, yang tu yang penting!
Ok, haritu, saya ada cerita saya dah beli CD.
Harga RM300 (+ RM12 pos) untuk 14pcs.
Saya beli 2jenis, yang biasa n charcoal.
Jenama Coola Baby.
Free size untuk 3 - 13 kg.
Saya amek yang jenis button semua, bukan velcro [yang pelekat tu kan]
Ok la kan.
Untuk charcoal tu mahal sket dari biasa sebab fungsinya sesuai andainya kulit baby sensitif sket.
Jadi saya plan yang charcoal tu pkai malam2 lah kot. Sebab waktu panjang.
Harap2 anak2 saya kulitnya OK [walaupun Uminya memang kulit jenis tawaq, huahua]
Sebelum ni, ada juga beli baju, 2 pasang.
Jenama Anakku, 1 pasang untuk malam.
Satu lagi jenama Fiffyyyyyyy!
Bila sebut ni, teringat plak watak Fify kat Hotfm tu...
Nasib baik, kaler biru dia lain sket.
Macam kaler biru pastel sket atau turqoise gitu.
Kalau tak kang sama lak kaler ngan biru tadi, huhu.
Tak ingat dah kaler pe yang dah dibeli.
Oh ya, bila tengok baju lama ni, baru perasan saya beli semua yang 3-6M.
Orang cakap, jangan beli banyak sangat baju new born.
Baby cepat membesar.
Kalau nak berjimat, terus je beli saiz S atau M.
Lagipun nanti, orang kata nanti kawan2 bagi hadiah lagi.
Oh, saya rasa, situasi saya tak sama kot.
Nanti saya berpantang jauh, otomatik dah pindah meninggalkan Bangi.
Ada ke kawan2 nak datang ziarah saya nanti, huhuhu...
Tu la plan nak beli 7 pasang siang-malam.
Cukup nak rotate seminggu.
Tapi tengok la camna nanti.
Misi utama sekarang, KaTiL!
Yang dah ada simpan masuk kotak.
Orang kata kena basuh semua dulu pakaian sebelum guna kan...
Lebih2 lagi CD. Seeloknya cuci 2-3 kali sebelum mula guna.
Mak ai, banyaknya, bila nak cuci nih?
Tunggu semua barang lengkap, cuci sekali gus, boleh?
Siapa lagi yang dah pergi ekspo ni?
Korang beli apa, huhuhu?
Saya beli sket je...
RM 54 + RM 45 = RM 99, lagi sehinggit nak cukup RM 100, emm...
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih untuk komen bernas anda :)