Search This Blog

Tuesday 23 January 2018

Cerita selepas 3bulan dah bersalin

Assalamualaikum..

Lama tidak ketemu ke blog ni..
Ada ja dok buka dgn fon, hanya dipandang sepi..
Dok tunggu apa xtau, nak update blog ni..

Niat asal mcm nak layan Korea..
Asbab dok loading lama sangat, internet slow apa..

Meh buka blog sat la..
Try tulis simple dulu..
Kalau terpanjang menulis, alhamdulillah..
Sebab dah lama tak menulis, dah hilang rentaknya..
Dgn lecehnya dok salah tekan huruf bila guna keypad fon, nasib ada word suggestions, cepat sikit nak tekan..

Last bulan 9 ke 10 ye?
Yang penting sebelum bersalin lah kan..
Sekarang dah habis pantang dah pun..

Bersalin 11.10.17..
Nak sama dengan enSuami 10.10, terlajak jugak la sejam limaploh minit.. 
1.50pagi saya bersalin.
Kat Hospital Azzahrah Bangi.
Masih dengan kaedah induce, tapi sekali shj kali ni.
Dengan Doktor Mashita jugak..
Total bersalin kali ni RM 2800..
Masa booking, staff kata dah tak ada pakej bersalin Aaliya tu..
So starting RM 3K..
Bila nak bayar, harga kurang dari 3K..
Tengok dalam resit, dapat bayaran ikut pakej, dan dapat diskaun lagi sebab saya dok bilik 3 orang.
10hb10 tu, hospital full sangat.
Ramai orang nak bersalin 10.10...
Saya orang yang ke11 bersalin hari tu, ada sorang lagi selepas saya, bukaan dia still 2cm.
Tak tahu la nasib kakak tu, kena operate ke..
Saya pun dah seharian sakit, masa nak teran pun tak larat dah..
Sampai 3 orang nurse yang tolak perut saya untuk keluarkan baby masa saya push tu..
Huuuuuuu, tak mau dah fikir pasal tu, terngiang-ngiang bila nak tidur..
enSuami kata seram tengok, macam teruk sangat je kali ni..๐Ÿ˜จ
Dia ingat dah kali kedua bersalin, dah ok lah sikit kan..
Dah ada pengalaman.
Ini tak, lagi teruk ada la, ๐Ÿ˜ญ
Sajaaa, nak bagi signal tak mau beranak dah, wakakaka..๐Ÿ˜‚

Masa berpantang stay kat umah mertua..
Baby pun macam kena demam kuning tu lamaa sampai sebulan..
Sebab baby boy, darah plak O, xsama dengan saya A+, naik sampai 300 lebih..
Masa tu punya la risau..
Dua kali saya kena stay wad, satu malam satu malam ja duduk..
Penat nak ulang-alik.
Saya pun tak sempat nak mengurut.
Bersalin hari rabu, hari sabtu baru mengurut.
Masa awal2 tu, saya macam takut/risau je pasal kuning ni..
Dok sedih la kuning anak tak turun2..
2kali kena amek darah dan air kencing sebab prolonged jaundice tu..
Result pula tak stabil.
Lepas sebulan doktor tanjung karang suruh refer pakar sungai buloh..
Kitorang pergi terus ke hospital sg buloh, masa tu enSuami masuk hospital sorang dengan bawa buku je, sebab orang kata, kena amek appointment dulu, bukan boleh terus jumpa pakar.
Tunggu lama saya dalam kereta, enSuami masuk kereta balik, sambil buat mulut senget ๐Ÿ˜
Jumpa pakar sg buloh, pakar tu rilek je..
Dia tengok result, pastu dia tanya, isteri you itu bagi susu badan kan? Apa yang tak ok, saya tengok result ni ok saja.. you tak perlu risau, ini sebab susu ibu, memang result nya tak sama, keep breast feeding saja, okay...
Gitu je pakar cakap?
Saya punya la susah hati..
Sedih sgt, masa awal2 dalam pantang tu, macam2 baby kena makan..
Saya bagi ubat homeopati la, jus anggur la, air kundur la, air masak..
Rasa macam jahat sangat ja sumbat anak macam2 makan walhal bukan masanya lagi nak makan..
Kita tak sabar nak anak sembuh dari kuning, padahal kita yang pentingkan diri sebab tak nak kena tido di hospital..
Kalau sekarang bila difikirkan balik, apa yang susahnya nak dok spital..
Dok saja je layan anak kat lampu biru tu..
Yang sedih bila baby kena cucuk amek darah setiap hari la...
Itu je part sedih bahagian baby..
Yang lain2 tu banyak part sedih bahagian Umi, xlarat nak ulang-alik hospital klinik, xmau tido hospital, makan kena pantang, sejam sekali kena bagi susu, kena cuci berak kencing anak, bukan cuci je, kena kira berapa kali sehari dia berak n kencing...
๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ Maafkan Umi la, kalau Umi salah dalam hal ni..
Kadang2 takut jugak anak sakit kalau sebab saya percepatkan bersalin.
Kot la belum sampai masanya dia tengok donia, kita dah paksa dia keluaq kan...

