Saya xda motip pe nak beli kat GM Klang.
Tapi nak pi sangat, nak tengok2, sebab orang dok sebut2 GM Klang, GM Klang kan...
Almaklumlah sekarang kan dok kat Tanjong Karang, Sekinchan..
Sebenarnya nak kata dekat, conpem la jauh sangat.
Tapi ntah la, saya suka main paham sekali harung jaaa...
Saya ingat Klang, Kapar, Meru, Kuala Selangor, Tanjong Karang, Sekinchan adalah dalam satu kawasan.
Jadi rasa macam dekat la...
Dah dok berulang-alik Bangi, lalu semua daerah tadi, saya ingat dekat la boleh singgah2...
Bila ada pape je kat Klang, saya mesti nak pergi.
Bila tanya enSuami, dia kata jauh lah...
Isk, semua jauh. Apa yang dekat pun xtau la...
Luku kepala pnIsteri ni haaa, kita orang luaq, rasa cam dekat la nooo...
Orang kot sini ja tau, jauh ka dekat, sebab depa tiap2 hari dok guna jalan ni, hohoho.
Saya ingat nak survey2 barang2 baby.
Baca review orang, depa banyak beli baju anak2 kat situ.
Pastu orang kata GM Klang dah berwajah baru sebab bangunan baru bertingkat-tingkat.
Dulu2, jenis wing, so kalau pakai kod P4 ka P6 ka, dah xdak dah la.
La ni pakai floor la 2F ka, 3F ka...
Tapi sebab hari tu, ada cuti Hari Buruh, amek kesempatan ajak enSuami pi sana, yeh!
Sampai sana, dah penuh dah parking kat luar2 tu.
Saya bagitau enSuami ada parking dalam bangunan, sejuk sket keta nanti.
Dia kata susah ar, xreti sebab xpenah datang, dia ikut keta depan ja, parking kat luaq, adehhh...
Waaaa, masa nak naik tangga tu senyum lebaqq ar, sambil pegang tangan enSuami.
Syokk la tu, enSuami ejek.. Saya sengihhhh, heeee.
Nak beli apa pun xtau.
Nak tengok la dulu, ada apa kat GM ni.
Kalau sesuai beli....
Dah masuk tingkat tu, banyak plak wing dia.
Sampai tak ingat daa, dah masuk ke belum...
Jumpa la barang2 baby tu, macam selimut/bedung jenama Carters yang saya beli masa expo lepas.
Nasib baik, kat sini murah 2,3 hinggit je.
Kalau tak mesti menyesal, terbeli yang mahal, huhu.
Cuma kat sini selain Carters, ada jenama CK juga.
Rompers, macam orang jual2 kat FB.
Saya ingat dulu nak beli la satu set merasa kan, wat test2 dlu.
Tapi pk2 lagi, ermmm xpayah lah.
Nak beli baju yang sepasang la, xseksi sket...
Yang seluar ketat tu, ape orang panggil? tight? pun xbeli jugak...
Yang saya xbeli langsung untuk baby, adalah sarung tangan, kaki.
Yang ni memang xdak beli lagi..
Kat sini ada jumpa sepasang kaki+tangan = RM 10.00.
Mana gambar ni, xdak plak, hohoho...
Beli 6 pasang, dapat harga borong jadi RM 36.00.
Pastu saya jumpa nursing bra, RM18++ kot.
Yang RM 20++ pun ada.
Tengok jenis kain kot.
Konon2 nak survey2 dlu, sekali terus lupa sampai balik dalam keta, baru teringat tak beli bra.
Kalau tak, habis daa cerita pasal bra.
Mesti nak borong terus banyak2 ikut banyak mana nak pakai, sebab beli banyak2, boleh murah lagi.
Pastu jumpa jugak kedai yang jual jam dinding cantik2 tu...
Kami dapat tengok2 je...
Xdak bajet nak beli jam yang cantik2 tu.
enSuami kata macam teringin.
Saya ingatkan dia, eh dah lupa ke, dah beli jam besaq kat Ayaq Itam hari2, ha ha ha...
Hat tu pun xpakai lagi.
Dok tunggu rumah nanti, baru nak guna.
Nanti2 lah ye, jangan membazir, kekeke...
Lepas tu jumpa kedai blaus saiz besaq2.
Minat la jugak.
Kalau beli 3 helai, boleh dapat murah lagi.
Saya dok berkira2 dah nak amek.
Ntah macam mana, macam berat je nak keluarkan duit masa tu.
Pastu keluar macam tu je, xjadi nak beli.
Pastu jalan depan lagi, jupa kedai baju pregnant plak.
Banyak pakaian macam sesuai untuk non muslim la, lebih kepada cam fesyen korea tu ha..
Pastu tangan saya terpegang seluar.
Saya pun tunjuk la kat enSuami, macam ni la seluar orang pregnen.
Sebab sebelum ni dia heran macam mana pompuan boleh pakai seluar jean lagi walaupun pregnen, sebab tengok isteri dia perut kecik macam ni pun rasa ketat, tambah la perut orang lain.
Ooo, macam ni, patut laaaa, OK dia dah paham, heee.
Pastu dia pun suh beli, alang2 dah jupa.
Kat Mum Dreams pun ada, yeye je nak beli kat sini.
Tapi sebab kat sini ada seluar yang jenis pe nak cakap, rocky ke orang panggil, kain yang tebal sket tu, tapi bukan jeans.
Kalau MumDreams, kain biasa, more to ladies.
Saya suka yang tebal, baru rasa selamat sket.
Pastu pilih2, amek 2 helai.
Xdapat kurang banyak, RM3 sket pun dia tak leh kurang selepas total.
Jadi saya pun bayar la RM103.00 untuk dua helai seluar.
Kaler hitam n kelabu kot.
Saya pun xpakai lagi.
Terlupa plak.
Ingat semua brg2 pregnen pakai lepas bersalin agaknya...
Tapi beli seluar maternity, kuikui.
Kena pakai sekarang ni, baru betoi.
Lepas tu, jalan2 jupa kedai wallpaper.
enSuami dah jatuh cinta plak kat wallpaper ni...
Dulu2, masa saya minat wallpaper, enSuami kata mahal la, xlawa la, susah la. Guna cat murah sket.
Sekarang saya suka cat2, xsuka wallpaper sebab coraknya crowded, enSuami plak minat wallpaper.
Bukan main puji lagi, wallpaper la senang, cantik, nampak elegen, macam orang kaya, pulakkk?
Pastu bila sembang2 kat kedai ni, dia dah mula paham tentang penggunaan wallpaper ni.
tapi kami xbeli la segera masa tu.
Sebab, xtau lagi nak letak mana. Tema deko rumah camna.
Saya dok jaja kat enSuami, tema english style...
Dia masih xsetuju, serabut katanya..
Bukan english style jenis floral cottage tu, saya pun xminat.
Tapi english style yang simple but nice to see...
Susah betul nak pahamkan enSuami ni...
Dia tatap nak tema Modennnn.
Di kedai yang sama jugak, kami jupa tinted cermin yang bercorak.
Dalam banyak2 tempat survey, yang ni ja yang saya amek gambaq, hahaha..
Sebab xmau lupa, nama kedai ni.
enSuami kata dia dah conpem, nak jugak wallpaper ni.
Harga dia bagi segulung RM 70. Kalau beli banyak boleh dapat RM 50.
Selalunya 1 feature wall, perlukan 2 gulung, kata staf kedai tu.
Saya plak nak tinted cermin bercorak, untuk rumah.
Tapi enSuami xkasi, sebab nanti xnampak luar.
La, watpe nak nampak luar, bagus pe, luar dalam, xnampak.
Dia kata bahaya la, kalau dari dalam xnampak luar, sape datang, sape mengendap ke, ada pencuri nak masuk, ancaman pape kat luar, apapun kita xtau...
Saya kata kalau xleh 1 rumah, wat utk tingkap dapur n sliding door pun cukup la..
Sebab saya segan la kat jiran, kalau nampak2 kan....
Langsir pun xtau lagi macamana rupa...
Tapi tinted ni, xda penyerapan haba, jadi xda la fungsi sgt [setakat cantik bercorak je] macam tinted biasa, boleh serap haba, dalam rumah pun jadi tak panas.
Ok, rasanya saya kalah kat sini.
Nanti kami beli wallpaper je la...
Pastu kami buat ape lagi eh...
Rasanya masa ni dah sakit2 kaki, perut sudah berkeroncong.
Patut la ada orang siap bawak makanan lagi, sambil jalan sambil mengunyah2.
Dahaganya masa tu tengok orang makan minum.
Lepas ni, kalau nak datang survey2 lagi, kena bawak cekedis la wat kudapan.
Alas2 perut sambil2, xda la enSuami nak tarik muka xsyok tu...
Saya rasa macam boleh lagi nak terus, tapi dalam xsedar, jam dah lebih kol 1.
Cepatnya masa, xhabis lagi tengok2, xsedaq sungguh.
Kami pun turun la cari foodcourt.
teringin nak makan kebab Turki bila nampak bunting kt eskelator.
Tapi pusing2 kat dalam tu, xjumpa pon.
Akhirnya kami singgah makan kat sini.
Arisan, Taiwanese Fried Chicken.
Kalau tengok hidangannya, walaupun kami nak makan kat situ, tapi packaging tetap macam take away.
Nak jimat ayaq n tenaga.
enSuami ingat nak bungkus, saya kata jom la merasa makan macam kat Korea, kuikui...
Kami pun duduk la kat meja tinggi ni...
Sebab kerusi dia tinggi sangat, enSuami tanya boleh ke saya naik?
Amboi, kalau xbo, nak angkatkan ke? heee
Boleh la, apa tak bolehnya.
Dah dulu2, teringin nak wat counter top camni kat dapur rumah.
Tapi memandangkan dapur rumah nanti, macam xmuat je nak buat macam ni, jadi merasa je la kat kedai...
Ni la Arisan.
Ayam gril, salutan madu n bijan.
Yang ni yang saya amek.
Kalau gril sahaja pun ada.
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih untuk komen bernas anda :)