Saturday, 21 April 2012

Target kelengkapan rumah dari IKEA..

Xingat dah camna boleh dapat katalog IKEA untuk tahun 2012.
Ada orang lempar kat umah kot eh.....

Memang teringin sangat nk pi IKEA..
Baca blog blogger2/B2B lain, semua beli barang kat IKEA..
Sket2 IKEA.. kat IKEA la mana lagi.. Memang suka sangat pi IKEA..

Ermmmmmmm, ceq xpenah shopping kat IKEA.
Sekali ja penah pi, tu pun masa sehari sebelum mendaftar masuk UKM tahun 2004.
Tu pun sebab Pak Ndak yang bawak, bawak pi jalan2 kat KL, xtau nak pi mana dah, bawak kami pi IKEA la kot.
Ingat masa tu, memang ramai sangat orang kt situ.
Ada sale ka?
Dengarnya, memang ramai la selalu, xkira la ada sale ka xdak sale ka.
Kalau ada SALE, lagi la ramai idok...

Bila dah kawen ni, terasa nak beli itu dan ini, hihihi...
Jom la pi? bila kita nak pi? Bila boleh pi? 
Banyak kali tanya enSuami.......
Tapi belum berkesempatan lagi.

Layan je mata ni tengok barang2 IKEA kat internet saja.
Tengok katalog dia.
Dah senarai sudaa nak beli apa, dehhhhhh.
Harapnya akan tercapai ni.

Yang pertama dapat beli frame IKEA. 50cm X 50cm.
Dalam kepala otak ni, dah ada nak watpe dengan frame ni.
Nak DIY sesuatu, tadaaaaaaa.
Tapi belum buat lagi la..
Nak tunggu confirmation dapat pindah, baru nak buat.
Xsabaqnyaaaaaaaaaaa

Barang kedua nak beli.
Rak xbertepi camni.
Harga sekarang dalam katalog dan internet RM199.
Nak pilih hitam la...
Nasib baik ada pilihan kaler, hitam, merah n putih.

Nak wat tema hitam la untuk rumah nanti.
Semua perabot nak kaler hitam, hahaha...

Ketiga untuk ruang tamu, nak meja jepun.
Bersila aja, tetamu yang datang rumah saya ya..
Konsep santai, lepak2, wahahaha..
OK tak?
Harga meja ni, RM149.
Tak pasti la meja ni, lebih tinggi dari siku kita ataupun tak.
Bajet meja rendah macam ni, nanti nak buat cookies senang.
Xda la lenguh berdiri.
Kalau meja tinggi, nak kena beli kerusi la plak kan..
Macam xbest je kalau ada kerusi, takut nanti nampak semak la, sebab ruang rumah xbesar macam umah orang lain.
Kita sewa je rumah ni kan, xleh libeh2.

Ketiga nak rak mudah alih.
Troli la senang panggil.
Memandangkan rumah sewa, xda la banyak sangat perabot yang mampu dibeli, nak beli troli camni je la.
RM125, ok kan?
Nak survey kat kedai perabot lain.
Rasanya susah nak jumpa barang2 yang pelik2 camni.
IKEA je yang buat.
Iye dok?

Macam penyokong tegar IKEA la plak.
Xda la camtu.
Xstat guna lagi pun barang2 IKEA yang ada ni.
Tersimpan tersorok dalam almari lagi.
Almaklumlah, keadaan sekarang xmengizinkan lagi.
Kalau dah masuk rumah sewa, baru nak buka semua barang2.
Yahuuuuuu....

Laundry bag ni, teringin jugak.
Kalau ada bajet lebih, nak jugak la, hehehe.
RM55.90 ni xla mahal bagi orang lain kan..
Tapi buat masa ni nak beli barang ikut keperluan la dulu.
Ini memang perlu, tapi dalam senarai kedua.
Ada ke untuk tong sampah yang movable camni jugak eh?

Dan yang terakhir sangat la teringin......
Suatu hari nanti.
Kalau dapat merealisasikan cita2 untuk bisnes Butik n Design.
Saya mau sudut menjahit begini!
Xda la nampak serabutttttttt.
Kemas aja disebalik langsir, hahaha walaupun barang2 xkemas sangat.
Tarik aja, langsirnya. Terus kemas..
Bijak kan???

Haritu ada pergi survey barang2 elektrik terutama petisejuk n mesin basuh automatik.
Rupanya produk Hitachi ada banyak kelebihan.

Untuk mesin basuh, 1. Ada pilihan ECO yang mesra alam
2. Boleh pilih untuk jimat air; atau
3. Boleh pilih untuk jimat tenaga elektrik.
Ini harga di kedai G-Mart untuk 9.5kg RM1120.
Mahal ke murah.
Target nak 10kg ke atas.
Alang2 membeli, biar menang memakai, huuuuu

Untuk peti sejuk Hitachi plak, rak dia jenis gelas bukan plastik seperti model lain.
Tapi yang 650L kalau tak silap.
Harga tayang RM1499.
Kalau bawak bil elektrik, TNB bagi rebate RM200.
So tinggal RM1299.00
Pastu kedai G-Mart bagi diskaun lagi, tinggal RM1200.

Kalau jadi la nak beli Hitachi ni, mau la ada RM2400 nih!
Untuk dua barang ni mesin basuh dan peti sejuk.
Huhhhhh, tarik nafas jap, slurppppp.

Jeles dengan Maisarah yang dapat beli perabot 3 barang dengan RM660.
Bila tanya dia, katanya beli kat Kota Kemuning.
Oh jauh tu dari tempat saya.
Nak survey2 kat Bangi aja.
Dah la kita xda enSuami, xleh nak pi jauh2..
Xberani laaaa...
Dengar cerita dari Lina, ada kedai perabot nak tutup kat Seksyen 9.
Tengah wat clearance stok sampai bln 9 ni.
Jom pi terjah la petang ni....

*Cekidaut, nanti ai update lagi ya, apa yang dapat dibeli..
Huhu, kering poket minggu ni...





No comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)