Search This Blog

Friday 11 October 2013

Perancangan keluarga, papsmear, MGTT, dah meleret la saya cerita...

Assalamualaikum...

tak syoknya tak dapat update blog..
sebenarnya nak bercerita..
tak sempat2 nak taip..

xtau apa nak share, bleh?
Heeeee

nk mbebel mende ni...

anak saya dah cukup sebulan...
pergi klinik, dan kena cucuk, hepatitis B dos ke2.
walaupun ramai sahabat terdekat menolak vaksin...
tapi segolongan kami, masih mengikut prosedur.
setiap ibu, mahu berikan yang terbaik untuk anak-anaknya...

saya xtahu nak kata camna...
kalau dibaca2, memang rasa nak unvaccine jugak...
boleh terpengaruh oooo
tapi enSuami tak izinkan...
dia suh ikut macam biasa ja...
alasan, kita pun kena cucuk jgk dlu...
xjadi apa2 pun... (alhamdulillah)

Setakat dua hari ni, anak saya tak ada kesan negatif dari dos yang diterima, Alhamdulillah.
Harapnya kami boleh teruskan seperti biasa tanpa menyanggah pendapat.
walaupun saya ni tidak menyokong penuh perubatan kimia.
sebab saya sakit jarang2 ke klinik, melainkan dipaksa kawan2 atau sekarang dah ada suami.
sebab dulu kecik2, kalau demam, ayah saya boleh buatkan air ubat.
petang hingga malam, demam. esok pagi dah boleh pi sekolah sebab dah sembuh.
tak da can la nak ponteng sekolah dulu2...

bila cukup sebulan, 3 perkara menghantui saya buat masa ni...
1. Perancangan keluarga
2. Papsmear
3. MGTT

aish malas betul nak pikir semua ni..
semalam ke klinik untuk check up doktor [sebab suntikan 2hari sebelum di klinik desa] doktor dah tanya kaedah untuk perancangan keluarga.
jawapan saya sama ja macam saya jawab kat nurse di KD, kaedah natural, semula jadi.
Boleh ke, doktor tu tanya.. saya jawab insyaAllah.
Pastikan dua tahun ya.. mcam bagi amaran plak doktor ni.. saya senyum je InsyaAllah.
sebab dah bincang dengan enSuami, dia memang nak Hafni besar dua tahun dulu, baru pikir nak usaha lagi.
sebab dia tak nak anak2 kami hadapi sindrom kemurungan anak kedua...
sebab dah ada tengok pengalaman orang, memang kesian sangat la kat anak yang xckup perhatian, dapat adik baru.
memang dia mudah merajuk, nak mak dia aje...
kesian plak tengok...

tapi tu la, mana nak tau rezeki tu cepat plak.. orang kata tereksiden atau terbabas, heee
bagi saya sekurang2nya saya ada perancangan yang tetap.
selebihnya langkah pencegahan dan doa.
ilmu kesuburan kena ada la kan...
alhamdulillah, insyaAllah cuba yang terbaik.

tapi nak cerita hehehe, dua minggu jaga anak, saya cakap kat enSuami, bosan la jaga anak..
3 minggu jaga anak, okay tak ada anak sorang ja? xreti nak jaga la....
hohohoho, surender awal nampak....
kalau la saya berpantang kat umah dengan mak saya, mesti ayat glamor mak saya keluaq...
ha beranak pandai, nak jaga xreti, huuuuuuuuu....
baru saya rasa perasaan kawan saya yang xmau beranak lagi, hee..
anak sulung dia dah nak masuk 4 tahun kot..
dia sama la macam saya, jenis kasaq sket..
xreti nak lembut2, pujuk2...
kami berdua mmg xberapa nak mesra dgn budak2...

dolu2 saya tgok kakak ipar saya dok ckp2 dgn baby dia [yg kecik xphm apa2] saya rasa mcm org gila la plak, mcm xbtul plak..
sebab tu, mai turn sendiri dah ada anak, saya tak berapa nak buat sangat, malu gila [ego tinggi nih, hahaha]
enSuami je la yang suka dok main2 bergurau dengan anak...
sebelum nak beranak ni saya ada pikir jugak, boleh ke saya ni nak jaga anak, sekali dah ada, bukan boleh buang plak bila xsuka kan....
elok juga la saya lambat sikit dapat anak, boleh ada masa nk berbujang lg ke, nak jalan2 foya2 ke, hehehe..
mula mengandung bila enSuami dah dapat pindah, saya dah boleh cuba2.
tapi 1 yang kuat tu, sebab tekanan dari orang keliling...

ye la, dah kawen tak beranak, macam pelik la plak..
bagi saya kitar hidup seorang perempuan mesti rasa tak lengkap selagi dia belum menjadi isteri dan ibu.
saya pun mesti la terpikir sungguh ke tak mau anak...
nanti org kata mandul ka sakit kat mana ka, xdak anak kann..

ok, skg dh pregnen, dah bersalin, lega sudaaa.
terbukti, jeng jeng jeng...
tapi bukan nak beranak sbb ni ja....
saya pun ada persediaan dan perancangan bila dah ada anak...

tapi proses untuk 2-3 bulan pertama, bayi akan menangis tanpa henti, atau tanpa sebab..
yang ni yang berat ni nak hadapi tiap2 hari..
kadang2 saya dah sampi tahap xmau layan dah anak tu...
tapi hanya bila enSuami ada la... kalau dia tak da, sapa nak amek anak untu pujuk, layan...
klu dia tak ada, ada 1 atau 2 cara ja yang saya tau untuk diamkan anak...

perkara kedua papsmear..
saya ingat papsmear untuk remaja perempuan sahaja.
memandangkan dah terlepas, rasa lega la.
sekali, nurse KD tanya saya bila nak buat.
saya terkejut badak la...
mesti kena buat ka? semua macam tu?
saya xpenah plak dengaq kawan2 saya yang dah bersalin depa cerita kena buat papsmear..

bila dah jupa doktor semalam doktor tanya bila nak buat.
MGTT pun dia tanya jugak.
saya kata xtetap tarikh lagi.
ingat doktor tu dah nak bagi kata putus dah kat saya bila kena buat.
tapi dia kata rujuk kat KD, bila sesuai nak buat.
papsmear kena buat ye, dia bagi amaran lagi...
mesti ramai yang lari kan...
bila entah nak buat..
macam tak bersedia lagi...
trauma masa cek bukaan rahim pun dok terasa lagi, heee

semalam 10 oktober, besday enSuami.
tapi sebab keadaan serba kekurangan sekarang, tak ada apa2 surprise untuk enSuami.
minta maaf la kat enSuami..
tapi mak n abah ada belikan kek harijadi untuk dia semalam, surprise!!!
tersenyum lebar enSuami, terkejut la tu...
terima kasih kat mak abah, selebrate besday enSuami saya, anak mereka juga...
saya? boleh kasi big hug n kiss je la... hee hee


0 comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers