Search This Blog

Friday 1 July 2016

SUSUN ATUR : Persiapan nak balik raya..

Assalamualaikum...

Dah tak lama dah nak raya..
dah mula mengemas nak balik kampung?

Benda paling awal, saya siapkan baju...
punya la lama, nak siapkan baju raya tahun ni..
macam2 hal jadi..
kain tak cukup la..
beli kain nak buat shawl, warna tak masyuk la [enSuami yang komen]

Bila dah 100% lengkap, lega....
baru la rasa tenang nak menyambut raya, kekeke...
Bila dah siap, kena la basuh, ye tak..
Bila dah kering haa, mula la menggosok pulak...

Hari Rabu lepas kalau tak silap, saya menggosok baju2 ni..
Hari Khamis baru siap lengkap untuk 3 hari..


Siap2 susun untuk satu hari.
Satu hanger tu, untuk kami 3 beranak..
tapi baju je la..seluar enSuami, masuk beg je kot nanti..
Amek hanger yang tebal sikit, susun baju Hafni dulu, baju saya [jubah dress ke namanya], pastu baru baju enSuami..
Yang baru purple n hitam. Merah, baju raya tahun lepas.

Bawak 3 pasang, sebab raya ketiga ada kenduri..
Gosok sesiap dari rumah..
nak kedut ke, nak ronyok ke, tu belakang kira la..
yang penting dah gosok dah..
tak suka last minute buat kerja, nanti penat tak tertanggung...
kalau malam raya baru nak gosok, nanti nak kena berebut pulak, bila dah ramai2 balik ni kan...
kalau ada yang kedut2 yang tak boleh diselamatkan, pandai2 la gosok balik mana yang perlu..


Dah siap baju yang bergosok..
siapkan baju dalam beg pulak..
kebanyakannya pakaian waktu malam, atau pun salinan basahan...
kongsi je satu beg, 3 beranak, kekeke...
lampin Hafni letak beg kecik lain, yang sentiasa dibawa ke mana2 tu, senang nak amek kalau emergency nak kena tukar pampers..

Ada lagi tu, benda2 yang akan ditambah..
yang ni yang memang dah ready, tak mengganggu keperluan harian...
sebab tu letak sesiap...
nanti akhir2 waktu nak keluar rumah tu, baru tambah berus gigi, ubat gigi, deodoran, bedak ke, pencuci muka ke....
Seluar enSuami baru basuh hari ni...
esok kalau dah kering, gosok dulu kalau perlu, baru simpan masuk dalam beg...

Dah siap pakaian, siapkan perihal makanan pulak...
Makanan kering yang dah siap masak, dah ready masuk beg recycle Tesco tu.
Maruku kacang peas yang saya buat hari tu, simpan dalam tin biskut.
Pastu chocolate chips cookies/famous amos tu, dah terbuat awal hari tu...
kejan nak habiskan apa entah, saya buat sebelum puasa lagi...


Minggu lepas ada buat semperit gold..
buat satu adunan je...
lepas tu tobat tak buat dah..
acuan plastik yang dah kemek sikit tu, memang buat tepung terputus2..
ingat boleh guna nozzle dgn piping bag buat semperit, tak boleh rupanya, wuarghhhh..
buat satu adunan je untuk mertua...
untuk Mak sendiri, ganti dengan coklat cip tu je la, nasib baik teringat pasal cookies tu, kalau tak, mau tertinggal sebab tersorok di belakang bekas2 makanan di kabinet, hihihi...

Malam tadi pula, baru siap bersihkan oven..
Hari Rabu siang tu, saya ada taburkan soda dan cuka, untuk tanggalkan kerak yang melekat di dasar oven...
kesan dari bakar red velvet hari tu, guna loose pan, pastu tersentak plak loyang tu, masa nak adjust kedudukan 2 biji loyang tu, so ada tiris, menitis ke bawah...
tengah dah panas oven tu, mana nak boleh lap-lap kan..
pasrah je la, hangit di situ...


Kali ni baru nak cuci2...
1 lampu oven dah terbakar.. cuba nak keluarkan lampu tu, nak bawa ke kedai nak beli, tapi tak tahu nak buka macam mana, huhu..
entah boleh diganti ke tak, pun tak tahu...
gelap sikit la bila baking sebab dia lampu utama..
lampu yang tepi tu, tak nampak sangat kalau guna loyang tinggi, terlindung sikit..

Puas hati juga la, dapat tanggalkan kerak2 tu...
walaupun tak dapat licin 100%, tapi OK la..
ada sikit2 je yang tak tertanggal, nak kikis ganas2 kang, calar pulak..
OK la tu, xda la nak bau hangit2 masa baking nanti...


Memandangkan semalam buat kerja sambil disuluhi lampu suluh, baru saya perasan dengan kesan2 calar ni...
ada dalam 4-5 tempat kesan2 macam ni di kawasan dasar oven...
selama ni saya ingat ada kerak2 kesan dari baking, rupanya bila disuluh, baru tau finishing dia xrata kot..
dok terfikir gak, kot2 saya yang buat bagi calar..
tapi macam tak logik plak nak calar macam tu...
di bahagian dasar oven lak tu, hujung2, tepi2 gitu...
takkan la kena loyang kot..
mana ada letak loyang bawah sekali semasa baking kan...
So saya assumed, memang masa datang macam ni dah kot...
masa di kedai, mana nak nampak benda2 kecik2 macam ni...
selagi tak memberi kesan pada proses membakar, OK je..kan..


In sha Allah, esok dah boleh mula membakar..
saya cadang nak buat kek je..
Abang saya ada tanya tentang cheesecake leleh yang saya tempah dengan BFF saya thn lepas..
dok teringin pulak katanya...
dah tu, saya pun terfikir nak buat kek je la..
alang2 dah pandai kan, ahakss...
kebetulan BFF tu pun baru je bersalin, orang dalam pantang, takkan nak kaco kan...
harap2 menjadi la tu...
telur gred A pun dah beli.. line clear la nak buat kek..

Mak mertua pulak order 2 biji pai epal.
saya ingat nak buat 3 biji kek, kalau tak larat, 2 je..
masak pulut sikit.
itu je nak masak untuk bawak blk..

Kalau boleh hari ni, hari ni dah nak baking..
ni baru bermesej dgn junior tanya boleh bekukan kek tak..
mak nya [pemilik ZaiSara Cookies] kata boleh bekukan, nak defrost nanti biar pada suhu bilik je, tak perlu nak kukus ke bakar balik ke..
wow macam menarik je...
saya memang dok plan nak bekukan...
tapi acaner, freezer plak penuh...
aiyak...


Sebelum ni, bahagian conteng2 ni saya tulis barang2 apa nak beli yang dah habis..
baru2 ni terfikir nak tukarkan fungsi tempat conteng ni, dengan menulis stok apa ada dalam freezer ni..
ye la, kat bekas makanan tak ada label, so kadang2 2-3 kali jugak dok buka penutupnya nak tengok apa isinya..
amek bau sekejap, baru tau makanan apa gitu...


Sebab saya jenis sekali makan je, kalau tak habis, sayang la nak buang terus..
tu yang dok menyimpan je..
tapi suka cara ni, sebab bila malas, xsempat nak masak, boleh makan apa yang ada dengan senang.
just defrost dan panaskan aje...
gitu la senang bagi saya..

So bila dah tulis ni, senang sikit saya nak pantau..
bulan puasa ni, malas2 nak masak, tengok stok apa ada...
boleh je renew menu dari apa yang ada...
kekeke, bijak x...???


Sebelah pintu pun penuhsssssssss...
kalau ikut tips freezer 80% ke 90% je boleh isi freezer.
ini tak tau la dah berapa % ada dalam ni, ampun...

Bab mencuci mengemas, semalam dah clear ruang tamu bilik tidur.
dah bersihkan peti sejuk, kabinet dapur, dapur...
hari ni, enSuami mesin rumput di halaman, saya pula cuci telur sepapan..
kejap lagi nak cuci filter air plak, dah berkeladak teruk dah...
bilik air je belum cuci lagi, siang2 tak larat la nak gonyoh2 lantai, huhu...
KIV dulu, malas sangat balik raya nanti je la kita cuci, huheww...

Nak ucap selamat menyambut hari raya eidulfitri [sesiap]
kot2 ni last entri sebelum raya...
kalau ada pun, mungkin automatic scheduled [kalau rajin]..

Ehh, kami nak minta maaf kat semua tau..
kot2 ada buat salah apa2, terkasar bahasa sepanjang berblogging di alam maya ni..
apa yang saya tulis di sini, adalah pengalaman saya sendiri kebanyakannya...
tak ada niat nak mengguris perasaan mana2 pihak...
Kalau ada yang terjadi pada sesiapa, tidak lah dapat saya hindari melainkan memohon ampun dan maaf daripada kalian semua...

Selamat memandu, selamat balik kampung, selamat hari raya...
semoga sihat dan bahagia pada hari lebaran bersama keluarga masing2...Amin.
Babai...


#Kempen1Gram1Bulan1Keluarga
#NabilaHasyimKayaEmas
#SemuaTentangEmas
#0193330382

5 comments:

  1. tgll nk blk kg je lg kan..slmt hari raya kak..

    ReplyDelete
  2. kammi belum berkemas lagi untuk balik kg.. huhu

    ReplyDelete
  3. Last year buat semperit. sakit tangan2 duk tekan acuan..this year merajuk taknak buat kuih raya lagi..hehehe

    selamat hari raya untuk nabila sekeluarga..
    hati2 di jalan raya..
    take care dan jaga kesihatan..
    Maaf zahir batin ye...

    ReplyDelete
  4. bestnya nengok dah siap prepare semua. kita tak siap pape pun lagi awak.

    apa2pun,
    selamat hari raya untuk nabila sekeluarga
    maaf 0-0 yer..
    semoga selamat dalam perjalanan dan di mana berada

    ReplyDelete
  5. kemasnyerrr..hehehe..semangat yer sis... suka tgk tulisan tu..kemas dan cantik.. kalo kite punye tulisan, mmg susah org nak baca..hahaha

    btw,

    SELAMAT HARI RAYA SIS & FAMILY..!!


    muachhsss!!! :-*

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers