Search This Blog

Friday 26 September 2014

TIPS : Penyediaan sarapan 15 minit........

Assalamualaikum...
Kebetulan je ni.
Sarapan pagi tadi.
Tipsnya mudah saja.
Mungkin orang lain dah buat jugak..
Saya kongsi saja.
Mana la tau, kot2 ada manfaat untuk sape yang belum terfikir ke, cewah....
Pagi tadi nak sarapan burger.
Semalam dapat shopping kat Tesco, enSuami beria-ia nak daging burger Marina...
Yang baru ni kan saiz petak, muat-muat roti kita....
Burger Marina dalam peti sejuk beku...
Packaging dia pun OK, memang sesuai untuk berdiri macam tu.
Selalunya, untuk makanan frozen macam ni, memang saya letak di rak pintu.
Senang nak nampak stok apa yang ada, apa yang dah nak habis.
Untuk kentang goreng, dan nugget, saya letak dalam tipurware je.
OK, untuk sarapan 15 minit.
Saya suka sapu mentega/marjerin kat roti.
Sekarang kat rumah, guna Planta.
Dulu selalu beli yang Pelangi tu.
Saya transfer masuk tupperware IKEA yang hijau tu, tapi selalu ada kulat2 hitam tu.
Dah sediakan sudu khas dalam bekas tu pun, masih berkulat juga.
Sekarang beli Planta, tahan sikit.
Sekurang-kurangnya, kalau saya nak buat biskut ke kek ke, nak tumis nasi ke...
Rasanya OK sikit daripada rasa marjerin Pelangi atau Puteri.
Rasanya setanding butter omputih tu, heee....
Jadi, dah siap sapu Planta, boleh terus goreng.
Eh kalau tanpa minyak, istilah apa ye, panggang ke salai ke?
Boleh la, just letak je kat kuali panas...
Dah garing2 sikit, boleh angkat.
Dah siap goreng, boleh letak kat pinggan.
Kemudian boleh goreng daging pulak.
Cantik terletak elok je, cutting daging ni.
Kalau jenis bulat tu, lebih sikit.
Tapi bila dah kena panas, yang bulat tu akan mengecut sikit.
Jadi akan muat2 juga kuali ni.
Dulu2, saya xtau goreng daging ni tanpa minyak pun boleh.
Tapi xtau la kalau sebab guna non-stick pan.
Tapi pan ni cap Econsave je, bukan Tefal pun, hehe.
Tapi tetap berkualiti.
Nanti nak beli cap ni je, kalau dah rosak..
Sambil2 daging masak dalam kuali.
Saya pula sibukkan dengan sayur2.
Saya letak kobis. Kobis tu perlu koyak sekeping je, pastu buang empulur yang keras kat tengah tu. Letak atas roti.
Lepas tu, saya parut carrot plak.
Lepas tu, hiris tomato plak.
Sebelum ni, saya selalu sediakan sayur ni, selepas selesai masak.
Pastu sedia banyak2 dalam pinggan.
Ikut siapa nak makan baru amek bubuh sendiri.
Tapi Mak mertua saya dia hidang siap2, buat macam ni kat roti.
Kelebihan cara ni, jimat tenaga. Kita hanya sediakan sayur tu ikut keperluan.
Pastu jimat masa, sebab dah siap2 ada terhidang, orang boleh amek terus makan je.
Tak membazir. Selalu kalau sedia asing, mesti ada lebih2, yang tak habis.
Bila ada yang tak habis ni, yang malas ni...
Nak simpan la, nak kena fikir nak masak apa plak guna sayur2 yang lebih tu.
Kalau habis licin kan senang, boleh basuh terus pinggan dan tak perlu nak fikir2 apa lagi.
Bila daging dah masak, boleh terus letak daging atas sayur2 tadi.
At least, kepanasan daging tu boleh juga untuk layurkan sayur tadi.
Nak yummy2 lagi, boleh tambah kepingan keju pula.
Ikut selera masing2.

Lepas itu, boleh letak sos pula.
Kali ni sebab dah letak keju, saya tak letak dah mayonis sebab dah ada masin2 dari keju.

Dah siap sarapan 15 minit.
Suka masak dengan jimat masa.
Sebolehnya nak jimat masa.
Rasa macam ala2 chef gitu, kalau dapat masak dengan pro, huhu....

Sangat terinspirasi dengan chef2 omputih tu.
Suka tengok Jamie's 15 minutes dengan chef yang suka tulis resepi guna kapur kat papan hitam tu [tak ingat plak nama dia]
Diorang masak sangat santai.
Campak2 je, resepi pun mudah2 je...
Tak cerewet sangat nak masak.. 

Bila tengok diorang masak, mula la saya nak terliur.
Pastu nak masak macam tu jugak.
Hehe, tetiba nak jadi tekak omputih.

Tapi beza tau, antara chef omputih dan chef kat Malaysia [senang cakap, sebut nama kang, kena ambush plak, hiheww]
Beza sangat.
Cuba perhati tengok, antara kedua2 rancangan masakan yang ada kat TV.
Saya dah tau, apa bezanya, hehehe........


Kesimpulan untuk resepi kali ni, daging burger Marina, setanding rasa dengan daging burger Ayamas.
Masa goreng, tak keluar minyak macam daging burger Ramly.
Keluar sikitttt je.
OK la, senang nak cuci kuali.
Tak ada la minyak beku kat kuali kan.
Lemak tepu tu kot ekkk.......


3 comments:

  1. look sooooo yummmmyyyyy...:)

    ReplyDelete
  2. even simple tapi seyes terliur...

    ReplyDelete
  3. Idea yang sesuai ni. Kita sibuk je pagi2 sebab tu jarang nak masak sarapan pagi..kalau.mcm ni mudah kan

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers