Search This Blog

Wednesday 13 May 2015

D.I.Y : Set kabinet dapur untuk Hafni

Assalamualaikum...

Fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Legaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Akhirnya siap juga...
hampir sebulan juga la, projek ni berlangsung...
selama itu la, rumahku lintang-pukang, ;P

Tetiba idea + kemahuan datang, nak buat dapur tempat main masak2 untuk Hafni.
sebelum itu, pencetusnya adalah terjumpa set mainan masak2 kt MrDIY bulan lepas..
masa tu, ragu2 lagi nak beli...
kena simpan duit dulu...
aim nak beli yang besar, kaler merah hitam, siap ada dapur sekali...

Pastu balik rumah, dok tengok2 gambar dalam telefon, terjumpa, gambar yang pernah dikongsi tentang set dapur mainan, diperbuat daripada kotak, dalam group KSSA dulu2...
ingat lagi tak gambar ni?


Saya simpan je gambar ni, sebab rasa menarik..
memandangkan kotak pun ada banyak, mana la tahu kan, tetiba rajin nak buat sendiri...
simpan sebagai sumber inspirasi gitu....

Tapi sekarang, dapur ni dah upgrade tau...
versi aluminium pula, hehehe...


Saya baca, yang warna silver tu, guna aluminium foil...
tapi kebetulan saya ada stok kertas kilat2 ni, ada pula warna silver, jadi saya guna kertas pembalut tu sahaja...
selamat aluminium foil kat dapur, hee...

Ini rupa kabinet dapur untuk Hafni...
Amacam, OK tak, huhu?


Tidak la sehebat macam orang lain buat...
asal boleh buat sendiri, OK la...
memang mencabar kewibawaan-kekreatifan-keimaginasian Umi nak siapkan set dapur ni, huhu...
tapi Alhamdulillah siap juga akhirnya...

Alkisahnya, plan awal, nak buat macam lain...
saya guna kotak yang sekeping, asal dari kotak almari PAX IKEA dulu...
bajet hati besar, nak buat pun besar..
alang-alang nak DIY la katakan...


Hari pertama, dapat siapkan rangka asasnya sahaja..
besar ni...
hari kedua, dapat buat pintu oven, kabinet dan microwave...


Ruang cadangan untuk letak kabinet dapur ni, di bahagian tingkap bilik ni..
boleh nampak, muat2 je, sampai bukaan pintu...
kotak yang berdiri terbuka tu, cadangnya nak buat rak tingkat2 untuk letak barang2 atau peralatan untuk aktiviti masak2 ni...

Hari ketiga, tak ada apa2 progres..
hari keempat dan seterusnya pun yillek....
saya, kalau dah terbiar lama, xsentuh apa2, nampaknya terus tak jadi la kerja tu..

Yaaa, projek ni terbengkalai selama seminggu, huahuahua...
sampai la satu hari tu, kalau tak silap, Jumaat lepas..
dah tak tahan sangat dah tengok keadaan bilik ni..
disaster sangat, grrr!!!

Serba sikit, rosak la juga, sebab Hafni suka sangat main, pintu oven dan kabinet tu..
suka gamaknya, buka tutup pintu oven tu..
saya perasan, pintu kabinet dapur saya selamat tanpa diselongkar Hafni sejak ada pintu oven ni, hahaha...
mungkin sebab dia sendiri dah ada pintu kabinet sendiri, kot!
perkembangan positif ni!

Tapi sayang la, tak dapat realisasikan pintu oven dan kabinet tu..
memang sesuai sangat dah kedudukan tu..
tapi apa kan daya, binaan rangka macam tu tak kukuh...
terpaksa tukar plan lain..
jeles tengok omputih dapat buat dengan kualiti kayu/papan lagi...
kebanyakan guna almari/perabot lama yang sudah tidak digunakan seperti kabinet TV atau display cabinet..

Saya pun banyak berpandukan gambar2 yang saya download dari internet..
ada 3 gambar terpilih yang dijadikan panduan..
saya cetak, tengok, fikir, buat sehingga jadi realiti..
tapi selalunya saya akan pilih yang paling mudah, sesuai dengan bahan dan kemampuan yang saya ada..

Sebelum nak setup semua, jadi kabinet keseluruhan..
saya siapkan satu demi satu komponen kabinet seperti dapur, sinki, oven, microwave...
microwave yang sama dari projek pertama...


Pastu saya siapkan kotak dapur...
kotak dapur tu, saya guna dari kotak yang bersandar tepi pintu tadi.
memang asalnya kotak dapur Effegi tu pun, hehe...
oven, microwave guna kotak limau mandarin Gong Xi Fa Cai, hehehe...

Untuk sinki, guna kotak air mineral Cactus, kebetulan ada 2 buah, saya cantum, jadi saiznya sama lebar dengan kotak dapur..
Lega, di situ..
kalau tak ada kotak yang sama saiz, tak berapa nak cantik la kan, tak sama saiz...
nasib baik la, ada yang matching...
[kalau tak, nak kena buat muka sekupang kat kedai borong, nak minta kotak free, huhu]


Ini, meja makan!
tapi dah jadi port Umi siapkan kerja terakhir yang rumit2 sikit..

Selepas semua komponen kecil2 ni siap..
baru boleh nak mula setup jadi kabinet, cewahhh...

Pagi semalam, saya mula design simbol nombor digital untuk microwave dan oven..
lepas dah siap cetak..
cari gambar untuk tingkap pula..
yang ni pun susah juga nak cari yang sesuai..
nak lukis sendiri, tak pandai la pula..
cari gambar yang dah siap je la, kemudian cetak...

Langkah pertama, dinding ni mula mendapat sentuhan, adalah di tingkapnya...
konon nak bagi effect tingkap tu boleh nampak halaman belakang lah kan...
lepas tu mula letak sinki, dapur..

Kedudukan sinki, saya tukar ke kanan daripada plan asal di sebelah kiri.
sebab nak elak Hafni, masuk duduk dalam sinki tu...
keciwa Umi, tengok Hafni masuk dalam sinki tu, hukhuk...


Ha gitu la gayanya..
hari pertama sinki siap, hari Ahad lepas..
lepas siap, saya letak situ, keluar dari bilik..
sekali patah balik, tengok Hafni dah selamat masuk dalam tu...

Aii, ni nak basuh pinggan ke nak basuh diri sendiri ni?
Abi dia cakap, Hafni nak mandi kolam eh???
banyak la kolam, nasib baik tak ada air, kalau tak habissss semua..


Sinki..
2 buah kotak Cactus tadi, saya cantumkan, balut.
masa ni, saya belum pasti nak guna apa sebagai sinki..
mulanya plan nak guna mixing bowl macam omputih guna..
tengok kat kedai, mak ai mahalnya, aduh tak jadi nak beli..
pastu fikir2 nak guna besen plastik, kot rajin, balut dengan kertas silver tu...
pastu, fikir2 teringat tray letak makanan yang disimpan dalam KD, tak digunakan...


Apa lagi, terus ambil dan test..
memang ngam la saiz tray ni, dengan kotak tu..
nak melintang boleh, nak menegak pun boleh...
saya pilih menegak je..
sebab kalau melintang, masih ada banyak ruang kosong, sebab kotak yang lebar...
bila pasang menegak ni, sekurang-kurangnya dah makan ruang, jadi tak ada la nampak cacat atau terkosong je...
kepala paip tu, paip sinki yang pemaju pasang...
sebab tak guna paip ni, jadi boleh guna untuk Hafni.

Kalau tak ada kepala paip macam ni, boleh juga guna, kepala dispenser macam botol mandi picit tu..
saya tengok ada omputih guna kepala dispenser tu untuk jadi kepala paip sinki...
nampak pelik ke, tak ada pemulas? hahaha
pemulasnya ada di bahagian bawah kotak...
sebab paip ni jenis pasang kat dinding..
untuk DIY ni, tak sesuai pula nak pasang kat dinding, jadi saya biar sahaja pemulas itu di bahagian bawah kotak sebagai penahan kestabilan kedudukan pili tu...
untuk botol sabun tu, saja je la letak..
tak nak bahagian tu kosong.. yang sebelah lagi tu, macam nak letak pasu bunga kot...


Dapur.
tapak dapur tu, adalah sekeping kotak.
saya balut dengan pembalut silver tu.
yang nampak berkilat pelangi tu, CD [cakera padat]..
pastu untuk tungku dapur tu, saya guna kotak juga.
yang bulat paling kecil tengah tu, guna saiz botol gam.
yang kedua guna saiz lubang salotape 2inci, lebarnya, 1cm je..
yang besar sekali, guna ukuran CD tu sendiri, lebar 1cm juga.
kemudian yang panjang2 tu kotak juga, dipotong jejari..
yang saya buat ni, lebar hujung ke hujung, sama saiz.
kalau rajin, boleh buat runcing sikit yang sebelah dalam...


Dapur Effegi versi kotak sedang diuji...


Tapak sulaiman sedang dimasak dalam kuali, hehehe...

Apabila, sinki dan dapur dah selesai...
Oven dan microwave pula ada konflik sikit..
tentang kedudukan nak letak..


Mulanya saya plan nak letak macam ni la, sebab dah tak ada rak di bahagian tu..
tapi bila memikirkan habit Hafni, yang suka sangat duduk atas kotak, saya rasa macam tak selamat plak nak letak macam tu sahaja...
mau dilanyak Hafni nanti, huhuhu...


Pilihan kedua...
nak tindan oven-microwave secara vertikal...
kalau buat macam ni, agak tak comel, sebab tingkap akan terlindung sedikit..
nampak bebanan pada oven, bila microwave bertindan atasnya...

Lagipun, kotak untuk dapur tu agak lebar juga..
kalau saya tak gunakan ruang ni, mesti bahagian dapur nampak kosong dan terlalu luas...
jadi eloklah manfaatkan ruang tu...
saya pun fikir, kalau boleh nak gunakan ruang sekadar di bahagian tingkap tu sahaja..
tak nak ambil terlalu besar wilayah untuk dapur ni..
kena pertimbangkan keperluan lain juga..
bilik ni, multipurpose, huhuhu..


Akhirnya, saya pilih untuk susun sederet, melekat pada dinding, untuk jimat ruang dan tersusun..
had selari dengan saiz dapur masak...
rasanya pilihan ini adalah pilihan yang tepat...
awalnya saya risau juga, kalau Hafni tak sampai nak pegang..
tapi bila dia dah mula main, OK je...
memang sampai, memang sesuai...



Seronoknya Hafni tu, buka-tutup pintu microwave dan oven tu...
masa saya ajar dia guna, siap ajar tekan2 kat nombor2, START tu, sambil bunyi tet-tet...
gelak2 dia dengar, pastu dia pun buat juga, tet-tet...
feeling happy, meh!!!


Visual digital ni, buat sendiri, cetak, kemudian lekatkan...
senang kan...
buat digital ni lebih senang daripada buat tombol2 dapur dan oven...


Tengok la, comot je rupa tombol2 ni...
tombol ni saya guna roll tisu dapur yang dah habis tu...
potong ikut saiz yang sesuai, yang timbul tu pun dari roll tu juga...
tombol ni boleh juga guna, penutup botol air atau minyak masak...
kalau guna penutup plastik tu, boleh la pusing2...
yang ni, xleh pusing, dummy je...


Microwave dan oven sedang diuji...
Ikan sedang dimasak, hehehe...


 Set dapur yang pink2 ni je yang dibeli...


Beli kat MrDIY, satu set RM 14.90...


Masa dok belek2 nak pilih, terperasan set ni tak ada sudip, senduk semua...
mulanya nak set yang kaler merah-hitam...
tapi set tu, ada dapur pula...
saya dah buat dapur sendiri, tak perlu nak beli dapur lagi...


Set ni je la yang sesuai..
lain kali nak cari senduk-sudip pula..
kalau susah sangat, ambil senduk-sudip Umi je la, ada banyak Umi tak pakai, wakakaka...

Masa tu cari juga, plastik mainan yang bentuk sayur, buah-buahan kat DIY, tak ada plak..
yang bentuk binatang je ada...
yang bentuk binatang, kami dah ada!


Dah selamat jadi bahan masakan Hafni...hehehe
nanti nak cari sayur, buah-buahan pula...

Tamat sudah cerita DIY dapur kotak untuk Hafni...
kotak banyak lagi tuh,
dok google2, macam2 la idea yang menarik...
macam nak buat satu lagi untuk mainan Hafni...
tunggu dia bosan dulu masak2...
lepas ni kita cari permaian lain pula [kot, kalau rajin]!

Hafni boleh bosan ke?
tak yah bosan2 la, main je masak2 sampai bila2...
xyah Umi buat mainan lain, wakakaka...

SEBELUM

SELEPAS



WhatsApp : 019-3330382
Tempahan Design:
Banner | Buku Iklan | Label | Logo | Header/Edit Blog | Kad Nama | Poster

21 comments:

  1. rajin nya la umi hafni buatkan dapur mini utk hafni..bes jgk klu ada anak perempuan ni,sebabnya boleh agak pe yg dia suka main..klu boy lebih suka pada cars jela kot..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, tu la ank pompuan, kena bg dia main masak2, bg rajin, senang nk tolong Umi nanti, haha..

      Ada byk lg mainan yg boleh di buat drpd kotak, cars pun ada, cuba la nanti.
      Sy pun nk tmbh lg mainan kotak ni, hehe..

      Delete
  2. hhehe... kretiffff.. sangat suka2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.
      Nk buat main2 utk anak je, hehe...

      Delete
  3. Cantiknya :) Rajin & kreatif!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..
      saja suka2 buat sendiri, mungkin lebih puas hati dari beli..
      hehe, mekasih Sis Ida

      Delete
  4. Ya Allah..kreatifnya! cantik sgt!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, saja cuba2..
      Imah pun boleh buat juga, hee

      Delete
  5. Rajinnya.... Dan hasilnya sangat berbaloi dan cantik! Saya suka!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, nasib baik jadi..
      kalau tak, frust menonggeng, hahaha..
      Mekasih, Julie..

      Delete
  6. Replies
    1. Untung eh... poket Abi pun selamat, hahaha..
      Umi pun puas hati lah..
      Mekasih...

      Delete
  7. rajinnye Nabila..syoknya ada anak pompuan leh buat tmpt masak2...
    hihihi..jimat pun jimat kann...dah mak dia pun kreatif..

    ReplyDelete
  8. rajinnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnya mak hafni.
    kreatif lagi. syabass!

    ReplyDelete
  9. sanagat creative..like sgt sgt..saya beli kabinet dapur yg dijual tu,plastik..tp dah hancus dikerjakan abang abang aisya.

    ReplyDelete
  10. rajinnya... saya memang tak sanggup kalau ambil masa berminggu2...

    ReplyDelete
  11. Terasa nk bt diy dapur mainan utk 2 anak dara :)

    ReplyDelete
  12. Sangat rajin Dan kretif....thumbs up...:)

    Jom ke blog saya......

    www.sihatnatural.blogspot.com

    ReplyDelete
  13. Sis lekat oven kat dinding tu guna gam apa yer?

    ReplyDelete
  14. Salam..kak nak tnye..akak balut kotak dgn ketas putih ye? X spray kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..
      ya balut dengan kertas je, guna gam biasa, xda spray apa2 pun.. :)

      Delete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers