Search This Blog

Monday, 8 April 2013

Hasil survey katil baby semalam...


Oh ye, semalam kot saya pi.
Cepat sungguh update skg ni.
Tengah semangat ni.

Semangat nak update blog.
Semangat nak cerita.
Semangat nak beli katil baby, yeh.
Terujaaaaaa, bila tengok semalam.

Untuk hujung minggu lepas, 5-7hb ada ekspo baby kat Mid Valley kan?
Mulanya nak pergi, tapi sebab terlalu sibuk dengan gerak kerja PRU, rasa segan lak nak pi jalan2 window shopping, orang lain semua berperang kan...

Lagipun saya dah tengok brand2 yang join ekspo di situ.
yang berkenan di hati seperti MyDear, Sweet Cherry, Anakku xdak pon kat situ.
Cam xsyok je nak pi.

Sebab saya xdak plan nak beli pampers.
Saya xdak plan nak buat EBM.
Jadi buat masa ni, botol n pam susu, bukanlah keutamaan.
Stroller pun, belum rasa nak beli lagi.

Tunggu lepas bila ada baby camna..
Saya bukan rajin sangat nak kuar jalan2, saja2 xtentu arah tujuan.
Pasangan sekrang, wekend je mesti nak kuar jalan2 kan..

Dulu saya ingat saya jadi camtu jugak, tambah2 kalau yang baru kawen tu kan, tiap2 hari rasa berbulan madu, kekeke.
enSuami saya la suka tanya, wekend ni nak pi mana Sayang?
Pi mana, dok umah je lah...

Cuma sekarang, xleh nak dok umah sangat la.
Sebab dalam kepala ni, macam2 nak cari.
Nak cari barang2 yang xcukup lagi untuk rumah.
Nak pk2 pasal barang2 nak beranak plak.

Saja2 la survey2 dulu.
Alang2 dok Bangi ni, nak pi Kajang dekat, nak pi Puchong dekat, Shah Alam dekat.
Semua pusat2 industri yang besar2 n gempak.
Boleh cari barang dengan harga berbaloi2 kan....

Ok, first lepas teman kawan p Klinik Az Zahrah, kami sempat ke Mum Dreams.
Butik MumDreams, more tu Mum la.
Pakaian menyusu ka, pregnant ke.
Saya dah jumpa bra menyusu.
Esok2 beli kat sini je la.
Nak tunggu turn murah kat Avon, xtau la plak bila.
Bra kat situ harga dalam RM 22.90 setiap satu [walaupun saiz lain2]
Dan ada jugak yang RM 40++, mungkin tengok kualiti kain kot, saya pun xsempat nak tengok lama2.

Tengok baju2 menyusu tu, kawan saya ada beli jugak dulu.
Saya penah tengok contoh baju nursing tu.
So saya dah tau camna nak buat.
Haritu ada jupa sorang blogger tukang jahit, bagi tutorial buat baju nursing.
Saya pon bercadang nak cuba buat.

Kain2 yang belum dipotong, dijahit, saya berhenti dulu operasinya.
Konon2 nak prepare buat design untuk masa depan la.
Sampai sekarang xbuat2 lagi.
Kalau jadi, saya share la nanti, insyaAllah.

Ok, lepas MumDreams, enSuami dia datang amek.
Saya pula bawa diri sorang2 ke Manjaku.
Hati tu rasa sangat nak pi, pi je la tengok2 dulu.
Kat MumDreams tadi, saya tak beli pape jugak, tengok saja.

Deret kedai Manjaku tu memang la selalu penuh je parking.
Saya ingat orang sibuk pergi kedai lain.
Dari jauh nampak macam ramai je kat Manjaku.

Nak pi x pi, nak pi x pi, aihhhhhh
Pi je la, saya parking jauh sikit tepi hujung lot kedai.
Sampai je depan pintu, mak ai ramainya orang dok beratur kat casher.

