Search This Blog

Thursday 18 May 2017

Meja Kopi Scandinavian

Assalamualaikum...

Lama punya cerita..
beli meja kopi dari Lazada..

Ada hari tu, enSuami jumpa gambar di FB ada kedai perabot jual meja kopi design ala Scandinavian..
harga dalam 299 ke 399 masa tu...
Dia cakap dia berkenan macam ni..
ajak beli satu, memandangkan rumah kami tak ada lagi meja kopi..
Segan, bila tetamu datang tak ada meja nak hidang minuman dan kudapan semasa bersembang..

Saya pun biasa la mesti ushar Lazada dulu..
sekali jumpa dari MF Design..
kebanyakan barang dari MF Desin ala2 tema Scandi...
usha2 semua...
review pelanggan pun OK...
cuma orang cakap, arahan pemasangan tu agak mengelirukan...


Masa ni free shipping..
tak ingat la ada sempena apa, mungkin nak Krismas kot..
saya beli bulan 11 tahun lepas ni, huhuhu...


Tunggu dalam 3-5 hari ke, meja ni pun sampai..
kebetulan enSuami ada, bolehlah dia tolong sekali staf SkyNet angkat...
kesian orang kerja courier ni, seorang je diorang bagi satu trip..
dialah driver, dialah angkat barang..
enSuami dok sembang2 dengan dia, dia cerita semalam lagi la teruk, dia angkat apa entah, tilam ke katil, sorang2... hantar barang sorang2, kecil ke besar ke, gaji sama, tak ada elaun lebih..
Dia kata sejak ada Lazada ni, memang gila2 la kerja diorang, macam2 orang beli online je...
Katil, tilam, mesin basuh, peti sejuk.. kerja sorang je...
Dia cakap ada company courier yang OK, bagi elaun lebih kalau hantar barang besar2.. yang ni tak ada...

Hairanlah jugak kan, selalunya kalau beli barang2 besar macam perabot dan elektrik tu, kita dah bayar mahal untuk kos pengangkutan, patut company berilah insentif pada staf yang mengangkut tu..
emm, nak buat camna, kita pun nak membeli yang murah juga..
kadang2 tak ada masa nak pergi kedai2 berdekatan rumah nak cari barang yang kita nak beli..
Orang ni lain2, ada suka nak beli online, ada yang suka offline...
saya rasanya kategori online... sebab saya malas nak keluar rumah, tak ada masa nak survey satu2..
kalau online, senang nak survey, klik klik klik je, hehehe...


Selepas je enSuami pergi sekolah, sudah solat Zohor..
terus je buka kotak nak pasang...
Masa sampai tu pun, dah tak sabar nak buka...
si kecik ni seronok sangat nak buka 'hadiah' kalau dapat apa2 barang posmen hantar..
saya pun suka perasaan macam ni, macam dapat hadiah pulak bila orang hantar barang..
tu yang suka membeli online tu, hahahaha....


Bila nak memasang tu, mesti tengok arahan la kan...
sebelum tu, saya keluarkan karpet dulu, nak elak calar2 ni...
kenal pasti semua skru yang ditunjukkan...
kira cukup ke tak...
kerjanya mudah je, macam pasang barang2 IKEA jugak...
tapi betul yang orang cakap tu, arahannya tak detail sangat, jadi ada yang terkeliru...


Saya dapat bahagian yang rosak sikit...
tapi tak pelah, dah buka semua dah, mana larat nak bungkus balik..
lagipun bahagian ni akan terlindung sebab laci meja tu...


Maksudnya macam ni..
akan dipasang dinding laci ni, pada hujung meja yang rosak tu..
lagipun bahagian ni akan diselitkan laci hitam, jadi tak ada la nampak pun..
sapa rajin nak tonggeng kepalanya kan nak membelek meja kita beli, ada ker....???


Masa pasang dinding laci ni, ada satu kesilapan...
saya sedar bila saya angkat bahagian atas meja ni..
rupanya ada untuk bahagian luar meja, permukaannya kesat, ala macam kita pegang ira kayu tu..
mungkin designnya untuk bagi kesan ala2 original kayu la...
Jadi untuk dinding laci tu kan, ada 3 keping, ada satu bahagian sebelah luarnya kesat, yang sebelah satu lagi, sebelah kesat jadi bahagian dalam pulak..
masa tu tak perasan la pulak ada beza kesan permukaan tu...
tapi tak nampak pun dari mata kasar...
bila nak pasang meja atas tu, baru saya faham fungsi beza permukaan tu, wakakaka....
dah terpasang dah, nak buka balik, rumit la pulak, teruskan je la...


Semua pasang guna AllenKey je..
allen key pun disediakan...
dan ada juga yang guna skrudriver...


Lepas tu, dah siap pasang...
Ada dalam 2-3 jam jugaklah, sambil dibantu sikecik tu..
dia pun nak jugak pulas skrudriver, (^_^)


Ada je meja kopi ni, terus semangat nak deko2..
ye lah, baru nak merasa ada meja kopi...
enSuami balik sekolah je, ternganga dah siap..
hebatkan pnIsterinya...
enSuami saya susah sikit kerja macam ni..
benda detail2 ni, dia cepat stress..
sebab tu, saya tak harap nak tunggu dia buat...


Laci hitam tu, boleh tukar2, nak kiri ke kanan ke..
fleksibel boleh ditarik keluar...
tak nak pasang pun boleh...
best ke design Scandi ni...
trademark kat kaki meja tu je..
tapi kalau tinggi sikit lagi, lagi cantik, hehehe...

Sekejap je keadaan macam dalam gambar..
dua bulan je kot..
pahtu tolak ke tepi je..
karpet pun dah simpan balik...
almaklumlah, rasa sempit je kat tengah tu, sebab ada meja...
tetamu pun bukan datang selalu...
nanti2 la kita tarik balik...

Dari segi kualiti OK, ada rosak sikit je, masih boleh diterima..
packaging pun kemas, banyak bubble, polisterin untuk cover setiap keping perabot tu..
dapat juga baucer diskaun untuk pembelian seterusnya..
enSuami dok aim kabinet TV pulak...
udah-udah lah tu...
tak ada mood saya nak tambah perabot yang belum tentu lagi nak pakai lama...

Kalau ikut kecenderungan saya, saya suka yang jenis pasang siap, lekat kat dinding, kekal di situ..
tak perlu nak ubah2, sebab saya tak la kreatif sangat nak deko2 ni..
kekal di situ, kan senang, hahaha....

OK la,
Babai...

1 comment:

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers