Monday, 4 November 2013

Hafni jalan-jalan : Karnival Pertanian, IADA Kuala Selangor

Assalamualaikum..
Wekend semalam, ada karnival kat Kuala Selangor.
Sape ada singgah?
Tempat ni dekat la sangat dengan rumah kami...
Hari jumaat malam tu enSuami bgtau ada karnival kt IADA
tempat kawan saya keja..
Karnival ala2 MAHA katanya...
enSuami ajak pi tengok pagi Sabtu, kami otw nak balik Sekinchan.
dah alang2 kat umh, haruslah singgah tengok.
malam tu beria sakan bunyi bunga api, pung pung pung meletop.
waktu perasmian la kot.
saya dok tertanya2, ada ka rumput karpet?
Sayang nak beli ka kalau ada?
boleh janji ka nak beli masa tu...
selalu time macam ni la mahai...
Pagi sabtu bersiap2, kuar dalam 10 lebih...
masuk ikut pintu belakang ler, dah depan sesak bebenau...
Dah jalan2 sampai ke tengah, enSuami la dok sebut rabbit, rabbit...
saya dok terpinga2 lagi cari.
tajam betoi mata dia...
baru saya paham, kat tengah2 tu tempat berbumbung, kandang rabbit rupanya..
kami pun mendekati...
boleh la tengok rabbit.
boleh bagi makan la...
tapi xsyok la, Hafni kecik lagi.
xreti nak bagi makan kat rabbit lagi...
Jadi kami tengok je la...
Syok tengok dia mengunyah
nyum nyum nyum mulut dia...
saya dok klik gambaq jauh, tak perasan kat depan kaki saya ada 3 ekoq dok diam2 kat sini.

ni kes dah kenyang dah ka?
berterabuq carrot depan mata, tak terliuq pun depa ni..
konpem dah kenyang ni...
Syoknya tengok ada banyakkkk rabbit....
Try amek gambaq Hafni.
hafni tu dah xtau tengok tang mana...
dok panggil2 pun xkalih2...
Aiyyya...
Hat ni paling tak tahan tengok.
ingat kucing ja ada bulu kembang2...
rabbit pun ada yang kembang dooo...
baka jenis apa pun xtau laaa...
hat paling hujung sekali belah kanan atas, punya la besaq, sampai mulut dia boleh sembunyi dalam kulit leher dia...
ha ada paham ka?
Besaq2 ni, kuat makan ni...enSuami saya komen
apa daa enSuami saya ni....
comel pa, eeee gerammmm...
Balik umah tu, bila dok tengok2 gambaq balik, rasa teringin nak bela rabbit plak.
cakap kat enSuami, jom bela arnab! ngeee
ooi jenuh la nak beli carrot... mahai tu..
carrot apa nya, bg makan kangkung la, nant tanam kangkung kat belakang umah, xyah susah2 nak beli...
mana rabbit makan kangkung...
aik, rasanya jiran kampung dulu bagi makan kangkung kat arnab dia.
[ka saya salah sayur lain, kangkung la kan, arnab makan???]
Tapi enSuami kata, isk xboleh la, kesiannnnnnn
Kesian?
Kesian la, dia tak bebas, isk kesian kesian [sambil geleng2 kepala]
amboi, bila kucing tak kesian ka?
kucing boleh jalan jauh2 reti balik rumah semula.
tapi rabbit tak boleh lepas, kalau tak hilang...
ermmmmmmmm, [tak puas ahti] ngeee....
Tanam pokok je la kot.
Ulam2, sayur-sayuran.
Cili burung kaler purple camni ka...
Cantik pun cantik..
Nak makan pun boleh....
[err, arnab pun boleh makan pe kan...]
Jom nak balik dah...
Hari semakin panas.
kesian kat hafni tak bertopi.
sebelum dia menyanyi kuat2, elok la masuk keta cepat2...
lagipun, saya ingat kami nak jumpa pokok2 yang best2.
tapi banyak industri makanan IKS je...
kat mana2 karnival pun, mesti makanan banyak kan...
kami sempat la beli tempe bersira.
air jus, ingat jus biasa rupanya ada seaweed, patut la rasa lain macam ja...
Mak mertua lak beli pokok durian musang king tu haaa..
nak balik tanam kat rumah, sekali dengan pokok kedondong...
Durian oh durian...
lama lagi ni nak merasa...
sekarang rambutan sudah lebat berbuah.
tunggu masak nak merah..
boleh la kenduri rambutan bulan ni, ehhhheeee

1 comment:

  1. Wah dekat je kite ye, saya dok sg besar

    Seronok ank2 dapat pegang arnab ;)

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)