Keputusan:
Berdasarkan
taklimat, pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pakar-pakar
daripada Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia
serta dengan mengambilkira keputusan-keputusan yang telah diputuskan
dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
Ugama Islam Malaysia terdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu
alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga
16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut:
Setiap
minuman arak adalah mengandungi alkohol.
Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang
diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.
Manakala
alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya
tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya
kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.
Minuman ringan yang
diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan
mempunyai alkohol di bawah aras 1%v/v adalah harus (boleh) diminum.
Manakala
minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti
proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol
atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
Makanan atau
minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan,
kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu
terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman
adalah tidak najis dan harus (boleh )
dimakan/diminum.
Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa
atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah
harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari
proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah
tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.
Ubat-ubatan
dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak
najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui
proses pembuatan arak.
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih untuk komen bernas anda :)