Search This Blog

Saturday 6 April 2013

Resepi Ayam Masak Madu Mamak

Salam dan hai semua.
Hari ni, saya nak kongsi resepi Ayam Masak Madu Mamak.

Gambar ayam madu kat bawah ni, saya masak bila ya??
Tak ingat sudaa.
Rasa dalam bulan 1 lepas kot.

Masa tu terbayang2 sangat ayam madu mamak.
Ingat nak pi makan kat kedai mamak je.
Tapi teringat lak, nak google dulu, kot2 ada resepinya kan..
Boleh buat sendiri.

Nak kata, ayam madu saya ni jadi ke tak, saya pun tak pasti.
Tapi kalau makan kat mamak, kuahnya nampak jernih, mungkin dia letak madu banyak2 sampai meleleh camtu kot, hehehe.


Ok, ni ayam madu yang saya masak, puas hati.
Dapat masak sendiri.
Sumber resepi, saya dah tak ingat amek kat mana.
Minta maaf lah ye tuan resepi, lupa untuk kreditkan kat sini.

Resepi ni saya dah salin dalam buku resepi saya.
Jadi saya salin kat sini semula untuk rujukan semua.

Bahan-bahan
Ayam (1.6 - 1.8kg)
250G kurma (dibuang biji, kisar dengan air)
100G kismis
50G gajus
1/2 SK serbuk kayu manis
5-7 buah pelaga
1 SB serbuk cili
1 SB jintan putih
1 SB jintan manis
5 biji bunga cengkih
5 biji bunga lawang
1 helai daun pandan
2inci halia + 2biji bawang besar + 5 ulas bawang putih (dikisar)

Cara-cara
1. Goreng ayam seperti biasa (kurangkan garam) masak 3/4 sahaja. Asingkan. - masa ni saya masak ayam sampai masak, sebab saya suka garing2. Tapi elok juga camtu, sebab bila kuah dah masak, xleh lama2 nanti kering sangat. Boleh tuang atas ayam atau masukkan ayam dalam kuah. Saya xmau letak lama2, nanti ayam saya jadi lembik, xsyokkkk.
2. 3 SB minyak, kismis dan gajus dengan api yang sederhana. Asingkan.
3. Tambah 1 SB minyak, masukkan pelaga, cengkih, bunga lawang. Kemudian masukkan hirisan bawang, daun pandan.
4. Masukkan serbuk cili, jintan putih, jintan manis, serbuk kayu manis, dan kacau rata. Kemudian tuang kisaran air kurma tadi dan gula. Boleh tambah sedikit air lagi jika terlalu pekat. Tunggu sehingga mendidih, tambah sedikit garam jika perlu.
5. Masukkan ayam tadi dan kacau rata, biarkan terserap. Perlahankan api, masukkan kismis, gajus dan kacau rata.
6. Hidangkan. Curahkan madu ke atas hidangan (sukatan ikut kegemaran). Taburkan bawang goreng, daun pudina. - saya tak suka bawang goreng, daun pudina plak xda.

Ayam masak madu makan dengan papedom Madras?
Memang masyukkkk.
Nyummmmmmm.

Selamat mencuba ya.
Oh rindunya Nasi Kandaqqqqqq!

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers