Search This Blog

Thursday, 4 April 2013

Panduan untuk Pemasangan Kabinet Dapur

Sumber : Sini

Kedudukan sinki (sink), dapur (stove), peti ais (fridge) dan ketuhar (oven) memainkan peranan yang penting dalam sebuah dapur.

Jadi, perkara pertama yang perlu dilakukan sebelum kerja renovation adalah menetapkan kedudukan barang-barang tersebut.

Sinki adalah paling sesuai berhadapan dengan tingkap dalam dapur. Ini bukan sahaja dapat memberi keselesaan kepada pengguana namun ia juga mengelakkan kelembapan dalam dapur terutamanya sinki yang sering dalam keadaan basah. Cahaya matahari dan angin dari tingkap dapat mengeringkan sinki yang basah dengan lebih berkesan. Ini juga salah satu cara untuk memanjangkan jangka hayat kabinet dapur anda.

Komen THNH : Emm, patut la kebanyakan tingkap kat dapur, orang buat sinki ek.. saya je yang nak buat pelik sket, nak buat dapur depan tingkap, hahaha. senang, xyah beli hood. Tapi conpem la enSuami bangkang, hehehe. Xmasuk akal. OK saya setuju buat sinki kat tingkap. Kalau boleh nak tampal je tingkap tu, supaya depan sinki saya boleh gantung2 mug, penapis, pisau, gunting dll yang baru dibasuh tu. Pastu hajat hati nak buat kabinet penuh untuk wall, kalau dah ada tingkap kat tengah2 design dapur, xjadi la nak buat straight kabinet, kena sekerat2. ni yang tak besh ni, emmm.

Bagi dapur pula, ia adalah lebih sesuai letak berhampiran dengan sinki. Ini bukan sahaja dapat memudahkan pengguna namun penyedut asap (hood) dapat mengeluarkan asap dari dapur dengan lebih berkesan. (Semakin pendek paip penyedut asap, maka ia dapat memaksimumkan fungsinya untuk mengeluarkan asap dari dapur anda) Lokasi yang agak sesuai bagi dapur adalah 1.5 kaki ke 3 kaki jarak dari sinki, jadi ruang antara sinki dan dapur adalah cukup untuk dua orang pengguna untuk melakukan kerjanya di depan sinki dan dapur masing-masing.

Komen THNH : Yang ni sememangnya setuju! Rumah sewa sekarang sinki bertentang dengan dapur. Sangat senang dan cepat. Peti ais hujung sikit. Tapi rumah nanti xleh la buat bertentang, satni jadi sempit plak dapur. Sebelah mungkin. Beza sedikit ruang untuk letak water filter dan kerja memotong, menyiang. Baru letak dapur kat sebelah. OK.

Ketuhar adalah sejenis barang elektrik voltan tinggi dan ia adalah tidak sesuai kalau letak berhampiran dengan dapur. Maka menyediakan jarak sekurang-kurang 3 kaki di antara dapur dengan ketuhar adalah lebih selamat bagi pengguna. Ketuhar biasa memerlukan ruang 600m x 600mm, jadi ia boleh diletakkan di kabinet bawah atau di dalam kabinet tinggi. Demi meningkatkan kegunaan kabinet supaya pengguna boleh simpan lebih banyak barang, kabinet tinggi merupakan salah satu pilihan yang baik. Di samping itu, jika pengguna letak ketuhar dalam kabinet tinggi, maka pengguna boleh menentukan ketuharnya pada ketinggian yang sesuai dan menyenangkan pengguna semasa menggunakan ketuharnya.

~Contoh Oven yang ada bawah dapur~
Komen THNH : Ala, camni plak. Saya baru plan nak letak oven kat bawah dapur. Adakah bawah dapur tidak berdekatan dengan dapur? Heee, kalau tepi, kot le panas kan? Tapi bawah, xda pembakaran pape. Boleh terima tak hujah ni, haaaaaa. Nanti nak tanya tukang noo. Sejauh mana keburukannya. Atau betul apa yang saya fikir tadi. Kalau la boleh letak oven kat bawah dapur, boleh jimat sikit. Xperlu nak buat ruang khas untuk built in oven tu. Lagipun ruang bawah dapur, bukan boleh letak pape, selain tong gas. Tapi tong gas pun rasanya letak sebelah dapur bukan betul2 bawah dapur kan, xmuat kot tong gas tu, kecuali kabinet tu tinggi kot. Ke guane, huhuhu.

~Contoh kabinet khas untuk built-in oven and microwave~
Peti ais merupakan salah satu barang yang agak besar dalam dapur, kedudukan yang paling sesuai untuk peti ais adalah di hujung dapur supaya menjadikan visual ruang dapur lebih luas. Kebanyakan pereka kabinet dapur suka letak kabinet tinggi di tepi peti ais supaya ia tutup tepi peti ais supaya hanya nampak pintu peti ais. Ini merupakan cara yang baik untuk menyembunyikan peti ais yang besar ini di dalam kabinet demi menjelmakan dapur yang lebih kemas dan teratur. Walaubagaimanapun, pengguna dinasihatkan supaya menjarakkan sekurang-kurang 4 inci di antara peti ais dengan kabinet tujuannya untuk membekalkan sistem pengudaraan yang lebih sempurna.

Komen THNH : Peti ais memang xda pilihan lain lagi. Letak kat hujung sekali kabinet atau tak terlibat langsung dalam kawasan kabinet. Maksud saya dapur rumah mungkin boleh buat bentuk L atau U. Saya rasa sesuai L. Jadi ruang yang satu lagi, dinding kosong. So letak kat situ lah. Sebab ruang dapur tu, ada pintu dapur kat tepi, dekat dengan tingkap tadi. Emmm macamana la nak bayang ni...

~Contoh, mesin basuh di hujung kabinet dekat dengan pintu dapur~
Satu lagi kedudukan untuk mesin basuh. Nak penuhkan kat dapur jugak. Letak sebelah pintu dapur. Jadi bila siap baju dibasuh, boleh terus terus sidai kat luar belakang bahagian dapur. Aik, adakah baju kita akan terlekat bau2 masak2 tuh? Baru terpk lak masa menulis ni, argghhhhhhh, kena pk lagi ni.... Nak letak ampaian kat depan ke kat belakang ni? Saya suka letak kat belakang, supaya pandangan hadapan rumah tak cacat dengan pakaian yang pelbagai bentuk, kuang kuang kuang. Iye tak?


0 comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers