Search This Blog

Friday, 26 December 2014

Dino Trek Alor Setar, Kedah


Assalamualaikum..
Kali kedua kami keluar berjalan...

Masa tu keluar sebab nak renew lesen kereta dari P ke Kompeten.
Kalut la tanya kawan, kat mana JPJ kat alostaq ni.
Almaklumlah nama ja orang Kedah, tapi apa pun xtau...


Kalau tanya nama jalan pun xtau...
Saya cuma cam bangunan2 je...
Ikut suasana zaman saya sek men je..
Kalau keluar pekan alostaq, naik bas.
turun kat pekan rabu.


Dari situ la, berjalan kaki, nak ke mana2 pun.
Kalau naik kereta, terus xtau nak parking mana...
Ingat balik ni boleh la makan dan minum Jagung shake lagi.
Sekali Pekan rabu, renovate daaa..
Terus jam, xtau nak pi mana..
Diorang pindah ke Ukir Mall, ukir mall pun saya xtau tang mana.

Bila pi pejabat JPJ kt Suka Menanti selesa sangat, sebab tempat besaq, banyak parking, bangunan baru la katakan.
Nasib baik tak jadi pi UTC.
Berbaloi2 mai sini.
Amek no giliran, tak dan nak duduk, nombor dah kena keloi, hahaha...

enSuami pun tumpang renew sekali, sebab sekarang kan, lesen baru macam IC tu.
Saya kelas D je, enSuami B2 n D, bayar sama juga RM30.
Lepas dah setle ni, lapaq plak.
Lepas pekan rabu tak ada, kitorang pusing2 kat area stadium cari kedai makan.

Kebetulan lalu plak kat Kesinai Riverside.
Teringat dulu adik ada habaq, western food kat situ sedap.
Tapi tenghari, mana la nak ada western food.
Makan nasi je la...
enSuami puji habis ikan bakaq dia, mabelesss katanya...
Ni baru ikan bakaq namanya...
Sebab memang guna arang betul..
Selalu jumpa, diorang masak atas kuali leper macam masak daging burger tu kan...
Haaa, hat ni baru kawww...
enSuami amek ikan keli, saya amek ikan kembung je....

Gambaq signboard xdan nak amek.
Yang saya klik kat kedai tu, meja n kerusinya, dibuat dari papan pallet kitar...


Sangat klasik gitu.
Gaya ala2 kampung, bersantai atas pelantaq ditiup angin, hahaha......

Asbab dari merayau2 kat pekan alostaq, enSuami nampak banner ni kat Balai Seni depan masjid Zahir.


enSuami pun beria-ia la nak pi.
Boleh tunjuk2 kat hafni.
Hafni skg dah pandai bunyi2 binatang.
Sesuai la sangat nak tunjuk kat dia....


Nak pi Petrosains kt KL macam tak mungkin je..
Alang2 ada kat Kedah, boleh la masyuk....


Siapa yang belum berkesempatan pi, masih ada masa lagi.
Show ni sampai bulan Mei 2015.
Lambat lagi nak habis.


Masuk, ada tiket bayaran.
Dewasa RM10.
Kami masuk bayar RM20, Hafni tak kira.
Ni UmiAbi nak tengok ke, Hafni yang nak tengok nih???


Abi punya la bersemangat nak tunjuk dinosour kat Hafni, Hafni buat dekkk jer...
Hahaha, tak takut pun dia...
Hafni main2 benda lain je....


Siap goyang2kan pagar dino lagi.
Entah apa2 la yang dia fikir tu..
Dino tu jerit, dia jerit balik kat dino tu, kahkah....


Acah2 nak buang dia kat dino pun dia tak jerit....


Hafni lagi syokk main bangku2 ni...

Sedap duduk2 kat sini ye...
Nak Abi belikan ke???
Comel sangat kot dia tengok, hehehe....


Lepas tu, ada slot Dino Dance...
kena menari dengan Chicken Dance dengan Dino...
habis lagu, dapat amek gambaq 5 keping dengan dino...
xdan nak sedia buat apa2 gaya, 5 saat dah klik, dah klik....






Jadi haru-biru la gambaq dia, hahahaha........


Last sekali sebelum pintu keluar, ada sesi cari gali, mengesan fosil dino.
Jadi arkeologist ke namanya???
yang nampak macam pasir/tanah tu, materialnya macam getah pemadam je, jadi takda la bahaya.
Letak Hafni dalam ni, terus tak nak keluar...
siap dok pegang kemas, penyodok2 yang disediakan dalam tu.
Ingat Hafni punyer ke..
Huahuahua, malu UmiAbi, bila nak tarik juga keluar, Hafni menjerit dan menangis...
Tak puas lagi main ke, atau memang tak mau keluar nih?

Larat dah kot, Umi nak balikkk daa Hafni...



Gambar last ni, untuk simpanan saya.
macam best je aktiviti macam ni.
Dino-doh...
Boleh masuk dalam senarai untuk homeschooling Hafni nanti.
Bila la Umi nak stat ni, heyyyyyyyyyy...


Wednesday, 24 December 2014

Pesta Pulau Pinang bersama keluarga Abang


Assalamualaikum...

Balik cuti di Kedah, sempat juga ke kenduri kawen kawan baik semasa di Matrik Kulim.
Dia belajar jauh dan lama, lambat la sikit kawen.
Lagipun orangnya jenis tawadduk, tunduk je ni, pemalu sangat, hahaha....


Sekarang Alhamdulillah.
Tengah HO kat Hospital Sungai Petani, ada kawan2 tolong kenalkan.
Berkenalan bulan Februari, hujung tahun ni, terus nikah.
Senang kan, kalau semua kerana Allah.
Rezeki, jodoh, ajal, siapa boleh jangka.


Hafni berbaju kurung hari raya lepas, yang nenek jahit.
Dari Baling, kami terus ke Bertam.
Ke rumah abang no.2 di Bertam Perdana.

Plan malam tu nak ke Pesta Pulau Pinang.
Macam tak pi lagi seumur hidup ini.
Kecik2 dulu xtau la kalau ayah mak ada bawak.
Setakat ingatan yang ada, macam belum pernah lagi.


Saya jangka ada apa la kat pesta ni..
Tiap2 tahun orang meriah sana sini nak pi pesta, nak pi pesta....
Rupanya macam ni ka....


Kat depan pintu masuk lagi, Hafni sudah tidak dapat dikawal.
Seronok tengok ramai orang kot...


Masuk2 je, masuk ke kawasan lampu2 dulu.
agak2 mcm I-City Shah Alam, n sikit macam kat dataran Balai Seni depan Masjid Zahir tu...


Abang no.2 ni, dah ada 3 orang anak.
Ketiga2 hero.
Nampak gaya, kakak ipar kena beranak lagi....


Depa sangat jeles, bila tengok Hafni sangat behave kat rumah.
Especially time makan...
Hafni makan sungguh dengan tertib lagi.
Licin pinggan dia, makan roti canai n nasi tengahari hari Ahad esoknya...


Kat rumah Abang, ada baby chair putih tu..
Seronok la Hafni duduk, ada kerusi sendiri.
Sebab tu la nampak dia behave, walhal... hanya UmiAbi je tau, huhuhu....
Cantik tak kabinet dapur dia, material fomica.
Kali pertama jumpa fomica yang berkilau dan licin.
Abang design sendiri.
Table top, solid surface.
Kaunter pulau dia, ada dapur. Hood di tengah2 tergantung sorang...
Nampak curlass gitu....
Yang ni pun bahagian extend. Ruang dapur asal dah jadi stor rumah.

Baru nak belajar berselfie, huhuhu....







Kami tak naik apa2 pun, just tengok je...
Baru saya tau, macam ni ka pesta...
In shaa Allah tahun depan tak teringin dah nak pi, hahahaha....
[bukan selera saya, huhuhu]

Last ni, aksi2 hafni di pagi Ahad.
Tengok gaya dia, nak sesuaikan diri nak main dengan sepupu2 lelaki.


kejap lari sorang2...
kadang2 boleh join..
Kadang2 kena lari, hahahaa...
orang laki main kan ganas2 sket...


Abang Iman ni kuat sangat mengusik..
Siap amek pancing Ayah dia lagi main.
Nak bedal Hafni, dengan saya2 sekali kena bedal dengan pancing tu...

terpaksa repot kat kakak ipar, kerana membahayakan orang sekeliling je, Iman ni...
yang Izzue tu banyak main sorang2...
Ikmal, baru boleh meniarap, kecik lagi...





Monday, 22 December 2014

Pecah berderai, huhu.. kurang satu bekas


Tengah sibuk dok memasak, anak pun sibuk dengan mengemasnya...

Saya ada buka laci untuk ambil rempah, tangan dia pun nak mencapai bekas2 rempah yang ada.


Saya pun tak ingat lagi dengan situasi semasa berlaku.
Yang pasti, satu bekas asam keping dah pecahhhh...

Menjerit Umi masa tu, huahuahuaaaa....
Habis daa satu bekas..
Dah la lama dah saya tak membeli serbuk pati ayam ni...

Sebab rasa dah cukup apa yang ada..
macam dah nak sesak plak laci tu...
Guna yang recycle je senang, jimat sikit.
Kalau pecah macam ni pun, fuhhhh sabar lagi...

Emmm, Hafni Hafni.....

Saturday, 20 December 2014

DAPUR : Kabinet tinggi untuk penyimpanan makanan/bahan kering [bahagian atas]


Assalamualaikum...

Macam dah lama menyepi dari menulis.
Tak ada projek terkini yang siap.

Banyak yang tertangguh, tergendala.
Siap separuh jalan kekdahnya..
Jadi tak ada cerita nak kongsi kat blog.

2 minggu lepas, banyak habis masa di dapur.
Kami berkampung di rumah mertua sementara mertua jalan-jalan di Indon.

Cuti sekolah ni pun, ambil peluang balik kampung di Kedah.
Alhamdulillah, malam tadi dah selamat sampai di sini.

Rasa macam nak update blog.
Jadi godek2 fail gambar dalam laptop.
Mencari isu yang hendak dikongsi.
Rupanya ada juga cerita pasal kabinet dapur yang belum dikongsikan.

Kalau tak silap saya, kerja DIY ni dah lama siap.
Tu la, nak tunggu lengkap semua, baru nak buat entri, memang terperap berbulan2 la jawabnya, huhuhu.


Masa dalam entri pemasangan kabinet lepas, saya ada sebut yang saya ada minta Andy (staf Everskill) untuk potong kepingan shelf kabinet tinggi kepada beberapa keping.
Pada mulanya shelf dipasang seperti dalam gambar ni...


Lama juga la saya bertahan dengan hanya dua shelf berbentuk L ni.
Masa ni, saya ingat nak letak bekas tepung gandum dan pelbagai botol perasa dan pewarna di tingkat atas sekali.
Yang bahagian bawah baru nak susun bekas2 bahan kering secara bertindan2.
Disebabkan tak ada shelf yang mencukupi.


Sampailah satu masa, saya terus bertekad untuk tukar kedudukan shelf tu.
Sebab tak nak bazirkan ruang yang ada.
Saya tanggalkan semua shelf tu, dan pasang semula dengan ukuran bekas bahan kering saya.

Kalau pernah baca entri lama dulu, mesti tau kan bekas2 bahan kering saya, bulat2 colourful jenama Elianware..
Yang macam ni....

Yang pink untuk tepung2.

Yang hijau untuk pelbagai

Yang biru untuk western.

Ni la keadaan dapur, semasa kerja pertukangan.
Saya buat sendiri, enSuami tak ada.
Terpaksa tarik meja makan untuk panjat, kalau guna kerusi, ketinggian masih tidak mencukupi.


Semua barang2 longgok atas meja.
Masa ni dah siap 80%, saya berhenti sekejap untuk berfikir.
Masa ni, ada 3 shelf sahaja yang boleh digunakan.
Tapi masih tak cukup untuk nak susun bekas bulat tu yang bilangannya lebih dari 20...


Jadi, saya bercadang nak ambil satu lagi shelf dari rak buku resepi, huhuhu..
Fikir banyak kali jugak ni, nak cabut ke tak..
Almaklumlah, kalau cabut nanti, sudah tentu ada kesan lubang.
Bila susun2 semula buku resepi tu, 2 shelf dah cukup.
Jadi pejam mata la, cabut yang satu lagi.

Terus je siapkan yang dalam kabinet ni....
Dapat la 4 shelf yang sama dan lengkap.
Tapi memang tak cukup juga, huhu...
Walaupun begitu, OK la, sebab dah kurangkan susunan secara bertindan.
Jadi tak perlu banyak kerja bila nak amek sesuatu bahan.
Just amek je terus, tak perlu nak alih2kan yang lain.


Tadaa, dah siap 4 tingkat.
Mesti pelik kan tengok macam ni.
Saya terpaksa survive begini.
Tall unit ni, hanya bersaiz 1kaki lebar, dengan kedalaman 2kaki.
Kalau guna shelf biasa, dah tentu kena double2 ke belakang.
Kalau susun macam tu, lagi bertambah rumit bila nak amek barang.
Itu yang keluar idea macam ni...

Masa tu ada juga minta pada Kenny pull-out basket.
Tapi dia kata, paling kecil pun 1 1/2 kaki.
Kabinet ni 1 kaki je, memang tak dapat la...

Setakat ni, OK je guna macam ni.
Cuma kalau nak amek bekas yang 2 shelf atas sekali tu, kena tarik kerusi la, huhu.
Tengoklah, kalau akan datang, ada idea yang boombastic n bajet, boleh la tukar yang lebih efisyen ke..

Setakat ni, sekadar yang kami mampu je la..
Saya guna apa yang ada depan mata je...
Tak berkuasa nak minta apa2 yang pelik2.
Nanti enSuami bikin pusing, huhu....


Tingkat bawah sekali bercampur aduk warnanya..
Rasa menyesal lak beli colourful macam ni, huahua..
Tapi memang masa kat kedai tu, setiap kaler tak banyak bilangannya.
Boleh dikatakan memang licin rak kedai tu, bila saya angkut nak beli, hahahaha....
Yang paling kerap guna, saya letak kat bahagian bawah supaya senang nak capai, tak perlu nak tarik kerusi bila nak amek barang.


Ini yang bahagian bawah sekali.
Ada bekas tepung gandum dalam penutup hijau yang ada senduk kuning tu.
Bekas planta, tin serbuk koko, dan bawahnya ada lagi dua bekas penutup hijau macam bekas tepung gandum tu.
Bahan2 ni akan habis, dan saya harap akan ada satu solusi baru untuk kurangkan bekas2 di bahagian bawah ni.
Bak kata omputih, less is more...lah kan...


Kalau perasan dalam gambar sebelum2 ni, ada nampak senduk2 tu, ya betul.
Saya ada gantung senduk2 dan peralatan yang jarang diguna, dalam kabinet ni.
Kebanyakan bahan dari besi2.
Yang kerap guna di bahagian depan.
Sudip n senduk besi dah jarang guna, sebab sepenuhnya guna kuali non-stick dan seramik.
Jadi kayu n plastik je boleh guna.
Mana nak letak pun xtau, terfikir solusi macam ni, gantung kat sini je la.
Yang kat laci, hanya yang digunakan setiap hari saja.
Jadi kurang sikit sesak di dalam laci.

View keseluruhan yang terbaru, tak ada.
Tadi saya cakap, less is more.
Tapi sebenarnya bekas macam planta tu dah bertambah, hahaha.
Ada 2 bekas planta, ada 2 bekas Daisy.
Kebetulan, saiznya sama dengan saiz bekas Elianware tu.
Jadi saya dah plan untuk guna bekas2 tu semula untuk isi makanan kering.
Nanti kita kasi balut comel2...
Jimat sikit, tak perlu beli bekas baru, hehehe.

Jadi, inilah pandangan keseluruhan kabinet atas ni.


Daisypath Anniversary tickers