Habis pantang, adik saya pula nak nikah..
Ngam2 patploh hari pantang..
Kami balik jugak, sebab nak join...
Ada nak sambut besday mak sekali, buat BBQ..
Saya selalu tak ada sebelum ni..
Kebetulan dah cuti sek, boleh la balik sekali harung..
Dapat la stay lama sket seminggu..


Lepas balik dari Kedah, baru balik umah sendiri..
Maka bermula la episod bergilir2 makan, mandi, solat, jaga baby dengan enSuami.
Masa bln12 tu okay la, cuti sek..
Mai nak masuk Jan, dok risau enSuami tak ada siang2 nak jaga baby..
Alhamdulillah ada kakak Hafni..
Elok sangat lah dengan umurnya dah boleh jaga baby..
Walaupun awal2 tu, drama la jugak..
Sindrom ada baby baru, kekdahnya..
Asyik nangis je, buat perangai, kata orang tak sayang dia..๐Ÿ˜

Petang2 hari sekolah, dia la tolong Umi jaga buaian..
Dah masuk 23hb dah alhamdulillah, seharian ok la..
Cuma sekarang ni saya tengah nak siapkan baju nak pakai kenduri kawen adik nanti..
Dah la kakak saya pun nak menumpang sekali..
Risau plak saya, satu pasang pun tak siap lagi..
Kena berjaga malam2, nak menjahit..
Siang2 boleh buat pola dan gunting kain sikit2 terbantut prosesnya..
Macam2 la, ada ja nak kaco..

Tu ingat macam malas je nak update blog..
Nak kena buka laptop..
Update by fon ni, susah nak upload gambaq..
Tulis je la dulu, gambaq upload kemudian la noh..
Dah masuk asaq, nak pi solat dulu..
Xleh lambat2, satni baby nak mandi la, minum petang la, kelaparan je Umi ni..
Jom solat dulu..
Babai, assalamualaikum ๐Ÿ˜˜

4 comments:

  1. Tahniah dpt baby baru ;)
    Saya dulu pun anak lahir 2016 prolong jaundice..Kena stay hospital anak tido bwh lampu..tak sanggup nak tinggal anak terpaksa la tunggu jugak, tido pn kat ats kerusi je..Tak sanggup dengar anak nangis kena ambik darah..last sebulan dapat result tu xde pape Alhamdulillah..pantang berterabur dah heheh..

    ReplyDelete
  2. alhamdulilah..menanti nanti juga entri baru nabila.

    Kalau tahu anak nabila kuning boleh bagi tips..sbb anak sy pun prolonged jaundice jua.bertabahlah kita..nnti sampai satu masa bila kita ingat balik kenangan tu, confirm boleh ketawa sesorg hehe

    jaga diri baik baik

    ReplyDelete
  3. dah bersalin ropanyer...!! ingatkan tengah nunggu hari.. tahniah!! (^__^)

    ReplyDelete
  4. Hoi, kata pendek je. Rupanya panjang jugak

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers