Search This Blog

Saturday, 20 December 2014

DAPUR : Kabinet tinggi untuk penyimpanan makanan/bahan kering [bahagian atas]


Assalamualaikum...

Macam dah lama menyepi dari menulis.
Tak ada projek terkini yang siap.

Banyak yang tertangguh, tergendala.
Siap separuh jalan kekdahnya..
Jadi tak ada cerita nak kongsi kat blog.

2 minggu lepas, banyak habis masa di dapur.
Kami berkampung di rumah mertua sementara mertua jalan-jalan di Indon.

Cuti sekolah ni pun, ambil peluang balik kampung di Kedah.
Alhamdulillah, malam tadi dah selamat sampai di sini.

Rasa macam nak update blog.
Jadi godek2 fail gambar dalam laptop.
Mencari isu yang hendak dikongsi.
Rupanya ada juga cerita pasal kabinet dapur yang belum dikongsikan.

Kalau tak silap saya, kerja DIY ni dah lama siap.
Tu la, nak tunggu lengkap semua, baru nak buat entri, memang terperap berbulan2 la jawabnya, huhuhu.


Masa dalam entri pemasangan kabinet lepas, saya ada sebut yang saya ada minta Andy (staf Everskill) untuk potong kepingan shelf kabinet tinggi kepada beberapa keping.
Pada mulanya shelf dipasang seperti dalam gambar ni...


Lama juga la saya bertahan dengan hanya dua shelf berbentuk L ni.
Masa ni, saya ingat nak letak bekas tepung gandum dan pelbagai botol perasa dan pewarna di tingkat atas sekali.
Yang bahagian bawah baru nak susun bekas2 bahan kering secara bertindan2.
Disebabkan tak ada shelf yang mencukupi.


Sampailah satu masa, saya terus bertekad untuk tukar kedudukan shelf tu.
Sebab tak nak bazirkan ruang yang ada.
Saya tanggalkan semua shelf tu, dan pasang semula dengan ukuran bekas bahan kering saya.

Kalau pernah baca entri lama dulu, mesti tau kan bekas2 bahan kering saya, bulat2 colourful jenama Elianware..
Yang macam ni....

Yang pink untuk tepung2.

Yang hijau untuk pelbagai

Yang biru untuk western.

Ni la keadaan dapur, semasa kerja pertukangan.
Saya buat sendiri, enSuami tak ada.
Terpaksa tarik meja makan untuk panjat, kalau guna kerusi, ketinggian masih tidak mencukupi.


Semua barang2 longgok atas meja.
Masa ni dah siap 80%, saya berhenti sekejap untuk berfikir.
Masa ni, ada 3 shelf sahaja yang boleh digunakan.
Tapi masih tak cukup untuk nak susun bekas bulat tu yang bilangannya lebih dari 20...


Jadi, saya bercadang nak ambil satu lagi shelf dari rak buku resepi, huhuhu..
Fikir banyak kali jugak ni, nak cabut ke tak..
Almaklumlah, kalau cabut nanti, sudah tentu ada kesan lubang.
Bila susun2 semula buku resepi tu, 2 shelf dah cukup.
Jadi pejam mata la, cabut yang satu lagi.

Terus je siapkan yang dalam kabinet ni....
Dapat la 4 shelf yang sama dan lengkap.
Tapi memang tak cukup juga, huhu...
Walaupun begitu, OK la, sebab dah kurangkan susunan secara bertindan.
Jadi tak perlu banyak kerja bila nak amek sesuatu bahan.
Just amek je terus, tak perlu nak alih2kan yang lain.


Tadaa, dah siap 4 tingkat.
Mesti pelik kan tengok macam ni.
Saya terpaksa survive begini.
Tall unit ni, hanya bersaiz 1kaki lebar, dengan kedalaman 2kaki.
Kalau guna shelf biasa, dah tentu kena double2 ke belakang.
Kalau susun macam tu, lagi bertambah rumit bila nak amek barang.
Itu yang keluar idea macam ni...

Masa tu ada juga minta pada Kenny pull-out basket.
Tapi dia kata, paling kecil pun 1 1/2 kaki.
Kabinet ni 1 kaki je, memang tak dapat la...

Setakat ni, OK je guna macam ni.
Cuma kalau nak amek bekas yang 2 shelf atas sekali tu, kena tarik kerusi la, huhu.
Tengoklah, kalau akan datang, ada idea yang boombastic n bajet, boleh la tukar yang lebih efisyen ke..

