Tuesday, 18 February 2020

BILIK AIR : Reformasi 2020, (^_^)

Assalamualaikum
Anneyohaseyo..

Demam demam, demam crash landing on you, wakakaka...
Sebelum start tengok episod final 15 dan 16, dah terbaca entri CLOY pecah rekod Goblin dengan 24.1%.
fuyoo terus laju2 tengok episod tu semalam.
menangih tak sudah, lencun kain batikku, wakakaka...
sambil makan petang sambil maraton dua episod terakhir tu..
episod 15 tu sedey sangat doh.. memanjang nangis..
keciwa sbb second hero mati, huaaaaa..

Nasib hero dan heroin dapat bertemu semula..
tapi realitinya ada je org NK hidup aman damai kt SK.
cumanya, bagi kes ni complicated sebab hero n heroin merentas sempadan secara tak sah.
pastu hero plak keja askar anak askar yg berjawatan tinggi, bukan kaleng2..

Family heroin pulak penuh dengan hasad dengki.
jadi bertambah2 masalah bertimpa2, aihhh..
lastly, hero tak jadi askar dah, so dia bebas.
bertemu lah mereka di Swiss.
nasib happy ending.

Kalau ending macam Memory of Alhambra, tak tahu lah nak kata apa perasaan,
hahaha, frust gituuu..
tapi xpa, itu drama ja..

Hakikatnya Hyun Bin masih hidup, manse!
hidup suri rumahku masih diteruskan..
tahun ni, nak mula dengan bilik air dulu.

Bulan lepas ni kemas.
come on gais, 2020 dah..
punya la lama hang tak organize hidup.
berlangsung dengan biashe biashe..
asal hidup je..


Setelah lama tak terurus, tahun ni, nak nyahkan semua sampah sarap
yang dulu2, ku pandang sepi saje..
nanti la, nanti dulu la..
awal tahun ni, banyak stok2 sabun, syampu, pencuci yang dah habis
selonggok botol2 plastik dengan cebok yang dah patah.
botol Shaklee Basic H tu, sampai reput la, nak picit sabun, sekali botol yang pecah, wakakaka...
punya la lama tak habis2 lagi sabunnya.
Umo bersalin kat Hafni agaknya, Hafni pun dah darjah 1.

Ada 2 botol ni, beli serentak.
so lambat la nak habis, sabun ni pakai sikit je dah berkuasa nak mencuci kan..
sebotol lagi ada kat umah mertua, dok pakai masa pantang.
anak yang berpantang tu pun dah 3tahun, ahaks


Kali ni nak minimalis je.
Sabun pun tinggal sabun anak2 je.
Bilik air ni, saya dengan anak2 yang guna.
So plan (setakat ni la) nak pakai sabun anak2 je.
malas nak belek nak beli sabun apa nak pakai.
kulit saya macam sensitif je..
kalau pakai sabun mahal2, kulit jadi gatal2 plak.
Saya beli sabun murah2 cap Tesco tu, enSuami tanya plak "elok ke" pulakkk
dah tu nak jimat pakai sabun anak2 je.. Umi pun baby jugakk (pernah)

Sebelum ni botol clorox n sabun lantai tu ada kat lantai bilik air.
Baldi hitam tu je yang bergantung.
pastu terfikir, kalau gantung gak, muat tak ye..
sebab penyangkut S tu boleh tahan kuat jgk.
dah 2tahun gantung baldi tu, tak patah pun lagi.
so saya pun cuba la gantung.
ehh elok ja, masuk kat lubang botol tu.
okay setel.

Saya kureng sket nak letak kat lantai ni..
kalau boleh gantung, semua benda nak gantung la..
senang nak urus..
bagi lapang sket lantai tu, baru nampak kemas, ye takkk???


Cermin ni, tempat yang kena mantain selalu.
sebab kadang dok gosok2 gigi, terpercik ubat gigi tu, bertompok2 kat bekas tembikai, cermin dan shelf tu.
Tapi saya tetap nak letak barang2 tu kat situ.
Sebelum ni kosonggg, saya tengok toilet orang cantek2, toilet saya macam suram bosan je..
rupanya kita punya toilet, tak ada bunga2, penyeri suasana.

Kebetulan tak tahu nak letak mana bekas tembikai tu (hadiah anak murid ABIM tahun 2008) letak pi la kat situ.
Dalam tu saya letak kapas korek telinga, floss, apa lagi entah. Dulu2 suka korek telinga dalam toilet.
la ni xdan nak duduk lama2 dalam toilet.
Korek telinga sendiri, pangil anak2 sama2 korek telinga. Sama2 kapit kuku.
So secara tak langsung setel kerja serentak, anak2 n maknye, hahaha.

Cawan kaca tu, baru je disiplinkan diri.
Tahun lepas CUCKOO ada buat kempen, "Gosok gigi dengan secawan, secawan secawan. Gosok gigi dengan secawan guruupp gurupp guurupp.."
masa kempen tu, saya tak follow, dok persoal, cukup ke kumur dengan secawan je..

Pastu masa jalan2 Taiping tu, dok kat hotel Novotel tu, ada la cawan kat sinki tu.
Saya pun teringat la pasal kempen tu.
try tengok isi ayaq dalam gelas kaca tu,
Dah try baru tau, Ehh banyak jugak ya ayaq secawan ni.
Cukupppp sangat nak kumur2..
Patut orang Korea kumur secawan je, gitu rupanya.

Balik umah terus keluarkan gelas ni letak kat toilet, ajar tunjuk kat Hafni.
Alhamdulillah sampai sekarang dia guna buat kumur mulut.
kebetulan pili sinki ni pun air slow, so sempat la kumpul air dulu sementara dok gosok2, dah penuh cepat2 tutup.
Ni gelas yang kedua dah ni.
yang first dah pecah dah, dikerjakan Miqdad.
Tak tahu la diorang main macam mana masa mandi tu
syok sangat dok main ayaq.. pecah dah sebiji gelas.
Tapi tak pe ada lagi stok gelas.
Harap tahan lama laaa gelas ni, Aminn


Jadilah begini je rupanya bilik air terkini.
Toilet, sebulan sekali saya cuci.
untuk mangkuk tandas dan sinki, 2minggu sekali.
tengok keadaan gak kalau rasa rimas xleh tengok tu, cuci sambil2 mandi.
tak perlu tunggu hari/waktu khas untuk mencuci.
sinki sekejap je nak cuci kannn
kalau lantai2 tu amek masa sket nak sental..
tapi okayla dah ada jadual macam biasa
boleh pantau kerja2 mencuci satu rumah, hehehe.


#TautanHatiNabilaHasyim
#nakpasangCuckooWasap0193330382 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)