Sejak berdua dengan enSuami di rumah sewa, kami dah jarang2 makan kat luar.
Jarang la jugak.
Kalau makan malam kat luar pun, sebab on the way nak balik Sekinchan.
Singgah makan kat mana2 kedai kalau lapar sangat2 kat tengah jalan tu...
Hari Jumaat lepas, apa angin ntah.
Mengamuk nak makan kat luar, hehehe.
Asalnya nak pi makan kat Nasi Kukus House 2, kat Seksyen 7, dekat dengan rumah.
Sekali hari Jumaat, tutup daaa.
Kedai ni Islamik sangat.
Selalu pasang MP3 bacaan Al-Quran. Yang staf perempuan (rasanya Keluarga Tuan Kedai) kebanyakannya berpurdah.
Selalu makan tengahari kat Seksyen 4 Tambahan.
Yang kat Seksyen 7 ni, xpenah masuk lagi.
Tak pasti la kalau suasana dia sama ke tak kan....
Ok, ok, kali ni xcerita lagi pasal Nasi Kukus House.
Nak cerita pasal Rumah Makan Cibiuk.
Selalu dok lalu kat Kajang Silk, masuk Putra Kajang, ada nampak nama restoran Cibiuk!
Selalu dok sebut dengan semangatnya, Cibiuk!
Xtau la apa maksud cibiuk ni kan.
Ajak enSuami jom try la arrr...
Nanti kalau xdok kat Bangi lagi, susah daa nak makan benda pelik2 ni.
Kat Bangi je ada semua, ececeeee...
Masa sampai kat luar tu, tengok cam takut lak nak masuk.
Eksklusif sangat.
Pastu xnampak orang makan pun kat dalam.
Tengok kosong je.
Isk, boleh masuk ke tak ni...
Bila turun kereta, baru nampak ada suamisteri dengan anaknya kat dalam restoran ni.
So kami pun berani la masuk.
Bila jejak tu, enSuami terus meluru ke meja.
Saya plak meluru ke kaunter, hahaha.
Konon2 nak amek buku menu ler.
Tengok mende, ada ape.
Sekali nak tengok sket lesen, halal tak ni, sat ni salah masuk kedai lak, naya....
Tak lama kat situ, saya pun ke meja yang enSuami duduk.
Kami terduduk kat meja menghadap dapur restoran.
So boleh tengok semua pergerakan pekerja2nya.
enSuami lak teruja tengok air terjun dalam restoran ni.
Banyak plak air terjunnya.
Mula la enSuami teringatkan fountainnya.
Abang nak buat macam ni la....
Ha, sudaaaahhhhhhhh
Cepat amek gambar, Sayang.
Saya bagi je handset kat dia, Sayang la amek.
kat hujung bawah kaunter bar, ada lagi air terjun, siap kolam lagi.
Ada ikan ke tak eh, lupa plak.
Sementara nak tunggu makanan siap, kami berdua sempat pi tengok dekat kolam tu.
Kalau tak silap, ada ikan.
Sayang nak buat mcm ni jugak ke? Senang je ni beli kolah ni kat kedai. Pastu lindung dengan bata2, xda la nak simen2, boleh pindah2 ikut suka selera. nak letak dalam umah boleh, nak letak kat luaq pun boleh. Ye tak?
Ye betul2, pandainya isteri saye!
Ngeeeee
Bila kita duduk je kat meja tu, sampai la air teh panas kat meja.
Rasa macam kat Korea la.
Dalam cerita tu, bila masuk restoran je, waiter sediakan segelas air kosong.
Tapi diorg hidang teh.
enSuami cuba minum, rupanya teh kosong je, tanpa gula.
Sihat ni minum, kot2 teh jamu ka, hehehe.
Bila tengok ada pinggan tertiarap ni, saya ingat meja ni reserved.
Sebab meja sebelah tu, ada disimpan untuk majlis.
Sebab ada nama individu kat atas meja tu.
Tu yang tertanya kat waiter, boleh duduk ke kat sini?
Saya order limau ais. enSuami oder jus guava.
Semua jus, segelas RM6.90.
Sebab tu saya xamek jus, amek limau ais je.
pastu saya tanya, nak makan ayam rangup2, resepi ape?
Sebab bahasanya pelik2 la kan.
Keturunan Wali Songo agaknya.
enSuami kata bukan Jawa.
Dalam restoran pun dia mainkan lagu, rasa macam nak berkuda kepang, hihihi...
Air limau ais tu sedapppppppppp sangat.
Limau apa dia boh, dok bincang2 ngan enSuami.
tapi tak terjawab.
Rasa macam air asam boi.
Tapi takdak asam boi pun kat dalam tu.
Jumpa kulit limau ja.
Tapi xtau limau apa.
Sedap manis, bukan masam teramat tu.
Memang sedap lah!
Pastu yang saya order pun sampai.
Macam set ayam penyet la jugak.
Tapi lagi banyak tambahan tu.
Tomato yang ditumbuk dengan cili ni pun, sedap sangat.
Saya pun hairan lah, tomato dengan cili je pun, kenapa sedap sangat nih?
Rasa nak pi tanya ja, dia letak pe lagi selain tomato n cili, boleh?
Boleh blah, hahaha.
Selalu dapat nasi putih, ayam, timun, tempe, tauhu.
Kali ini dia tambah ikan masin plak.
Huh, banyaknya!
Saya xreti la makan lauk banyak2.
Reti makan 1 lauk, 1 sayur je.
Kalau banyak sangat, saya jadi xtau nak makan yang mana satu, heeeee.
Xreti, xreti, xreti.
Bila tengok hidangan ni, saya dah tak keruan.
Nak makan mcmana ni.
Boleh makan dalam ni ke?
Siap tanya waiter tu, nak makan mcmana?
Maksud saya boleh buka daun pisang nasi tu, makan atas bakul ni ke?
Ke makan guna pinggan ni, sambil nak pegang tunjuk kat dia.
Waiter tu senyum je, sambil angguk2 menunjukkan reaksi makan menggunakan pinggan.
Ok, baik!
Saya pun nak ke sinki untuk basuh tangan.
Dari jauh lagi enSuami dah nampak design kat sinki ni cantik.
Dia suh amek gambaq.
Ok, saya amek gambaq.
Dia minat gila la ni.
Tiba2 je dia kata, kita nak buat sinki kat mana eh?
Hah, nape nak buat macam tu?
Pi basuh tangan kat dapuq je la, bukan jauh sangat pun dapoq dengan ruang makan.
Saja, nak buat, nampak cantik!
Sebab cantik ja? Bukan sebab keperluan?
Setakat nak cantik, takdak function, xyah lah.
Takut membazir lak, bebel pnIsteri kat enSuami, ngeee
enSuami plak order Nasi Goreng Kambing.
Saya tanya ada rasa kambing tak? sebab xnampak daging kambing pon.
Tapi enSuami kata rasa kambing, ada rasa, memang cukup rasanya.
Tak sudah2 dia puji sedap.
Memang kaw n sesuai dengan namanya.
Ooops, hehehe.
Kami ada tempah satay jugak, huhu.
Satu set RM 9.90, ada 10 cucuk. jadi satu 99sen lah.
enSuami je yang sempat makan sate ni kat kedai.
Saya, nasi tadi pun tak habis.
Minta waiter bungkuskan nak bawak balik.
Yang bagusnya depa ni, senyum je.
Lembut sopan je layanannya...
Masuk waktu Maghrib, mana yang tak de kerja tu, terus solat kat Surau yang ada dalam kedai.
Bagusnyeeeeeee....
Kami plak nak cepat la kan, tu yang minta bungkus semua.
Kami pun nak solat awal macam depa jugak, heee..
Bungkusan pun bukan calang2 eh..
Siap lapik dengan daun pisang lagi.
Bagusnya.
Sebab keropok sekeping pun, dapat 1 tuperware xtra, yeh!
Jahat ke?
Saya pun xsangka dia nak letak asing, bagus betul!
Ayam saya tak habis lagi lebih dari separuh.
Saya banyak makan tempe dengan sambal tomato tu.
Sedap sangat, yang tu habis licin, heeee.
Dapat la 3 biji tuperware baru...
Kami makan berdua, dalam RM 46.50.
Puas hati.
enSuami xhenti2 puji.
Makanan sedap!
Layanan superb!
Suasana cantik, eksklusif!
Boleh bagi 5 bintang untuk Cibiuk!!!!!!!!!
Boleh datang lagi lepas ni.
Bila tengok blog rasminya, Cibiuk ni Sunda eh.
RAJANYA SAMBAL oooo.
Patut la sambal dia sedap.
Dalam kedai tu, ada 1 pondok hidangan.
Tak tengok la plak apa ada kat situ.
Kami assume, hidangan untuk orang yang reserved tadi.
Atau mungkin sape2 nak tambah sambal lagi, sila la ke situ ek?
Entah la, tapi enSuami dok kata nak mai lagi, nak rasa ikan bakar dia.
Bila tu ye?
Kalau dah pindah, xsempat ar, emmmm
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih untuk komen bernas anda :)