Search This Blog

Wednesday, 12 May 2010

Kursus Cupcake yang Special

Pendaftaran kursus melalui YM ja dengan Kak Shiqin (MamaBisya). Kak Shiqin ni orang Kelantan, keja di JAKIM. Yuran kali ini RM50 sahaja. Belajar buat buttercream cupcake dan icing serta decorating cake. Memang Nabilah teruja nak buat ni semua. Dulu masa keja dok tengok dari jauh ja. Yang besa Nabilah buat, tulis ucapan kat kek tu, macam Selamat Hari jadi, Hepy Besday, Selamat Bertunang, Selamat Pengantin Baru. Emm corak2 tu xreti. Teringin sangat nak belajaq buat hias2 tu. Kali ni ada peluang, memang Nabilah gunakan kesempatan ni semaksima mungkin, insyaAllah.

Harap dapat praktikkan lagi lepas ni. Dan target Nabilah, nak buat kek/cupcake untuk hari istimewa nanti, insyaAllah.





Owh, owh lawak la, tengok2 balik. Hiasan yang terakhir tu xcomel, N-H. Asalnya nak buat macam lain, tapi angin berubah mcm nak kalut2 sket sebab kak Hamidah dah balik, suami dia nak pi keja. Pas2 tinggal Nabilah sorang2, segan plak nk dok lama2 kt umah orang. Bila terkejan2, idea yang best pun dah hilang. Pas2 terpaksa ar cucuk Red Love tu kat situ, sebab kosong,. Tu pun, Kak Shiqin yang bagi idea suh cucuk Love tu. Xtau nak hias apa lagi kat situ. Macam tau2 je Kak Shiqin ni, ahaks.... Hilang idea ceq, emm


Apa2 pun, terima kasih kepada Kak Shiqin, sebab sudi berkongsi ilmu dengan kami semua as your students cupcake. Anak dia pun tembam cam cupcake, ha. Asyik makan kek ja ha.. Tiap2 kali mama dia buat kek, dia makan kek. Bukan kek saja dia makan, nak icing lagi, aduyai..bahaya gak ni. Nabilah plak dok sibuk2 tya Kak Shiqin, "xgemuk ka dia, akak, makan banyak2 ni? Bahaya kat dia ja bila besar nanti, obes ha.." Harap xda kesan buruk pada orang yang berada di sekeliling tukang masak camni.



0 comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers