Lipas biasanya tinggal dan membiak di kawasan gelap dan lembap seperti celah-celah almari dan di bawah sinki..
Lipas...!!
Mesti ramai yang takut dan agak geli dengan lipas ni, walaupun kecil tapi kalau ada yang boleh terbang tu memang merimaskan..
Jadi 7 tip ini mampu menghalang lipas ke kediaman anda.
Oleh: Nana Grup Impiana
- Pastikan sampah sarap terutamanya yang berada di dapur dimasukkan ke dalam tong sampah dan ditutup rapat.
- Bersihkan peralatan dapur dan meja makan dibersihkan setiap kali selepas anda mengunakannya.
- Penggunaan cat enamel boleh digunakan untuk mengecat cabinet kerana is boleh menghalang kehadiran lipas.
- Usah biarkan makanan anda terdedah. Ia bukan sahaja mengundang lipas, tetapi juga bakteria yang mudah membiak.Justeru itu,simpan makanan dalam bekas yang tertutup mahupun peti sejuk.
- Keringkan dan cuci kawasan yang sering terdedah pada air bertakung seperti singki dan longkang.
- Simpulan daun pandan boleh juga diletakkan di dalam almari dan laci. Wangian daun pandan bukan sahaja menyegarkan laci kabinet, tatapi ia juga dapat menghalau lipas yang berada didalamnya .
- Letakkan botol kaca yang terbuka dan berisi kopi disatu sudut rumah yang sering dikunjungi lipas.Ia akan menarik serangga tersebut masuk ke dalam botol dan akan terperangkap.
INFO : Seekor lipas betina dewasa mengandungi ribuan telur halus yang sukar untuk di musnahkan. Oleh itu, elakkan daripada memukul lipas kerana telur-telurnya akan bertaburan di merata-rata.
Patut la kat rumah semakin banyak je lipas. Saya suka pukul lipas dengan penyapu. Selagi dia hidup, saya rasa tak selamat. Sebab kat Bangi hari tu, spesies boleh terbang punya. Adeh, memang risau la, kadang2 tengah tidur pun boleh terjaga bila dengar atau terkena lipas merayap, terbang2 ni. Iskkk telinga saya memang sensitif bab2 ni... Kadang2 boleh terjadi dalam mimpi semasa tidur separa sedar, aiseymannnnnnnn
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih untuk komen bernas anda :)