Wednesday, 12 October 2011

D.I.Y 14 : Meja Buku Tetamu

Memandangkan Buku Tetamu telah siap disediakan, seharusnya kena pikir tempat untuk meletak Buku Tetamu tersebut.

Kedudukannya haruslah di tempat orang yang senang nampak, senang dilewati, strategik dalam laluan orang ramai.

Meja juga haruslah menarik, dengan hiasan supaya lebih obvious pada pandangan tetamu. Ini bertujuan untuk menarik tetamu agar mendekati meja dan seterusnya mencatatkan ucapan pada buku tetamu yang telah tersedia.

Melalui situasi kami, Nabilah pilih sudut di sebelah pintu utama laluan pengantin.

Memandangkan kampung kami, orang kampung memang suka masuk rumah untuk tengok bilik pengantin, makanya, memang molek bonar lah letak meja buku tetamu ni di sebelah pintu dalam rumah.

Meja buku tetamu adalah projek terakhir menjelang hari kenduri.

Mana taknya, dalam pukul 3-5 pagi baru siap sepenuhnya.
Lepas siap tu, baru la boleh nak lelapkan mata.

Masa sibuk dok pulun buat, Mak dah geleng-gelengkan kepala....
"Dok buat gheja gila dia xhabis-habis"
"Ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee"

Boleh senyum je lah kat Mak.
Cakap banyak pun xleh jugak.
Impian sendiri untuk kenduri sendiri.
Pulun sendiri je lah gamaknye........

Akhirnya, jadilah begini yang mampu disiapkan dalam masa yang terhad.
Tema kat meja tetamu adalah "Musafir Mengikat Janji"


Maknanya kenangan kami masa majlis pertunangan lah.
Tak banyak pun gambar yang ada.


Itu je yang terbaik dalam gambar yang ada.
Yang lain, rosak je banyak....huhuhuhuhu...........
Pen kaler2 pun turut disediakan sebagai pilihan tetamu agar ucapan tampak lebih ceria.........


Wujudnya buku tetamu ni, memang manis untuk ditatap semula....
Kenang-kenangan sepanjang hayat.
Suka tengok ucapan2 kawan2, saudara mara yang mencuit hati dan menggamit kenangan.
Hal cerita masa kecik2, masa sekolah, kat kolej dan masa keja juga diungkit kembali dalam buku tetamu ni.
Sweeeeeeeeeeeet sangat.

Terima kasih kepada ahli keluarga yang tolong promot kat tetamu untuk tulis dalam buku ni.
Especially promoter tetap Kak Azida dan Bang Chik.
Terima kasih banyakkkkkkkkk kepada semua ahli keluarga yang telah membantu merealisasikan impian Majlis Tautan Hati NabilaHasyim, =)




2 comments:

  1. Rajin betul anak Cik Intan ni...hehe..

    Benda ni nampak remeh n tak penting. Tapi ia kenangan...
    Dah tua-tua nanti boleh tunjuk kat cucu... ;)

    ReplyDelete
  2. Nama korang pun ada kan??? ahmad nasih pun ada...

    hemmm, sweet utk ditatap semula.
    selalu tsengih2 ngan enSuami bila baca balik komen2 kt dlm buku ni...

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)