Setakat ni, sekadar yang kami mampu je la..
Saya guna apa yang ada depan mata je...
Tak berkuasa nak minta apa2 yang pelik2.
Nanti enSuami bikin pusing, huhu....


Tingkat bawah sekali bercampur aduk warnanya..
Rasa menyesal lak beli colourful macam ni, huahua..
Tapi memang masa kat kedai tu, setiap kaler tak banyak bilangannya.
Boleh dikatakan memang licin rak kedai tu, bila saya angkut nak beli, hahahaha....
Yang paling kerap guna, saya letak kat bahagian bawah supaya senang nak capai, tak perlu nak tarik kerusi bila nak amek barang.


Ini yang bahagian bawah sekali.
Ada bekas tepung gandum dalam penutup hijau yang ada senduk kuning tu.
Bekas planta, tin serbuk koko, dan bawahnya ada lagi dua bekas penutup hijau macam bekas tepung gandum tu.
Bahan2 ni akan habis, dan saya harap akan ada satu solusi baru untuk kurangkan bekas2 di bahagian bawah ni.
Bak kata omputih, less is more...lah kan...


Kalau perasan dalam gambar sebelum2 ni, ada nampak senduk2 tu, ya betul.
Saya ada gantung senduk2 dan peralatan yang jarang diguna, dalam kabinet ni.
Kebanyakan bahan dari besi2.
Yang kerap guna di bahagian depan.
Sudip n senduk besi dah jarang guna, sebab sepenuhnya guna kuali non-stick dan seramik.
Jadi kayu n plastik je boleh guna.
Mana nak letak pun xtau, terfikir solusi macam ni, gantung kat sini je la.
Yang kat laci, hanya yang digunakan setiap hari saja.
Jadi kurang sikit sesak di dalam laci.

View keseluruhan yang terbaru, tak ada.
Tadi saya cakap, less is more.
Tapi sebenarnya bekas macam planta tu dah bertambah, hahaha.
Ada 2 bekas planta, ada 2 bekas Daisy.
Kebetulan, saiznya sama dengan saiz bekas Elianware tu.
Jadi saya dah plan untuk guna bekas2 tu semula untuk isi makanan kering.
Nanti kita kasi balut comel2...
Jimat sikit, tak perlu beli bekas baru, hehehe.

Jadi, inilah pandangan keseluruhan kabinet atas ni.


10 comments:

  1. Tahniah! dah macam "kotak rahsia" je.. luar nampak biasa, bila buka, macam2 ada... kadang2 faktor saiz yang terhad menyebabkan kita kena memikirkan sesuatu kreativiti sebegini... Cuma nak tanya sikit. tag nama pada bekas 2 tue buat macaman ye..? TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya buat guna power point n print by mWord.

      Klu nak soft copy, boleh tinggalkn emel.
      Baru2 ni ada jg share dgn pembaca yg emel pd saya utk label tersebut.

      Delete
    2. untunglah..ada kabinet..hehehe..
      nak tanya rak kayu 4 keping tu nabila paku sendiri ke atau guna gam..

      Delete
    3. Su, Nabilah guna skru n sesiku L yg saiz panjang 2 inci.
      Sbb dia papan yg tebal, so mmg kukuh utk tertegak mcm tu.
      Sesiku tu Nabilah pasang sebelah atas, jd terlindung dgn bekas. Nampak lebih kemas lah kan, hehe..

      Delete
    4. Saya buat guna power point n print by mWord.Klu nak soft copy, boleh tinggalkn emel. Baru2 ni ada jg share dgn pembaca yg emel pd saya utk label tersebut.
      Pn. Nabila: Minta tolong emelkan ye. tq emel saya: luahanblog@gmail.com

      Delete
  2. klau saya buat gini, harus asyik jatuh je bekas2 tu.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. La, awat nk jatuh plak kak yah?
      Tmpt ni tinggi, so xda sape nk kaco, huhu

      Delete
  3. wah..pandai jugak awk bertukang yea nabilah..
    sy bab2 tu x pandai sikit..hehehe
    kan best kalau sy pandai tukang jugak..mcm2 sy nk buat..hehehe
    gud job..

    ReplyDelete
  4. walaupun ruang sempit tapi cantik susunannya.. saya suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. emm gitu la, kena pandai2 sendiri la adjust, huhu

      Delete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers