Wak kata nak jimat. Wak kata xbelanja besar. Wak kata kecik2 ja. Camna tu???
Apa idea saya untuk dulang hantaran?
Nak beli dulang yang ready made, too expensive for me, erm...
Kemahiran, xla expert sangat. Ada pasang angan2 nak buat dulang hantaran bentuk kapal untuk bagi ke Wak masa kawen nanti.
Bentuk kapal, buat daripada anyaman kertas surat khabar. Tapi mampukah?
Malahan plak, seni anyaman CikNabilah ni bukan la kemas sangat (Mak saya kata, uhukuhuk!) Tapi saya semangat nak buat!
Rasa macam berbaloi2 buat sendiri. Puas hati nak bentuk camna, nak besaq ka kecik ka? kan kan kan???
Saya mau buat sesuatu yang lain untuk Bigday saya!!! =)
Bila baca2 kat blog2 B2B, ramai yang suka D.I.Y sendiri. Everything!!!
Tercabar CikNabilah ni, tengok orang lain buat macam2. Saya mau jugak! Tapi yang semampu la...
Untuk DIY yang pertama, saya cuba untuk realisasikan. Tanya pada kawan bek saya Natrah untuk minta tunjuk kakak Ipar dia yang memang buat jualan barang2 dari suratkhabar nih! Soalan pertama, boleh dak kalau kami nak buat bentuk kapal dengan bentuk 4segi? Minta tolong kakak dia buat contoh,=]
Tapi yang dapat, Natrah kata boleh buat bentuk pa2 pun boleh. Janji kena pandai! Ni yang ceq xsuka ayat ni. Camna nak pandai, xpenah belajaq buat pun benda2 ni, mana nak reti sgt selok-belok anyaman ni.
Tapi dengan semangat waja, chewwah! Saya nak buat jugak.
Jalan2 di website, ternampak sesuatu yang bermakna untuk memberi jawapan kepada persoalan saya, tadaaa...
Pas2 saya cari la bahan2 yang sesuai untuk memudahkan saya merealisasikannya.
Awal sekali, kita kena la wat lidi2 kertas tu dulu. Sebanyak-banyaknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Erm..
Anyaman ni saya mula dari bulan Mac 2010, kalau xsilap. Sama dengan bermulanya saya memakai braces, yeyeh!
Sepanjang dok buat2 ni, kadang malas, kadang rajin. Kejap semangat, kejap lentur, hehehe. Yelah kan amek masa lama ni.
Kalau xda kemahuan yang tinggi, tentu terkandas di tengah jalan.
Mulanya dulang yang akan dihasilkan ini nak buat untuk dulang hantaran Nabilah kepada Wak. Tapi bila memikirkan macam xcantik sangat hasilnya, saya ubah keputusan untuk buat hantaran bagi pihak Wak.
Supaya dulang hantaran ni akan dapat kepada saya balik, yeyeh.
Kalau nak bagi ke MakMertua, malu den. Lebih sedih kalau orang buang, kita punya usaha selama berbulan2???
Tau la xlawa tera mana pon!!!
Mampuih kami nak gheyau selopp, hehe.
Bayangkan lah kan, bagi kat kami pun xpa, guna kat umah sendiri nak letak bawang2 ka nanti, huhu...
Langkah 1: Buat lidi2 surat khabar tu. Macam kat bawah ni...
Langkah 2 : Boleh mula menganyam ikut bentuk yang disukai...
Langkah 3 : Saya nak buat bentuk empat segi.
Jadi ilmu yang saya dapat dari website kraftangan, kita perlukan sesuatu bekas untuk dijadikan acuan untuk membentuk bekas yang kita nak. Jadi saya telah mengambil loyang bakar kek tu untuk dijadikan acuan, hehe.. Sory xda gambar. Sebab masa ni la part yang paling sukar. Dari bulat nak jadi petak, susah tuh (Bagi saya lah=]) Tension, tension! Masa ni memang tension =(
Lagkah 4: Nak buat tangkai.
Asalnya saya plan nak buat yang jenis tutup (maksudnya ada penutup lah) Pastu xjadi sebab xlarat lagi nak buat. =P
Pas2 termimpi2 lak nak macam bakul yang bridemaid pegang. Macam penuh dengan bunga2 tuh, Wah cantekk lah. Pas2 pikir lak, camna nak buat tangkai.
Mulanya saya dendan ja, (orang KL panggil pe, buat tocang ke jalin rambut tuh) Tapi xkuat la plak.
Pastu akhirnya saya lilit2, baru jadi keras. Nak tibai org pun boleh, berbaloq kat belakang tuh!
Langkah 5 : Pasang tangkai pada bekas.
Tapi sebenarnya, kalau ada yang expert lagi, dia dah spare rangka tangkai dari awal anyaman. Tapi saya xdapat la buat. Sebab plan asal nak yang xdak tangkai, nak penutup. Pastu tukar lak, tu yg jadi camni ni, hehe...
Bekas hantaran yang telah siap bertangkai....Semuanya, kami buat 7 untuk dulang dari pihak lelaki.
Pastu, selalunya orang letak syelek. Kami xmau syelek. Kami mau putih. Sebab kunun2 mcm bekas2 besi yang bercat putih tu, (teringin nak beli tu as dulang hantaran=[ ). Jadi tanya lagi Natrah, cat minyak ka orang pakai? Ya cat minyak.
Habis tujuh dulang tu siap dengan sempurna pada 16 September 2010. Hari tu jugak saya kuar pi kedai beli cat minyak warna putih, tinner, berus cat, dan beg plastik sampah. Semangat nak siapkan, xleh simpan lama2. Kesian kawan2, umah jadi semak sebabkan projek gila ceq ni. Terima kasih sebab bersabar dengan kami especially roomates saya yang cumil2, Fiza, Nurul, dan Ulfa.
Cat Minyak Putih, Tinner, Berus Cat, Bekas Cat Sementara, Pengacau Cat.
Ya ini tinner. Untuk cairkan cat dan elak dari cat tu cepat kering di dalam bekas sementara.
Ini cat minyak yang kami guna. Ada Cap ni ja kat kedai tu, OK la.
Langkah 6 : Sesi mengecat bakul
Tu dia, kan kami dah kata, umah jadi semak, huahuahua...Tungging terbalik semua bakul2. Nak cepat kering.
Erm, dah siap cat. Nak hasil yang elok, kena buat 2 atau lebih lapisan cat kot. Kami buat 2kali tu.
Proses cat mengecat ni pun amek masa 2 hari la kot (Khamis, Jumaat).
Hari Sabtu tu, saya touch up lagi sket2 mana yang kurang. Hari Sabtu, kami kuar pi beli barang untuk hiasan bakul ni. Dah cat bakul warna putih, hiasannya semestinya warna ungu kan kan kan???
Langkah 7: Hiasan bakul
Hari Sabtu tu, saya beli lis untuk lilit kat tangkai bakul.
Keduanya saya beli reben paper untuk nak balut bakul.
Tapi bila sampai rumah, hanya lis tu ja yang mashuk.
Idea untuk balut bakul dengan reben paper, xsesuai.
Keja2 sedang melilit tangkai...
Dah siap 1...
Dah siap 2...
Dan seterusnya.....
Akhirnya untuk reben paper tu saya dapat idea untuk buat bunga kecik2 yang comel gitu. Untuk cucuk kat lubang2 yang xcomel kat bakul tu, =P
Kan saya kata saya nak macam bakul bunga2. Penuh dengan bunga2...
"A full bucket of purple tulip with ferrero rocher"- Janji Wak untuk Nabilah tahun depan, nak sambut menantu, yeyeh!!!
Catatan ini dibuat pada 21 September 2010. Tapi belum publish terus. Coz want to keep it as a secret from Wak..tihihi. Tunggu sampai kawen dulu kot...
Untuk update hari ni, 27 September 2010
Pada 25 September, Nabilah dah siapkan secara kasar jumlah bunga ros ungu ni sebanyak
8kuntum X 7 bakul = 56 kuntum.
Bajet nak letak bunga2 ni, camni ha....
So, nampak kan idea Nabilah nak wat camna...
Tapi ni idea setakat ni la...
Dok pikir2, cam nak kuar idea baru.. arghhh macam2 idea..
Mana satu yang mampu ceq buat nih?
Tengok lah hasilnya masa kenduri nanti.
Camne la ghupenye...kuikuikui....=P
Update pada 13 Oktober 2010.
Hari Ahad lepas, 101010, kuar dengan Nada ke Nilai 3. Asalnya plan orang nak kawen la yang nak beli barang kan. Tapi Nabilah pun menumpang gak la 2kaki, =].
Kat Nilai 3, pi Kedai Aksesori Perkahwinan LIA. Kat situ, Nabilah beli sikit je berbanding dengan Nada yang dh habis beratus2, mesti la kan, dia dah nak kawen. Nabilah beli bunga ros putih ivory untuk handbouquet, lis utk tangkai bakul (walaupun xjupa sejibik macam yang lama, huhu), bunga ros kuning untuk hiasan hantaran Nabilah untuk Wak.
Masa dok jalan2 kat dalam kedai tu, Nada ternampak sesuatu. Ada idea baru untuk hiasan tepi bakul yang agak praktikal dan realistik untuk direalisasikan. Guna reben paper yang dilipat di hujungnya. Pastu boleh dibentuk2kan menjadi skirt yang cantik kalau diletakkan di tepi bakul. Ok, kita try buat.
Pagi tadi selepas subuh, dah mulakan operasi bakul hantaran ni. Mulakan dengan membelit lis di tangkai bakul. (Lis ni, dibeli baru kat kedai asal, awal2 mula beli dulu. Dia dah tambah stok baru, yeyeh!) Alhamdulillah, baru la nampak seragam hiasan bakul ceq, kalau x, rambu-ramba lak...
Dah habis buat lis tu, teringat pasal skirt tu, amek reben paper tu, ukur2 kat bakul, pastu gunting. Pastu lipat 2kali kat hujung tu. Wah, jadilah! Cayalah! Saya suke! Yeyeh!
Camni, lipat kat hujung2nya. 2kali lipatan, nak tebal, boleh buat lebih lagi.
Tengok, memang dia beralun dengan sendirinya. Saya suke! =)
Update 11.11.2010
Baru teringat dah lama xupdate progress pasal bakul ni, =P
Setakat ni, semua ketujuh2 bakul tu dah siap berskirt.
Cuma nak tambah lagi lis bunga kat skirt tu supaya xnampak kosong sangat. Macam xceria, tau x...........
Dah kehabisan idea dah nak buat ni. Bajet pun lari, hukhukhuk =(
Kena guna pakai apa yang ada ja, untuk tindakan yang selamat.
Jangan membazir, Nabilah Ahmad!
Bunga untuk hiasan bakul pun dah siap.
Tunggu nak letak hias je, tapi xtau la lawa ke x, emmm risaunya saya.
Glue gun plak dah rosak, tergendala lagi keja Nabilah.
Balik kg hari raya haji ni, nak bawak glue gun yang ada kt Umah. Harap dapat habiskan cepat.
Dah lama kan dok tgok, rasa jemu lak.
Hantaran untuk pihak lelaki lagi la xbuat pa2 lagi.
Bunga yang dibeli kat Nilai3 haritu pun xdapat digunakan untuk hiasan bakul hantaran coklat tu sebab xsesuai, bunganya kecik2.
Awat la pi amek yg kecik haritu.
Kan dah tambah keja lagi, aduyai...
Update 22 November 2010
Bakul saya dah siap sepenuhnya semalam 21.11.2010!
Setakat ni, ni je idea yang ada, bila dah letak barang2 nanti, mest kena tambah bunga2 lagi.
itu kena pikir kemudian. Yang skg Nabilah dah bungkus semua masuk dalam plastik.
Satni Wak komen berabuk, rosak, kemek, bunga2 semua, kan? =)
Ha, yang ni yang dekat keseluruhan.
Wak, cakap kat mak, xsekemas cam org buat jual.
Nabilah xterer lagi, sobsobsob (!_!)
Awal2 idea nak buat daun2 yang berjuntaian.
Membayangkan macam flower girl bawak bakul penuh dengan bunga2, hehe
Pas2 bila dah siap skirt pa, Fiza kata xdak seri..Xceria. Ermmm...
Bo cakap kat dia, nanti kami tambah daun, yang tu ja yg lain dari warna ungu.
Pas2 idea berjuntaian tu, xjadi.
Pas2 semalam, dapat idea nak ikat daun tu kat hujung tangkai bakul macamni..
Jadilah akhirnya, warna hijau yang menceriakan.
Tercapai jugak impian nak daun yang berjuntaian..kira berjuntai la jugak, hehe...
Ok, Wak!
Harap puas hati.
Nabilah xpandai sangat.
Tapi dah cuba sehabis baik.
Tapi nanti pelik sket la, tau..
Sebab handbag, baju tuala tu, warna ungu jugak, sama macam warna hiasan bakul.
Nabilah dah siap letak dah handbag, baju tuala tu dalam bakul, dah muktamad dah!
Memang nampak sewarna je la nanti.
Xceria pun, xceria lah.
Saya mau semua ungu, nak wat camne, dah suka, I like it! Hehe =)
cantik la bakul awak..kalau nak tempah 9 buah, boleh ke?
ReplyDeletesalam...
ReplyDeleterajinnya menganyam bakul sendiri.. cantik... salam perkenalan.. do visit me effa farhana at: http://wwweffafarhana.blogspot.com/