Pada suatu pagi tu, teringat nak tanya Mak Mertua, masa berpantang, ada pakai set bersalin ka?
Almaklumlah nanti nak berpantang kat sini.
Dulu dah minta enSuami tanyakan, boleh ke nak berpantang kat sini?
Kena la tanya dulu kan, kang orang tak sudi nak jaga kita kan, malu ja huhuhu
Mak kata, boleh je, tapi kat sini xda la bertungku2, ngurut2 je la ada.
Oh ye, orang Jawa banyak suka mengurut ye....
Kami kat Kedah, mesti la nak bertungku, urut pun kena jugak.
Tapi saya xperasan la plak untuk kes2 kakak ipar, n kakak pakai set bersalin ke tak....
Rasa macam tak dak jaaa...
Tapi hal2 sulit camni, mana la orang luar nak nampak kan..
Saya pun masa tu, bab kawen pun xpikir lagi..
Mana la nak perasan pasal set2 bersalin ni...
Tanya jugak kawan2, guna tak set bersalin ni?
Ada yang guna, ada yang tak.
Kebanyakan yang tak guna, kalau berpantang dengan Mak sendiri balik kampung.
Conpem la Mak2 depa jaga leklok kan....
Kalau Mak saya, huiiiiii, pantang sungguh.
Dengan kakak saya pun dia bising.
Nak ajaq doktot ni payah la sket, petua orang tua2 xmau ikut.
Kalau kakak ipar plak, kes sebab lain negeri.
Mak dia kata boleh makan, Mak saya kata xboleh makan.
Dia pun jadi pening, serba salah nak ikut cakap sapa. tapi dah sebab dok berpantang dengan Mak Mertua, haruslah dengaq cakap Mak kat sini kan, kalau yang dok jauh tu xtau, xpa la kan, huuuuu...
Untuk saya, insyaAllah berpantang kat Selangor je, sebab nak bersalin pun kat sini.
enSuami pun ada kat sini, nanti payah plak nak jauh2....
Rumah sendiri pun dah ada [insyaAllah]
Mesti la lebih selesa di sini.
Lagipun Mak saya selalu xsihat, sakit2.
Ada cucu sulung nak jaga lagi.
Dah la Along tu banyak ragam, membesaq dengan Tok, apa lagi, manja lebih.
Kat sana dah ramai dah cucu.
Kat sini cucu sulung, haruslah kan........
Saya pun xkisah, dah biasa jauh2 ni, xda la penyakit homesick sangat.
Memang jiwa saya kental [setakat ni]
Tapi kalau hal dengan enSuami je lemah, kuikui....
Masa saya tanya tu, Mak mertua tak ingat nama set bersalin tu?
Saya kata Nona Roguy ke, dia kata bukan.
Tapi kalau nak NR pun boleh, elok jugak.
Ikut Nabilah la, mana yang suka. Kalau Mak suka amek yang telan biji je senang, yang air2 akar/herba tu Mak tak boleh masuk.
Ooo, Nabilah telan biji xboleh, kalau minum ayaq OK je kot.
Saya memang susah sket nak makan ubat. Folic acid, obimin yang saya beli, xhabis pun makan. Saya dah bagi kat junior saya je makan kekeke.
Vitamin zincofer n ion yang doktor klinik bagi pun saya xmakan, baru jalan 2 biji. Plastik ubat tu dah nak rosak saya letak dalam handbag, tapi xmakan pon.....
Lepas 2,3 hari Mak Mertua saya bagitau nama set tu sebab dah ingat.
Set Salindah. Jenis homeopati.
Homeopati tu pe, saya tanya balik. Bijik kena telan ke?
Bukan kena telan, kemam je...
Nanti Mak tunjuk. Dia pun tunjukkan ubat homeopati yang dia dok makan, kecik je.
Kalau dah tau kulum, OK la.
Nanti nabilah tengok kat internet.
Saya pun buka la semula blog Kak Engku Bidan Bersalin tu.
Sebelum ni, dah penah baca dah.
banyak sangat pilihan xtau nak amek yang mana....
Macam teringin Sendayu Tinggi, tapi mahainya.
Nona Roguy, dah besa dengaq, harga OK.
Pastu tengok balik kat FB, ada set Amway siap free Bengkung lagi.
Harga pun murah dah, RM 280 kot.
Pastu baca lagi. Jumpa website NR, tengah wat promotion, dapat free bengkung jugak.
Baca testi orang, macam best je....
Saya kalau boleh nak satu set, ada semua.
Xpayah nak pikiaq banyak2. kalau dapat sesiap bengkung kan senang...
Pastu cam murah plak tengok NR ni, RM 310.00...
Mana ni....
Tengok Salindah RM 370.00.
Bila tanya enSuami, nak beli yang mana? NR boleh?
Kenapa? dia tanya saya...
Beli Salindah la senang, bagus, homeopati.
Kemam je bukan kena telan... Sesuai la dengan Sayang.
OK, baik! Saya beli Salindah.
Pastu kena la pikir bengkung plak....
Ini dia kotak Set Salindah. Bila dapat bungkusan ni, baru saya tau, La Era Edar punya ka?
enSuami kata, memang la Era Edar punya... kenapa?
Awat ceq xtau.. dia tak habaq pun kata EraEdar punya. Kalau tau balik beli kat Kedah ja. Kak Murni member Era Edar. Haruslah percaya, orang kampung Kedah yang punya, terbaik dari ladang punya formula Dr Azizan ni, cayalah orang kampung!
Jadi saya semakin yakin untuk pakai produk ini.
Produk ni lengkap sebelum dan selepas bersalin.
Maknanya untuk pregnen sekarang, saya dah stat makan ubat ni....
Dalam kotak tu, ada label macam ini...
B1, B2, B3, B4, B5, B6...
Saya rasa untuk label B adalah untuk penggunaan sebelum bersalin kot.
Saya dah baca manual dia, setakat ni untuk minggu 12 hingga 24, kena makan yang B1.
Sekarang saya dah minggu 23, jadi saya terlepas untuk minggu yang awal2 tu.
Untuk B1, fungsi ubatnya untuk elakkan alahan yang keterlaluan seperti loya, pening, muntah, pengsan, lemah2 badan untuk awal kehamilan yang selalu orang jadi.
Alhamdulillah, saya xda masalah2 alahan ini.
Cuma rugi la ubat2 ni terbiar je lepas ni kan...
Ada sape2 nak? heee, saya boleh poskan, daripada membazir kan....
Nanti bila dah masuk minggu 25, stat B2 plak.
Haruslah gigih ye Nabilah Ahmad.
Pecah rekod ni kalau boleh habiskan 336 biji tu.
2 biji 2 kali makan... lama jgk la nak kemam tu.
Kalau nak cepat, saya buat macam makan gula2 susu masa sekolah rendah dolu2 tu, hehe.
Rasa? xda rasa pape... manis x, tawaq pun tak, pahit lagi la takdak...
Normal je, mindset kita je yang wat kadang2 rasa macam gula2, kadang2 rasa pahit macam ubat.
Jadi haruslah pikir yang ni xda rasa pape... jadi rasa ayaq liuq je la...
Yang label L ni mungkin untuk selepas bersalin.
untuk L7 dan L11 ada cecair, tapi bukan untuk diminum kot sebab saya sempat tengok yang L7 tu, dia tulis ubat sapu untuk luka2..
Yang L11 tu saya xtau, xbuka tengok lagi.
Manual pun baca xhabis lagi. tertinggal plak kat Bangi...
Pastu untuk bengkung, saya timbang2 tara, cewah..
Saya pilih bengkung Leesa.
Ada banyak pilihan yang bagus seperti Sendayu Tinggi, Amway dengan Leesa ni.
Antara 3 ni, Leesa yang paling mahal, RM 49.00.
Sebab beli yang ni, dia cakap, terikat kejap, xkan menaik atau menurun, atau berkumpul di perut sahaja.
Boleh ikat sendiri tanpa bantuan orang.
Lagi, yang lain2 sama ja macam produk lain.
Labuh dari bawah dada sampai punggung.
Punggung pun harus dirapikan, xmau jadi besaq sangat OK...
Untuk kedua2nya saya beli online dengan Kak Engku Bidan Bersalin.
Set Salindah RM 370.00
Bengkung Leesa RM 49.00
Jumlah RM 419.00
Tapi dapat diskaun, dan free pos, saya bayar RM 375.00 sahaja.
Alhamdulillah selesai sudah untuk kes bersalin....
Tinggal nak beli stokin, nak tambah kain batik lagi bagi banyak sket, mesti sangat berguna masa pantang nanti.
Ada lagi keperluan berpantang yang saya lupa?
Bantal tungku tu, xtau lagi nak beli ke tak...
Puan Bell, i yg nak bersalin dah tak lama dah ni pun x beli apa2 lg... hang dah beli macam2 dah...
ReplyDeleteMama Nasih,
ReplyDeletehg xpa la bersalin kali kedua daaa...
kami ni first time kottt...
semua benda tak dak lagi..
buat masa ni dh stop membeli brg2 baby, nk fokus utk hal rumah plak... walaupun set tilam yg penting tu tak beli lagi, huhuhu...
Boleh beli online dari web rasmi www.edaransalindah.com.my
ReplyDelete