Diorang tak pergi ekspo ke?
Kan ada ekspo minggu ni.
Agaknya orang Bangi ni tak heran kot nak pi ekspo2 ni, semua duit tebal2, huh...

Saya pon naik terbeliak tengok barang2 dalam kedai.
Wow, banyaknya.
Syoknya tengok ada banyak barang.
Baru puas hati kalau semua ada kat sini.

Saya tengok sekejap je bahagian baju2.
Harga sepasang dalam RM 12-15.00 sepasang.
Harga macam ni OK la kan???
Dapat sepasang.
Jenama, macam banyak je.

Hari2 saya beli kat Billion PKNS je.
Sepasang Fiffy, sepasang Anakku.
Anakku la mahal kan, baju dengan seluar jual asing2.
Satu baju dah sama harga dengan sepasang baju jenama lain, huhu.

Kebetulan ada adik yang dok susun baju2, saya tanya tentang katil dan stroller.
Dia cakap kat atas.
Saya pun naik atas.
Patut la kat bawah xnampak rupa, dari hujung ke hujung, baju saja.
Yang kat depan2 sket, ada botol2 susu, nampak jenama Tomme Tippe.

Naik tingkat atas, terus nampak yang dicari2, yeh!

 

Menarik tak?
Kalau korang mau tak beli?

Sebenarnya saya nampak yang ni dulu.
Playard.
Konon2 nak beli yang macam ni la dulu.
Macam saya cerita dalam entri lepas.
Hampir sebijik macam Sweet Cherry yang saya nak kan?
Cuma kaler je lain...


Bila dah baca2, baru saya tau, apa bezanya tentang tiga perkataan yang selalu saya jumpa dalam website masa survey hari tu.
Baby cot, playard, playpen.

Mengikut pemahaman saya la kan, bekas ni [playard] adalah kegunaan untuk santai.
Anak2 nak main2 kat dalam tu eh?
Nama pun 'play'
[minta betulkan kalau saya salah]


Tapi kalau tengok dari segi ketahanan binaannya, agak2 yakin tak nak dibuat tempat main2 anak?


Sebab ada 2 rod besi ni sebagai tulang alas, tempat duduk, atau tilam playard ni.
Yang saya pegang untuk selak tu, ada lapisan keras sket macam kayu ke nak cakap, atau macam kertas kotak yang tebal tu.
Lagipun lapisan tu, terputus2, bukan sekeping.

Berbalik pada tiga design katil baby tu, lama saya usha2 bahagian ni.
Macam playpen tadi, diperbuat daripada plastik, yang boleh terkoyak bila menampung berat yang lebih untuk jangka masa lama.
[macam plastik ampaian rumah saya yang boleh terkoyak bila letak baju banyak2]
Saya terbayang macam tu la, untuk jangka masa panjang.
Sebab tu saya was2 la nak kekalkan target saya nak beli katil macam tadi tu, playard.
Risiko jugak, ada orang bagitau, kain dia juga boleh terkoyak.
Tak ke naya, kalau anak kita ada dalam tu masa kain terkoyak???

Kalau hajat di hati nak beli kayu, tengok le kat bawah ni...



Kayu mahal sungguh ya..
RM 499 dan RM 799 untuk yang putih.
Kalau nak beli putih, baik beli kat IKEA je.
Kualiti IKEA saya sangat yakin, mahal pun tak pe, conpem berbaloi.

Ada orang cakap beli kat kedai perabot pun ada.
Oh, saya tak pi tengok pun lagi, ada ke tak kat kedai perabot.

Bila tengok2, perhati2, teliti2, pikir2, rasa macam sesuai beli yang macam ni.
Sebab bajet nak beli yang besi2, mudah simpan-lipat, saya rasa pilihan saya ada di sini.
Masa ni saya dok belek2, jenama pa katil ni.
Harga pun tak nampak.

Nak tanya salesman, salesgirl, mak ai tak nampak plak.
Bila terperasan, nak panggil dia, orang lain pun panggil dia.
Cepat2 saya jerit, tanya berapa harga ni, sebelum dia pi kat orang lain, hehehe

RM 319.00

Bila dia bagitau, lama2 sikit baru saya nampak dia tampal harga kat tiang kelambu tu, adehhhhh.
Pastu cari jenama jugak, xdak tulis pun macam Sweet Cherry tadi.
Pusing2, saya tarik-tolak katil ni, xnampak jugak.
Alek2, tanya salesman plak yang tengah dok punch harga barang.
Dia jawab Sweet Hai [yang saya dengar]
Aik, saya salah dengaq ka, Sweet Hi ke, ada ke jenama tu.

Yang oren ni jenama Sweet Cherry.
Cantik jugakkk...


Corak bunga2 lak..
Yang biru tadi, roket ke jet ek..
Sesuai untuk baby boy kot.

Untuk katil hijau ni saya dah nampak, apa nama yang salesman tu sebut tadi, hahaha.
Sweet Heart.
Apa daa, saya yang xtahu.


Tapi yang tak syok kat part ni, xleh nak tanya dan bersoal jawab banyak2.
Salesman salesgirl tu, orang bangsa asing, diorang cakap bahasa pe xtau, saya pun xpaham.
Nak kata mungkin Myanmar kot, sebab yang perempuan muka putih macam Cina, yang lakinya gelap sket, nak ala2 Bangla.
Orang Burma memang camtu kan, pompuan putih, lakinya gelap2 sket.
Harapkan manual yang ada kat situ je la, yang boleh dibaca.

Lepas dah puas hati, belek2, saya pergi tengok stroller plak.
Jenama2 yang mahal macam Graco, saya dah nampak.
Sweet Cherry, MyDear, Mamalove, ingat Graco dah paling mahal.
Rupanya ada lagi jenama yang mahal sampai ribu riban macam Combi lagi pe tak ingat daa.
Ramai jugak yang dah dok pegang baby, anak yang dah boleh berjalan, datang cari stroller, car seat.

So, bajet saya, OK la tu, kalau nak beli stroller lepas bersalin nanti.
Tu pun kalau perlu.

Dan hati saya memang dah conpem pilih yang ni.
Sweet Heart ada gudang macam My Dear di Kota Kemuning.
Kalau ada sales, ekspo boleh juga la kalau nak pergi.
Harap2 berkesempatan.

Berkenan yang macam ni, dapat buaian letak dalam katil, siap ada kelambu sekali.
Boleh goyang2, untuk dodoi baby, kekeke.
Kalau tak nak guna ni pon boleh, boleh kuarkan lagi.
Lapik bawah tilam dia, adalah kayu.
Papan lapis yang tebal setengah inci atau lebih.
Dan yang syoknya, kalau dah bosan kaler-corak ni, boleh tukar lagi lain kali!


Tu pun kalau Umi rajin ye nak jahit semua tu.
Macam boleh buka2 n tukar2 je.
Cuma 1 je saya tak tanya lagi, conpem ke boleh lipat simpan sekecil2nya.
Tapi rasa2 macam boleh lipat, tengok ada manual installment.
Guna skru2 belaka, mesti boleh buka kan...


Kelambu yang besar pun dapat.
Cuma yang ni xleh laras tinggi rendah macam katil kayu.
Tapi best sebab ada roda n boleh kunci jugak, tak berat sangat, tak ringan sangat.
Tilam, bantal je kena beli asing2.

InsyaAllah, macam ni kot sesuai.
Setakat ni, saya locked jenis ni dulu.
Kalau ada yang best lagi, kena fikir lagi.
Aii, banyaknya Nabilah Ahmad nak beli nih!

2 comments:

  1. Askm Pn Nabila, saya came across puan nya blog. Puan mencari stroller ke? Saya ada preloved Graco Mojo, dgn rain cover and feet cover, saya nak let go RM250. Just in case puan berminat. Condition stroller like nee, no fading and no scratches. Sila sms kalau berminat 0122593300.

    ReplyDelete
  2. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tips Pilih katil bayi

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers