Search This Blog

Sunday, 18 March 2018

JARUM DAN BENANG : Makeover Baju Lama untuk Berpantang

Assalamualaikum...

Hai cuti sekolah dah bermula..
enSuami pun dah jalan2 cuti sekolah..
jauh ke Hatyai nun...

Rombongan sekolah dia..
boleh la pi..
jalan2 tengok dunnia, heee...

Kami 3 beranak kat umah ja..
banyak kerja saya nak buat sementara dia tak ada ni..
I'm free la kata kan..
nak enjoy dengan gaya sendiri..
walaupun still nak kena melayan 2 orang anak syurga ni, heee..
tapi enSuami tak ada lagi syok hahaha...
alaa bukan lama pun, esok dah balik dah pun...


Nak cerita pasal projek jahitan sebelum bersalin dulu...
saya teringat ada satu baju, upahnya untuk buat blause..
tapi disebabkan kain asal ni, kain batik Sarawak, enSuami beli dulu dari Sarawak..
si tukang jahit, buat baju labuh besaq, tapi tangan pendek sampai siku ja...
huaaa, lagu mana nak pakai ni...

Upah masa tahun 2011, 2017 baru nak buka tengok..
nasib la terfikir macam boleh alter kot..
sebab saya suka sangat corak kain batik Sarawak ni..
sayang la kalau tak pakai langsung..
nak make over baju Hafni, macam susah la plak tu...
dekut sebenaqnya, wakakaka....


Jadi mari kita hamparkan tengok, macam mana gayanya..
boleh ke idok nak alternya...
nampak kan, labuh sangat baju ni..
saya amek contoh blause biasa yang saya pakai..
nampak lebih gitu, bila diukur, cukup2 la untuk panjangkan bahagia tangan..
ngam2 elok je..


Bila dah nampak ada harapan, moh le kite tetaskan bahagian tangan..
pastu tambahkan zip di bahagian leher untuk mudahkan BF..
nasib baju ni lebar besar..
jadi ada lah ruang/sedikit lebihan basi untuk pasangkan zip tu..
tak ketat langsung kat dada..
dah baju besar....


Jadi bahagian yang lebih tu, saya dah potong..
amek contoh baju tangan saloma, hahaha..
sesaje nak mencuba..
tapi tak saloma sangatlah, just bukaan je luas..
sebab ira kain tak serong...


Potong simple biasa je macam atas tu ha..
macam tu je dapat nak buat..
boleh la janji tangan dah jadi panjang...


Ok dah siap dah sambung..
memandangkan kain ni macam kain cotton gitu, cepat la siap..
tak licin, senang nak jahit untuk amatur macam saya...
zip pun siap dah...
perasan tak, bahagian coraknya tak senada tu, haa kat situ la sambungannya...


Setle dah untuk baju pakai balik dari hospital bersalin tu...
sepanjang pergi hospital semasa kuning tu pun, dok keluar masuk hospital, baju ni je saya pakai..
senang selesa, besar jadi tak panas..


Sebelum buat projek, sarung tilam Miqdad tu, saya ada beli kain batik gold..
yang saya cerita, sangat nak buat kain batik saja..
mulanya nak buat baju, tapi enSuami kata pelik sangat aihh...
so buat kain batik juga la..
cuma kain batik bergetah siap, untuk buat baju sepasang dengan blause.
blause tu nak beli je, tak tau lagi sama ada hitam atau kaler kuning/yellow mustard/gold...


Haa, gini la hasilnya..
buat susun kain batik je...
masa ni sayang ke kain nak gunting bagi fit..
memang buat sebesar2 kain yang ada...


Bila pakai tak rasa.
bila amek gambar, tengok..
baru nampak macam besar gelebeh..
tak fit, nampak macam selekeh plak ye...
tak pun sebab masa tu macam tak terurus lagi...
sebab baru je lepas pantang...
masih baru nak handle baby...


Baju ni dapat cari kat kedai pakaian siap je..
kat sini ada MUAZ, branch dari Nilai 3 kalau tak silap...
second time beli yang zip besi jeans ni...
bila pakai blause ni, baru perasan..
saya rimas.. besi zip ni berat..
untuk BF plak zip macam ni lambat sikit nak buka..
tapi zip sorok lagi susah..
saya prefer zip biasa je dengan sebelah tangan je boleh zapp buka...



Jadi selepas difikirkan, saya dapat konklusikan;
kalau buat baju sendiri, saya guna zip biasa je..
kalau nak beli blause, saya cari yang jenis ala2 kemeja, just butang je...
sebab kalau jual, memang tak jumpa la orang pasang zip biasa kan...
paling lekeh pun zip sorok..
sekarang ni musim fesyen zip jeans tu..
jadi kena banyak berkira la sebelum nak beli...

Hari Jumaat lepas, saja ajak enSuami pergi kedai pakaian tu..
sebelum ni pernah pergi, jumpa kemeja2 besar yang macam shopee jual tu..
masa pergi hari tu tak sempat nak tengok harga..
ye la nak compare mana murah dengan shopee..

Sambil minta enSuami test belakang saya, dia cakap labuh..
besar sangat ni...
saya cakap la, la skg ni memang la fesyen pakai baju besar...
dia jawab, ye la tu, kalau tinggi tak pe la...
amboi nak cakap kita rendah la tu..

Takpe la tak jadi nak amek lagi, tapi kalau tengok tu..
mata saya dah berkenan dah...
Bila keluar je, dari kedai tu, 
ehh betul la fesyen pakai baju besar ek skg ni, enSuami tanya...
emmm baru nak percaya, sebab
sebab dia nampak ada gegadis pakai baju labuh ke lutut..
saya tak perasan, sebab perempuan tu dah masuk kereta...


Ala2 macam ni la...
corak petak2 macam kemeja..
depan dada, berbutang..
besar dan labuh...
tapi kebanyakan model macam ni semua pakai seluar fit, halussssss gitu...
kalau baju besar macam ni, pakai dengan palazo, kena tak eh?
nampak gelebeh? gemokss? emmmmmmmmm


BERITA BAIK ‼️ UNTUK MAMA & PAPA YANG PENTINGKAN KUALITI UDARA DALAM RUMAH
.
.
CUCKOO menawarkan pelan ansuran mudah serendah #RM60 sebulan untuk memiliki PENAPIS UDARA yang berteknologi tinggi diimport khas dari KOREA πŸ‘πŸ»
.
.
Jadi Mama & Papa tak perlu risau dah dengan πŸ‘‡πŸ»
❌ Rumah banyak habuk 🀧
❌ Rumah bau kepam/masakan 🀭
❌ Bau asap rokok 🚬🚬🚬
❌ Bau haiwan peliharaan 😷
❌ Bulu kucing melekat- lekat🐈🐈

Nak daftar pun mudah sahaja, tak perlu susah-susah keluar rumah, kami bantu daftar secara Online terus ke sistem HQ.
.
.
Hanya perlukan 2 dokumen berikut:
✅ Salinan IC depan
✅ Salinan Kad Debit depan
.
.
TAK PERLU RISAU... 99.9% yang mendaftar APPROVED dan dapat pasang di rumah mereka.
.
.
Hubungi saya untuk pemasangan segera
Untuk order pantas..
Wasap 0193330382

Friday, 16 March 2018

MIQDAD KAMILIN nama hero Nabilahasyim πŸ‘¦

Assalamualaikum..

Dah 5 bulan berlalu..
Lambat sangat Umi nak menulis, tentang baby baru ni..
Tak introduce pun lagi hero kita, kesian dia...

Okay la terus kepada cerita by gambar je la..
Dah lama dah upload, hilang dah idea kronologi nya...


Nama penuh Miqdad Kamilin.
Bantal diy hari tu sebelum bersalin.
Masa awal tu berebut juga la nak bagi nama..
Saya awalnya memang nak cari nama pangkal M.
Masa tu nampak Muaz je..
Takkan Muaz je kot, nama biasa2 ja..hee

Pastu jumpa ada sorang ahli group wasap yang saya join ada guna username UmmiMiqdad..
Terdetik dari situ, baru saya teringat, laa dulu ada student, nama Miqdad, anak sulung, sangat pandai menjaga adik2 nya di sekolah.
Saya suka tgk family Miqdad ni, ayahnya nmpk macam orang baik2, patut nama anak2 nya semua yang pelik/rare..
maksudnya jarang orang melayu nak guna, yang belajar Arab atau alim dalam agama je mungkin terjumpa nama2 macam ni.

Jadi saya pun mesej la junior tu tanya apa maksud nama Miqdad?
*Sebab enSuami tak nak nama tak ada maksud yang baik2..
Habaq nak boh nama Miqdad pun, dah buat muka facepalm, ada ke orang nama Miqdad???

Maksud nama, dia pun tak jelas.
Yang dia tahu, Miqdad ni pahlawan yang tangkas berpedang dan berkuda masa zaman Nabi SAW...
Jenuh jugak la dok cari maksud nama tu.
Sementara dok cari sampai puas hati, saya dah tekad nak boh nama Miqdad.
Miqdad Iskandar, cewahhh!

Ha jangan tak tahu, enSuami pun ada nama pilihan sendiri.
Kamilin Jamilin.
Ha biasa dengar tak nama Kamilin Jamilin ni😱
Ye nama ustaz muda yang berhemah dalam kata2 nya, penuh kelembutan tetapi tegas dalam menyampaikan.
Macam ni baru A nama anak πŸ˜— *ayat enSuami.

Memang la A, A untuk dia, sebab dah nampak hasilnya anak jadi ustaz yang alim dalam agamanya..
Anak kita, __________________?

Macam saya, tak nak la tiru sebiji nama orang tu..
Memang la nama anak tu, sebagai satu doa..
Tapi macam ustaz Hasrizal cerita kenapa orang Turki tak letak nama Muhammad tapi Mehmet..
Sebab tak nak rosakkan kemuliaan nama Nabi Muhammad SAW.
Kalau penama tu, elok, Alhamdulillah.
Kalau penama tu, jadi tak elok, kang dah rosakkan imej seorang yang bernama Muhammad.

Kalau saya la kan, jumpa nama hebat2, waaaahhhh 😱
Hebatnya nama dia, sape la orangnya..
Nak tengok sket, nak tengok sket..
Hahaha, #makbawangsangad 😳
'hebat' bagi saya kalau terjumpa nama2 zaman Nabi je la kot..
Uwais alqarni ke, Harun Arrashid ke, Khalid alWalid ke, alFateh ke..
Ha gitu..
Macam saya dulu2, nak boh nama Iskandar Zurkarnain..
Sebab terpengaruh baca cerita yakjuj makjuj tu..
Takut sangad, dan terasa zubb dengan kehebatan Iskandar zurkarnain, boleh plak terfikir nak boh nama anak gitu😜

Tapi rasa mcm berat sangat pulak nama Iskandar zurkarnain ni..
Mesti org akan pandang, iskandar zurkarnain tuuuuuuu 😡
Risau membebankan dia pula.
Tu yang amek Iskandar je tu😜

Memandangkan masing2 keras dgn nama pilihan..
Dua2 tak mau mengalah..
Lagi2 bila enSuami kata, dia yg pergi JPN untuk daftar nama anak, so dah tentu la dia boleh letak nama pilihan dia kan 😨

Masa tengah serabut tu, Allah bg lintasan idea..
Amek sorang satu nama anak tu.
Saya nak Miqdad, so satu lg amek Kamilin.
Bila cakap kt enSuami, dia buat facepalm lagi..

Okla kan, kalau tak mau, boh Miqdad Iskandar..
hahaha...
Dia tanya kenapa Kamilin, bukan Jamilin..
saya jawab, Kamil la, tak kan Jamil plak, Jamil selalunya Jamilah..
Kamil lah sesuai untuk lelaki..
saya ingat Kamil tu, segak -kacak..
lepas bersalin tu, saya dengar bapa mertua cakap kamil tu sempurna..
sempurna - kacak - segak - handsome
haa, lebih kurang la tu kan
tu la, luqhatul'arabiah takat PMR ja, hahaha...
jadi dapatlah persetujuan Miqdad Kamilin.
Alhamdulillah...

Woi, ralit dok menaip, panjang jugak ek nak cerita pasal nama anak ja pun..
tu belum cerita nama anak perempuan lagi..hahaha..
enSuami terlebih rajin nak pikiaq..
masa tu belum tau lagi jantina..
tapi saya dengan yakin tau lelaki, hahaha..

Macam biasa la, guna petua/tips yang saya share sebelum ni..
Petua dapat anak lelaki / anak perempuan..
yang belum tau, boleh klik link ni...
Alhamdulillah, untuk saya 100%  seperti target untuk jantina.
Klasifikasi khas yang lain belum nampak lagi..
lain kali sambung cerita pasal ni hehehe....


Hai I'm a Boy!
Lahir tarikh 11/10/17...
sebelum ni ada cerita kan, yang saya nak bersalin 10-10 tu...
masa last checkup tu, Dr Mashita tengok due saya 14hb, hari Sabtu, dia tak ada kat hospital..
so dia cepatkan satu hari..
masa tu saya ada juga la bergurau, nak bersalin 10-10 la Dr..
Dr kata, boleh aje.. sama besday dengan awak ke, dia pun cek la besday saya 9.4.. eh tak sama...
saya pun jawab la, besday dia 10-10, sambil tunjuk kat enSuami..
Oooh, ada juga, haa, boleh je, nak ke 10-10...
senangnya Dr tanya, hahaha...
tak pelah saya balik fikir lagi lah, huhuhu...
50-50 plak jadinya...

Sampai la masa 9.10.17 dok dup dap dup dap, jadi ke malam ni nak pi...
kalau ikutkan saya memang nak pi je, sebab nak tunggu sakit memang tak sakit la jawabnya..
hari tu, Hafni pun makan seharian juga, 2x induce...
jenis susah nak sakit, huhu...

Akhirnya masuk juga 10-10..
tapi tu la, lupa dulu saya dah fikir, kena amek sehari awal..
patut check in 9-10 la, sebab dah jenis lambat kan..
nasib kali ni sekali je...
nak tau sebab apa, haaa.....


Sebab stok air botol ni...
sebelum nak bersalin tu dok kumpul petua nak licin bersalin..
nak dekat due tu, jumpa pula, kata milo planta tu tak sesuai untuk mudahkan bersalin..
katanya milo planta tu akan tebalkan dinding faraj, susah la nak kembang untuk mudahkan bersalin..
so tak jadi la buat tu..
so jadilah air selusuh 2 botol..
Air selusuh yang label selusuh tu, saya sendiri yang buat.
masa awal2 dok prepare barang2, saya minta enSuami buatkan..
kan orang cakap kalau suami buatkan lagi afdal..

Boleh enSuami saya cakap dia nak minta ustaz sekolah dia buatkan..
sampai ahti nak suh orang lain yang tak ada kaitan dengan saya..
sadis sangat masa dengaq tu..
tak pa la, sambil telan ayaq lioq tahan sabaq..
tu yang buat sendiri dengan ayaq mata, hahaha..
tuptup, dah last minggu tu, dia minta plak nak buat..
jadi la 2 botol, emmm...
yang label milo planta tu...

Teh rasberi tu beli 3 kotak..
stat je boleh minum, minggu ke34 kot, memang minum..
sehari satu uncang..
sampai kt hospital je minum 2 uncang..
tapi saya tak ada rasa apa2, huhuhu..
tak tau la nak cerita macam mana...
kali pertama minum tu je, macam baby tendang2..
terkejut kot Umi dia minum teh rasberi..

Disebabkan saya masuk lewat, dalam 9.30 pagi..
dalam 11 lebih baru bidan datang nak induce..
masa tu ada la tanya, agaknya 2x lagi ke nak induce ni?
dah kali kedua bersalin ni..
dia kata doa2 la bagi sekali ja kali ni..

Sampai kol 2 lebih, tak rasa apa2 lagi..
saya dah risau ni, tak sempat dah ni 10-10..
yang penting jangan la induce lagi..
yang paling penting, jangan la kena operate plak...


Dok tanya2 dalam group, bila nak minum air selusuh/zam2..
boleh ke nak minum sekarang, sebab tak rasa apa2 sakit..
dok ingat2, macam ayah pesan bila masuk labor room baru boleh minum air selusuh..
air zam2 tak da plak cakap, wakakaka....
diorang cakap, minum air zam2, boleh cepat sakit...
saya plak nak cepat sakit, dengan 50-50 nya, minumlah juga air zam2 tu...

Maka bermula la episod sakit2 nak bersalin..
wow mujarab sungguh air zam2 ni...
kol 4.30 Dr datang cek, kuat tak contraction, kerap tak?
saya cakap kerap jugak, Dr tanya balik, ye ke?
tak caya kot, sekerap 1 minit ke saya jawab...
serius dah 2x mengandung dan bersalin, saya stil tak reti nak kira contraction tu..
masa Hafni dulu, nurse yang kirakan..
kali ni, Dr plak yang cek, dia pun terkejut, ohh kuat juga ya...
cek bukaan 4, oo boleh dah ni, saya pecahkan ketuban lah ya..
boleh cepat sikit...
dah lama dah kan...

Masa tu Dr dok kuis2 dengan kuku dia je..
tapi macam tak berjaya, sebab dia cakap dia baru ja potong kuku, kuku tak tajam sangat..
dia minta nurse amek kan apa alat tu, gunting ke, lupa dah namanya..
masa dok tunggu nurse amek tu, terbocor juga dengan kuku doktor je,
lama juga dia dok kuis2 tu, lama2 pecah la kan..
elok je lepas tu nurse pun sampai dengan alat tu..
enSuami nampak la benda tu, dia kata lagi seram tengok alat tu,
nasib Dr buat dengan kuku je tadi...
enSuami masih tak dapat bayangkan rileknya Doktor handle semua ni...
main dengan kuku je, emmmm

Doktor kan....
Pakar lagi...
Pengalaman banyak, dah lali dah dengan semua ni, tak da takut apa dah..
enSuami tu tau je la, penatut!

Lepas pecah ketuban tu, Dr pesan makan, bagi ada tenaga..
kebetulan masa tu makanan petang pun sampai...
nanti solat sesiap..
saya angguk2 menerima arahan...

Selalunya saya berselera je makan masa di hospital tu...
makanan semua sedap2, mana tak berselera makan...
memang saiz hidangan cukup2 saya makan sampai habis....


Ye la, dok hospital swasta, depa tanya kita nak makan apa kan..
so boleh la pilih ikut selera..
tapi tak de la banyak macam kat kedai, ingat restoran ka?
setakat 2-3 pilihan je...
yang gambar atas ni makan tengahari kot...


Sebab makan malam ni la puncanya...
masa tu saya dapat nasi yang bukan nasi putih..
kalau tengok dalam menu tu, rasanya beras perang kot..
seingat saya saya pilih nasi putih semua..
tapi sampai nasi lain..
pastu kena plak kuah ada halia...
saya sepanjang mengandung kali ni, halia, tak boleh..
nanti badan jadi angin..
pastu jadi tak ada mood nak makan...

Saya ganti makan roti gardenia krim tu je..
sambil lalu tak lalu, gagah juga makan kurma..
sebab tak makan nasi, takut plak tak ada tenaga..
dok ingat dah cerita pengalaman kawan2 kalau tak makan, tak larat nak teran satni...

Tapi tu la, dah nak jadi...
macam2 boleh  jadi alasannya...
lepas selesai solat, bidan datang nak cek, pastu bagi ubat berak kot..
masa tu dia tanya saya, dah ada minum air selusuh, air zam2 ke?
takut2 je jawab, dah minum air zam2 tadi.
baru minum ke dah lama minum? sebelum ke selepas Dr cek?
saya jawab minum tadi pukul 2.30 sebelum Dr cek...
ingat nak minum lagi sekali...tak boleh eh?

Jangannnnnnnnnnnnn, panjang je nurse tu respon..
sambil geleng2 kepala..
tak leh minum lagi air zam2 selusuh awal2..
jangan minum dah ye...

Lepas pengalaman ni baru saya faham..
bila kita minum awal, kita terlalu sakit dalam tempoh masa yang lama..
sebabnya baby bukan nak keluar lagi, tapi sakitnya macam dah nak keluar..
patut la Dr macam tak percaya bila saya cakap sakit kuat dan kerap..
sebab bila tengok masa, sepatutnya pencapaian macam tu belum lagi la...
bila dah terlalu lama sakit, kita jadi penat/keletihan kerana menghadap sakit tu..
dah la tak makan plak...

dan satu lagi pengalaman yang saya dapat rasa...

Lepas je bidan bagi ubat berak, saya pun terus nak berak..
masa tu katil tolak dah sampai nak bawa ke labor room..
nurse tanya nak berak sekarang atau masuk labor room dulu..
bagi 2 botol, memang la la tu jugak la nak terkeluar...

Lepas sudah, keluar je pintu toilet, satu badan terketar2...
sebenarnya lama juga saya dalam toilet tu..
enSuami cakap dua kali nurse datang tunggu saya tak sudah2..
dia sampai datang ketuk pintu toilet tanya ok ke tak...

Bila tengok saya jalan terketar2 satu badan, nurse tanya sejuk sangat ke puan?
saya tak tahu nak jawab apa..
sejuk tu biasa la, dah lama dalam aircond..
pastu lama plak dalam taoilet tadi, kena air bertambah la sejuknya..
tapi yang betulnya bukan sejuk saje, seram sejuk namanya..

Dengar je nurse kata nak masuk labor room, terus badan menggeletar..
tanpa kawalan, saya sendiri tak faham...
rasanya ni macam petanda gitu..
ye la nak masuk labor room kan, nak bersalin..
bertarung nyawa tu, nyaris je nyawa nak putus..
sakit bersalin kan sakit kedua tersakit selepas kematian..
nak bersalin pun boleh mati kan...
tu yang tiba2 je menggeletar satu badan tu..
Macam ni la kot rasanya bila nak mati..
kalau sakaratulmaut tu lagi la seram kan...
terus teringat kalau nak mati lepas bersalin ni?
selamat lagi ke lepas ni?
ada peluang lagi ke nak hidup lepas ni?
Allah...

Masuk labor room, nurse pasang2 semua wayar, saya tengok jam dah 930 malam camtu..
saya tanya sempat lagi ke nak bersalin sebelum kol 12...
sebelum tu, ada la nurse tu cerita, diorang kepenatan, ramai orang bersalin hari ni..
baju baby pun dah habis..
Doktor pun balik rumah sekejap, rehat tukar baju ape kot..
nurse cakap tarikh cantik sama kot, 10-10..
semua orang nak bersalin hari ni..
tu yang saya menyampuk juga tu, saya pun nak 10-10 jugak..
bagi sama besday dengan suami..
oo ye ke, sempat lagi diorang ucap hepy besday kat suami..

Bila dah sakit sangat, tak ingat dah la 10-10..
janji selamat bersalin je la..
sebab macam saya cakap tadi bila minum air selusuh/zam2 awal tu,
letih dengan kesakitan, habis dah tenaga masa tu..
saya siap muntah lagi la atas katil tu..

Doktor pun terkejut saya muntah, perut masuk angin eh?
awak tak makan ke tadi? kan saya pesan makan banyak2, bagi bertenaga..
dah bertalu2 soalan..
enSuami tolong jawabkan sebab nasi dan lauk ada halia tadi, tak berani nak makan takut angin.
Doktor plak pelik, hah angin? bukan makan halia buang angin ke?
haa saya pun tak faham, jadi terbalik la plak pregnant kali ni..

Dalam labor room sambung lagi makan kurma sahaja..
saya kurma tak berapa sangat..
takat sebiji boleh la, nak makan banyak2 tak lalu..

Masa tu sakit dah tak tertahan2..
masa tu nak amek ke ubat tahan sakit?
bila tanya, diorang bagitau kalau tak sampai 7 ke 8 (tak ingat) lagi boleh la amek ubat tahan sakit..
kalau dah lebih, kita tak bagi dah suntik..
so, kalau amek, ada ke dia nak efek cepat atau lambat nak bersalin?
maksudnya kalau dah amek ubat tahan sakit, saya risau kalau saya jadi kurang sakit, jadi lambat lagi nak bersalin...
nurse tu jawab, selalunya lepas cucuk, proses tu lagi cepat nak bersalin, inShaAllah
ini pengalaman saya yang saya dengaq la, masa 50-50 konsentrasi..
harapnya tak salah la apa yang saya tulis ni seperti yang nurse tu cakap.
saya pun tanya la kol berapa nak cek bukaan, kol 12 nurse tu jawab..

Bersabar lah saya menahan sakit sampai kol 12.
tepat je kol 12, terus saya tekan loceng..
punya la tak sabar nak suh nurse tu cek bukaan..
giler serah diri je masa tu..
ingat nak cepat bersalin je masa tu...
tak daya dah...

Bila cek, boleh la suntik lagi.
saya pun setuju je angguk2..
masa Hafni dulu, masa dekat wad lagi dah suntik..
so dekat labor room lama sakit, tapi tak leh nak suntik lagi sebab tak cukup tempoh jam untuk dos ubat tu..
kali ni dah tau dah, so tahan je dulu...
nanti fikir kat labor room..
ingat boleh kuat, kalah juga la..
dah salah dari awal tadi, nasib laa badan...

Lepas suntik tu, rasanya terlelap kot..
sebab dapat bertenang sekejap...
rasanya stat meneran kol 1 kot..
saya tak ingat dah selepas suntik tu..

Masa ni la baru nurse suruh minum air zam2 ke selusuh ke.
sebab saya letih kurang tenaga tak makan, minum air je la..
masa teran ni la, bidan kata, saya tak kuat teran..
katanya kepala baby pun senget ke kanan, tak betul2 tengah..

Geram lagi, geram lagi, kuat lagi geram....
hahaha, nak geram lagi macam mana pun tak tau la..
bila penat, malas dah nak usaha teran..
tapi tak mau la operate, hahaha...
tu yang sampai 3-4 orang nurse tolong tolak perut tu..
kot dah setengah jam saya dok usaha teran, sampai masa doktor masuk tu,
baru la rancak sket..
bila ada doktor tu, maksudnya baby nak keluar dah la tu..
kena gunting juga la macam hari tu, dah kepala baby senget sikit..

Saya macam nak tergelak je bila bayangkan enSuami dok cakap masa tu..
sikit lagi je Sayang, kuat lagi, dah nampak dah kepala baby..
sayang boleh, boleh sikit lagi..
hahaha macam lawak je, skg ni la bila diingat balik..
masa dalam tu, ingat nak cepat keluar je la...
siap sempat lagi cakap last dah ahh, xmau dah beranak lagi, ahaksss


Lepas keluar je budak tecik ni, sempat la sekejap letak baby atas badan saya..
masa awal2 tu ada cakap pada nurse je pasal nak skin to skin..
nurse ada terangkan, boleh buat, tapi tak skin to skin sangat la, stil berlapik baju lagi.
yang saya nak sangat, DCC lambatkan potong tali pusat tu...
saya tak pasti, Doktor tau ke tak, rasa macam tau...
tapi yang tu doktor tak buat...

enSuami siap tanya lagi, kenapa nak skin to skin, kesian baby sejuk...
lor, saya tak harap tu sangat pun, saja la tanya..
orang lain buat tak pa pun, takkan baby kita sorang je yang sejuk? emmm
masa tu rasa, tak pe la, janji dah selamat bersalin...

enSuami seronok tengok baby dia..
senyum dia lain macam masa tu..
ke hulu ke hilir dalam labor room..
sekejap tengok baby, sekejap tengok saya..
saya cakap pergi la tengok baby, amek gambar, nanti share kat family...

Saya dok tengok je Doktor dok jahit..
tengok pantulan kat siling lampu tu..
zap zap nampak dia tarik benang...
sebelum tu Doktor ada tanya sakit tak sakit tak?
saya tak tahu kenapa Doktor tanya..
saya jawab tak sakit la..
sakit yang bersalin tadi masih bersisa seram tu..
yang tadi tu lagi sakit dari sekarang..
rupanya Doktor tengah dok jahit....

Lepas baby dah mandi, jumpa saya sekejap, diorang bagi untuk cium tengok dan sahkan nama baby kepada saya kemudian dibawa masuk nursery, Doktor baby plak nak cek..
kami berdua terlelap.
terjaga masa nurse kejut nak bawa masuk bilik...
masa tu dalam 3.30 ke 4.30 pagi...
elok kami masuk tu, nurse pula datang bawa baby..
minta disusukan sebab tadi tak susu lagi...


Dah dapat baby, ralit lah dengan layan baby..
sempat la snap enSuami ketiduran di tepi katil...
kesian Abi tak cukup tidur...
dah berjaga sama dengan Umi sepanjang hari...
jadi tukang urut, tukang suap makanan, tukang tiup doa dan semangat, hahaha...
dia tidur lena sampai ke Subuh...

Saya je berjaga, tak boleh nak lelap..
kalau terpejam mata je, terbayang peristiwa di dalam labor room...
macam terasa-rasa je ada lagi nurse dok tolak perut, uihhh seram..
tak leh nak lelap...

Pengalaman lepas, balik bilik je saya minum air, sebab dahaga sangat..
lepas tu terus termuntah keluar semua apa yang makan sebelum bersalin..
kali ni memang tahan je diri..
tak minum air, makan, rasa pening2, tahan je..
takut kalau termuntah lagi tak sanggup la kalau muntah2 pula tengah sakit2 ni..
alhamdulillah kali ni selamat...
sampai la sarapan pagi...


Bila dah siang, kami mengharapkan boleh la discaj awal, sebelum zohor ke...
tapi si tecik ni tak berak2 plak...
lama dok tunggu dia berak..
nasib la masa tu dah bawa siap minyak telon.
dok sapu2 banyak2, tak berak juga..
dia kentut2 je, ingat dah berak dah bila berbau tu...

Dah zohor, asar, dok tunggu tak ada juga...
nurse dah suruh buka bedung, tepuk2 bagi dia sedar..
kot sedap lagi dia lena, jadi tak nak berak..
susu pun tak nak sangat, sedap tidur lagi...

Sampai la Maghrib, kakak Abg Ipar dan anak2, datang direct dari Senawang lepas kerja.
sempat juga diorang sampai Bangi..
Masa diorang datang tu, nurse baru je bawa baby naik atas ke nursery...
lepas selesai Maghrib, ada nurse datang bagitau baby dah berak..
Lega la cepat2 kemas barang..
Sebab wad penuh, ada orang lain nak masuk, kesian plak kat orang..
kami dah lajak masa kan...
nak buat camna, baby baru, baru nak berak....

Kesian kat kakak n family, jauh2 datang.
sekejap plak tu..
kami pun nak cepat2 balik..
jauh kan nak balik sini..
dah malam2 plak tu...terpaksalah....

Hai saya la Miqdad Kamilin ni...
Dah 5 bulan dah saya...
Banyak lagi cerita tentang saya Umi tak tulis...
nanti sambung lagi ye...

Adoi memanjang nye saya cerita..
tu pun dah skip2...
nanti la sambung lagi kalau Umi rajin...hehe...

Thursday, 15 March 2018

RUANG TAMU : Susunan je baru, perkakas masih sama, hahaha

Assalamualaikum

Alahai, minggu lepas janji, minggu ni baru sempat ehhh..
Tu la bila berjanji, mesti ja xdapat nak buat.
Lepas ni xleh berjanji lah, 😎

Saya rasa lama sangat dah tak mengemas rumah..
rasanya kali ni, kali 4 atau 5 saya tukar susunan...
yang terakhir, seat yang besar sekali letak di dinding..
kenkonon ada nak buat dekorasi kat dinding tu..
tapi separuh jalan je proses DIY tu...
akhirnya tak jadi buat...
tiga tahun berlalu begitu saja..


Bila ada sofa tepi dinding tu, jadi tempat longgokan barang2 plak...
semua nak letak atas sofa tu...
almaklumlah depan pintu ja...
buka pintu ja, sofa tu paling dekat, semua main campak atas tu...

Jadi sebelum nak mula angin nak mengemas tu..
terfikir la, alang2 nak mengemas, saya nak tukar susunan sekali..
baru la nampak impak besar sikit bila bertukar keseluruhannya..
dok bayang dalam kepala je la, nak susun lagumana plak kali ni..

Nak guna apa yang ada ja...
dalam kepala otak, seater yang panjang tu, nak jadi divider tengah2 ruang tamu tu..
tapi bila dok kemas tu, nampak macam tak lepas ja ruang nak jalan sebelah dinding straight dari pintu tu..
kalau nak ikutkan, muat je lebar tu..
tapi sebab, depan seater tu pun akan ada sofa lagi, so ruang nak akses macam tak smooth..
jadi tukar plan, yang seater besar, ke dinding, yang 2seater jadi divider.
yang 1 seater untuk tuan rumah, senang nak bagi isyarat dari dapur kalau ada tetamu, wakakaka...


Pastu teringat, bila pagi2 hari sekolah..
selalu dok terjerit kat Hafni, amek sikat, amek cream, amek getah, tudung, skaf semua..
nak siap dia sebelum pi sekolah..
selalu dok bersiap kat ruang tamu, sebab nak elak si adik terkejut daripada tidur..
jadi teringat macam sesuai je kalau alihkan bedside table ni ke ruang tamu.
ada dalam bilik tidur pun tak berguna sangat..


Jadi alihkan ke sini, boleh la letak keperluan tu semua dalam laci, tak yah nak jerit2 lagi dah..
Sebelah atasnya, buat letak beg sekolah.
masa ni tak ada, sebab dah pi sekolah, bakul tu pun dah tukar lain, sebab cikgu bagi bawa balik buku teks, setiap hari kena bawa buku teks ikut jadual..
bakul tu tak muat nak letak buku, jadi tukar dengan bakul lain..


Untuk bahagian yang terlindung tu, saya hamparkan karpet yang dah lama tak guna..
almaklumlah sekarang ni kan dah ada baby..
tak leh nak lepak atas katil ja...
dah ranap dah tilam tu di bahagian tertentu, tak rata dah tilamnya...
anak kecik ni pun, dah mula nak meniarap, bergerak berguling2 dah, risau lama2 atas katil...
jadi kena lepak kat bawah2 je la..
buka toto, tilam dia, barang keperluan baby semua letak sini...

Bila ada sofa di tengah tu, boleh juga saya bersandar semasa BF baby..
cuma satu je spoil, kipas kat bahagian ni macam tak rasa sangat anginnya.
Padahal sama ja buka high sama dengan kipas depan pintu tu..
sejak technician datang baiki hari tu, prestasinya dah tak macam awal dulu..
saya pun hairan angin kipas tu pergi mana, emmm


Hai tenangnya hidup bila tengok rumah lapang dan rapi ja...
ha, selalu orang tayang yang cantik2 ja kan...
saya pun teringin bila tengok rumah orang cantik kemas...



Lagi tabik spring kalau jenis rumah, yang banyak sangat barang perhiasannya..
rajinnya depa susun, nak belek satu2..
saya tak sanggup oii...
saya ada yang basic ja, yang keperluan...
hiasan2 tu kadang2 teringin juga nak buat..
sikit2 boleh la, tak leh banyak2 satni saya yang rimas...

Tapi yang cantik indah tenang tu, tak selamanya begitu, hukhukhuk...
baru hari Jumaat kemas....
hari Sabtu-Ahad dah jadi lagu ni dah, arghhhh


Habis punah berkecai aiii...
sabaq je la...
jiran sebelah la punya pasai ni...

Harapan la nak kemas sokmo...
nak kemas tu punya la lama amek masa...
nak sepah, sat ja...


Bantal2 ni terpenyek sebab Hafni dok lompat2 atas sofa ni..
bila tukar susunan macam ni, jadi bertambah seronok plak dia nak melompat..
dari satu sofa ke satu sofa, sampai la sofa yang divider tu, dia terjun ke toto karpet tu..
kadang2 saya tengah sandar situ pun, dia boleh lagi suruh saya ke tepi..
Umi tepi sikit, Hafni nak jump ni!
amboiii, jadi port baru plak untuk dia..
akai anak2 ada ja la...


Haa, susunan je baru..
barang2 semua sama..
cuma ranting2 tu je dulu, sebelum ni ada bunga2 kering tu,
saya cabut dah semua..
tinggal batang je saya guna..
simple senang..
sebelum ni asyik tersangkut kat baju, bila lalu sebelah dia..
sekarang dah tersorok di kiri kanan seater besar tu..
tak ada dia nak kacau orang dah...
melainkan ada orang dok kaco dia..
Hafni suka dok hide hide kat situ...
port dia merajuk menangis pun kat situ jugak, hahaha...

Nak cat2, belum ada semangat dan bajet lagi..
cuma terfikir tahun ni, kalau sempat nak cuba buat langsir..
guna langsir rumah sewa lama..
rasanya cukup untuk ruang tamu je..
prepare untuk mood raya..
baju raya xyah jahit dah tahun ni, pakai baju kenduri kawen baru ni je, yeyeh...
tengok la jadi ke tak...
dah lama dah langsir tu terpasang 5 tahun..
tanpa bertukar, tanpa bercuci, acemmmmm



Kat rumah belum ada penapis air dan udara? Hubungi saya #0193330382 untuk order. Limited stock, tamat bulan Mac ni, termasuk free daftar RM265..

Monday, 12 March 2018

Mengisi hobi dengan baking seminggu sekali...

Assalamualaikum

Sejak balik dari cuti berpantang lepas..
ada something macam tak kena...

Setiap hari kita makan nasi sepanjang berpantangkan..
lama2 kot la rasa bosan makan nasi kan...

Kebetulan hari tu nampak kawan masak roti stim, cheesenya mencair meleleh. nampak menyelerakan..
terus wasap tanya guna cheese apa meleleh gitu..
dia cakap guna Beqa ke Bega ekk
confuse huruf q dia tu..
ramai yang sebut Bega kat pamplet pasaraya..
ingatkan Q, emmm


Maka bermula misi mencari cheese tu..
selalu senang je jumpa kat 2PLY tu..
tapi time nak, time tu la tak dak...
pi Giant, Tesco pun tak ada, pelik betul saya..
pastu mana entah, enSuami jumpa kat kedai baru buka...
2 minggu juga la, mencari cheese ni, adei...

So bila dah ada, dengan seronoknya dapat membaking...
lama dah teringin nak makan pizza..
ada cheese seharusnya buat pizza la kan...


Ini gambar Jumaat lepas..
kali kedua baking..
first time baking, semua doh buat pizza, ada kecil, ada besaq, tak da sos untuk Hafni...

Kali ni baking, misi nak buat bun kelapa..
sehari sebelum tu, dah buat inti kelapa..
saya guna kelapa kering yang buat biskut kek tu je..
banyak sangat lagi berbaki..
saya tak minat biskut ada kelapa
so try buat inti tengok, dah kempunan nak makan inti kelapa...
tapi tak best sangat, sebab tak lembab, asbab kelapa kering kot ekk..
dah tambah banyak2 air gula merah, cuma tak letak gula putih je..
nanti rajin, nak makeover sikit, takut nak letak gula banyak2, huhuhu...


Bun kelapa, buat 9 biji je muat satu loyang..
try dulu, risau kalau tak sedap...
sebab tengok inti, macam tak puas hati sangat, daun pandan pun tak letak masa masak inti tu, emm


Selalunya roti bun, kalau buat sendiri, yang laku cepat habis..
yang macam ni ha, yang ada sosej, ada sos, mayonis, cheese..
haa yang tu cepat habis...
yang bun kayu manis tu, saya lupa nak letak gula, sebelum gulung tu..
just letak planta, kismis dan serbuk kayu manis..
patut la rasa macam pelik je..
bila stat makan, baru sedaq, saya tabuq gula kat atas ja, dalam takda gula, tawaq hahaha...


Pizza tu sekali hadap, saya sorang, dah separuh hilang...
lain kali buat, boleh banyakkan pizza tu..
kali ni buat nipis2 ja..krup krap sangat pizza tu hahaha...

Untuk resepi bun roti ni, saya suka dengan resepi Donat Kentang dari Kak YatieMemories
saja memandai sendiri, menggunapakai resepi donat jadi roti..
sebab pernah tengok kat FB, ada sekali orang share dia buat pizza guna doh donat, so lembut elok la pizza base dia...
so saya pun try la dengan resepi ni... menjadi sesuai..
senang nanti bila dah hafal resepi, nak buat donat? roti? bun? pizza?
satu resepi ja setel semua menu di atas, ha bijak tak....

Setakat ni, belum jemu lagi dengan resepi ni, kekeke....
mari saya kongsikan di sini ya...

Bahan-Bahan
500G tepung gandum
200G kentang yang telah direbus dan dilenyek
4 SB susu tepung
1 biji telur ( dipukul sedikit)
200 ML air suam
3 SB marjerin/butter
3 SB gula
2 SK yis

Caranya
  1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. 
  2. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. 
  3. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan. 
  4. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda.
  5. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam. 
  6. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. 
  7. Bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnya, seperti bentuk donut.
  8. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda. 
  9. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. 
  10. Sedia untuk dihidangkan.

Versi Roti/Bun/Pizza by NabilaHasyim
  • Adunan ni saya pernah buat untuk bun kentang @ potato bun, pun sedap juga, cuma tawar sikit, boleh tambah gula lagi jadi 6 SB gula ATAU susu tepung tu guna susu pekat.
  • kalau untuk buat roti dan pizza, just tak letak kentang je..sukatan lain sama je, tak terjejas pun.
  • kalau buat roti sarang lebah, tak perlu gandakan gula, sebab sos butterscoth pun dah manis sangat dah.
  • dah bagitau tadi susu tepung, saya ganti susu pekat
  • air suam, saya ganti air sejuk, sebab guna mixer, saya tuang semua 200 ML.
  • marjerin, saya guna Planta, cairkan guna microwave, defrost, 2minit.
  • saya masuk campur semua bahan, mix dengan mixer, telur pun skip, tak pukul dulu..
  • mix selama 15 minit. Perap sejam. bentukkan nak buat roti/pizza, simpan dalam oven, sampai doh kembang, ikut saiz yang saya nak, seperti kembang sampai penuh loyang, atau bersentuhan antara satu sama lain, tak sampai sejam, berkuap kot dok dalam oven tu..
  • lepas tu baru keluarkan, panaskan oven 10-15minit, sambil2, sembur roti dengan air kosong atau yang dicampur sedikit dengan susu pekat/susu segar/telur yang dipanggil eggwash, kalau malas nak buat, air kosong saja pun boleh..
  • kalau oven kecil boleh guna 170-180C, 20minit. oven saya guna 160C, api atas kuat sangat, boleh hitam roti/pizza. masa sama 20 minit. ini bergantung dengan oven masing2, tuan empunya oven lebih kenal oven dia macam mana..
  • kalau ada bread softener, improver, nak letak pun boleh, 1 SK setiap satu.. tapi saya asyik lupa letak setakat ni.. huhu.. tak letak pun lembut je
  • tanpa pengawet, boleh tahan 3-4 hari..

So, selamat mencuba!








Kat rumah belum ada penapis air dan udara? Hubungi saya #0193330382 untuk order. Limited stock, tamat bulan Mac ni, termasuk free daftar RM265..

Daisypath Anniversary tickers