Search This Blog

Friday, 21 December 2012

Ais Kacang @ Pekan Simpang Empat

Oh, kalau kat kL ni, orang sebut ABC la kan.
Kami sebut aih kacang!
Sebenaqnya dah lama xmakan ais kacang kat kedai ni...

Sejak dah xmenetap kat kampung, keluar dari Kedah.
Kedai ni pon bapaknya kawan sekolah rendah dulu.
Ais kacang Pak Din.
Arwah Pak Cik Jamaludin.
Masa keja kat farmasi lepas SPM, pakcik selalu mai beli ubat kencing manis.
Kadang2 bos atau isterinya berseloroh, pak Din banyak makan aih kacang, manih2, tu yang dapat kencing manih kot???/
Hehe, gurau2 je.

Pak Din rileks, rezeki masing2 noo.
Ada banyak duit, habis duit beli ubat plak.
Allah Maha Kaya dan Adil.
Al-Fatihah untuk Pak Din.

Bila ada ex housemate yang kawen dengan orang Kedah, suami dia orang Yan, dekat la dengan Pekan Simpang Empat.
Bila dia update kat FB terngiang2 ais kacang yang halussssssss kat Alostaq, saya pon teringat nak tanya.

Rupanya kat Pekan Simpang Empat.
Memang glamor dah ais kacang dia dari dulu2 lagi.
Sekarang ni anak dia plak usahakan.
Alhamdulillah ada pewaris yang mahu meneruskan.
Kawan saya tu, entah la.
Xpenah nampak dah muka2 depa ni.
Kakak dia ja yang ada kat kedai tu.
Nak tanya Anas Hibri pi mana, segan la plak hoi...
Tetiba tanya adik laki kan...

Ok saya dah kawen, tutup cerita!
Kebetulan kali ni balik, ada hari Khamis.

enSuami dok ajak nak pi Pekan Khamis, sambil2 boleh makan ais kacang.
Teringin la tuuuuu......
Tahun lepas dah cuba sekali.


Halus kan aih kacang dia.
Xtau la dia buat cmna.
Mata mesin dia tajam ka, dia pusing lama2 ka.
Memang halus mcm salji.
Cewahhh mcm la penah pegang salji kan.
Ntah2 salji pon xsehalus ni, kekeke...


enSuami tunduk rapat bila dapat ais kacang dia, hehe.
Kami makan ais kacang je masa ni.
Sebab perut kenyang lagi sarapan tadi.
Masa kat pekan khamis ni, dia beli manggis.
Dah berhari2 dok sebut nak makan manggis.
Teringin cap ape la...
enSuami beli 2kilo ke sekilo.
Saya pon tak amek tahu.
Xminat sangat kot manggis ni.
Layan je tengok dia teringin sangat nak makan manggis.

Bila balik je anak2 saudara wekend tu, Along n Angah, dok mintak pak Ndak nak mangooooo...
enSuami dok pelik apa mangooo...
Sekali mangosteen.
Adoi anak buah cakap omputih ko...
Kesian ada 2-3 biji je lagi masa tu.
Pak Ndak n wan makan banyak!
Tak cukup depa nak makan, dok terjerit2 nak lagi, nak lagi.
Hehehe, mangosteen punnya cerita......

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers