Search This Blog

Tuesday, 6 September 2011

Seronok x pertama kali beraya dengan Suami?



Seronok x pertama kali beraya dengan Suami?
Banyak kali soalan yang sama ditujukan kepada kami...

Nak cakap camna, memanglah seronok beraya dengan suami, kekeke....big grin
Tempat baru, keluarga baru, suasana baru, baju baru, kasut baru, hehehe.....

Tahun ini, persiapan raya berlangsung di Sekinchan, rumah enSuami.
Patut la kan raya pertama di kampung suami???
Perjanjian tahun ganjil di rumah mak sendiri harus disampingkan, sebab raya pertama kan.
Tahun seterusnya, belum diputuskan lagi.

Beraya bersama keluarga Jawa, memang lah lain sangat.
Hari raya pertama wajib makan soto.
Semua orang (jiran kampung) bertukar2 hidangan soto masing2 dengan menghantar ke rumah jiran2..

Bo pulak ceq ni pi tanya, Kenapa kita xmasak benda lain, kalau dah semua buat soto?
EnSuami jawab, rasa lain2 kan, lain tangan yang buat....
Emmmmmmmm, bukan nak tau rasa lain ke x........
Sebenaqnya kan, orang ini xmakan sangat soto ke, nasi himpit ke dan sespesies dengannya.
Jadi, hari raya pertama di perkampungan jawa adalah sangat merisaukan.
Camna ni nak meraikan tuan rumah, mesti la makan makanan yang dihidangkan.
Tapi ceq dok gemar sangat nasi himpit ni.. minta maap nooo.....
Tapi dengarnya hari raya seterusnya, akan ada pelbagai menu lain yang berbeza2.
Tak berkesempatan lah nak merasa makanan2 lain.

Selepas beberapa rumah diziarah, baru dapat sesuatu maklumat penting.
Meja santapan mereka penuh dengan pelbagai biskut, kerepek atau kekacang untuk tetamu.
Sebesar mana meja yang digunakan, seboleh itulah dihidangkan.
Wah, hebatnya....
dan mereka bersila di bawah. sebab sekali datang ramai tetamunya.


Kalau di Kedah, raya pertama dok rumah, sebab mak anak sulung, jadi adik2nya akan datang berziarah di rumah kami dulu.

Di pagi raya tu, bab nak bersalaman bermaafan tu la paling lemah sekali.
Malu......
Xbiasa......
Tapi harus buat, sebab banyak kekurangan diri ini.
dengan enSuami pun malu nak minta maaf, kekeke.........
Minta ampun ya Suamiku, masih dalam tempoh latihan menjadi isteri solehah.


Contoh teladan yang baik, apabila memohon maaf dengan saudara mara.
Mereka duduk menghadap sesama sendiri sambil meminta maaf tentang kekhilafan masing2.
Lama..............
Berbisik..........
Hati yang baik, "Bagusnya."
Hati yang nakal, "macam nak akad nikah pun ada, ngeeeee........"big grin
Rumah terakhir, sempat merakamkan saat kemaafan tu.


Masa sibuk dok snap, adik2 ipar mengusik...
"Ha, kak bila watpe tu, nak masuk dalam blog eh?"
"Hihihihi, besa la kan, reporter xbertauliah ni.....Raya pertama ni, nak kena cerita sesuatu ni....."winking


Cerita hari raya pertama di Sekinchan, Tanjung Karang dan Sungai Besar.
Kepada semua ahli keluarga dan kawan2, Nabilah dan Hasyim, mohon maaf untuk salah dan silap sepanjang bersama xkira di mana jua kita berkenalan dan berapa lama kita berkawan.

Beraya di Kedah

Hari raya kedua bertolak ke Kedah.
Yeh, nak balik kampung!


~Ketika fokus memandu~
Hati teringin melonjak2 nak makan laksa mak.
Tanya2, depa xbuat pun tahun ini. Hancus hatiku.
Nak buat pun dah xsempat.
Asyik kuar nak beraya.
Almaklumlah belum habis lagi berziarah bawa menantu baru ke rumah mak2 saudara.

~Dah jemu memandu, mengantuk mungkin~
Kami lalu highway Pendang la dekat sket dengan umah.
Makanya xdapat nak singgah beraya di umah Mertua pnNatrah & enSofi kat Sg Petani.

~Waaa, dah nak sampai dah........~
Rasa cepat sangat balik kampung kali ini, xrasa jauh sebab xmasuk highway sepenuhnya.
Pertama kali xmenghabiskan masa tido dalam keta.
Ye lah nak kena teman orang sebelah memandu, nanti kang menyebai plak.
Terima kasih ye enSuami, sebab bersusah untuk balik Kedah.

~Jalan menghala ke Pendang-Langgar, sesak!~
Baju raya sedondon, rentetan baju untuk hantaran perkahwinan lepas.

Selendang yang menjadi bahtera NabilaHasyim, pertama kali digunapakai.

Sarangnhe!
Xdapat buat masa kawen hari tu, pospon sampai raya pun, OK laaaa.....hee hee

Semoga kita semua dapat mengeratkan silaturahim antara kita semua.

Ok jom pi beraya umah saudara mara. tengok lagi pelbagai suasana dan merasa juadah yang berbeza. Harap tekak kami berselera, insyaAllah.happy

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers