Search This Blog

Monday, 29 March 2010

Apa YanG GemPaQ di SoUTUCS MPAJ?


Satu: Al-Hamra'

Memang happening la, geng Al-Hamra' hari tu. Kitorang telah menggamatkan suasana dengan membawa sepanduk S-E-R-D-A-N-G. Masa Rabiatul Adawiyah menyanyi untuk kategori solo, dengan Lagu InsyaAllah (Maher Zain) tanpa Minus One. So kitorg tolong jadi backup singer dari tempat duduk penonton. Tempat kitorg kat belakang tu. Tapi riuh cipan! Huahuahua...


Kedua: Ina Naim

Sebelum pergi tu, dah tau Ina Naim akan menjadi salah seorang Juri untuk pertandingan ini. Fiza ada kata, apa Ina Naim tu tau? Dia bukan penyanyi profesional. Lagipun org cakap suara dia xsedap. Bila hari persembahan tu, bila dia bagi komen2 tu, ooo, tau lah, komen dia memang berbas. Walaupun org kata suara dia xsedap, tapi memandangkan dia adalah seorang penyanyi dari syarikat rakaman, sedikit sebanyak dia ada asas pengetahuan tentang pengurusan vokal. Masa tu, dia ada kata, Kepada sesiapa yang akan menang atau memang berpotensi untuk menyanyi boleh dapatkan khidmat tunjuk ajar guru vokal supaya boleh membimbing bagaimana untuk menguruskan kekuatan vokal dengan baik. Cakap2 dia pun best. Nampak la, bukan xberilmu la (kira layak la jadi juri, org kan artis mesti dia ada amek klas vokal). Sekarang ni Ina Naim hanya menyanyi di majlis2 dalam dewan tetutup je. Masa hari2, En Suami, Suhaimi pun ada datang selepas kitorg rehat dengan membawa anak mereka sekali, aktif betul. Asyik dengan belon2 kat pentas. Xheran pun dengan mak ayah dia yang sedang bergambar. Ajak bergambar pun xmau.

Ketiga: Ketua Nisa' dan SU Nisa' Selangor

Bulan Februari lepas dapat berita yang Ketua Nisa' Selangor, Kak Mashitah telah meminta suaminya untuk menikahi sahabat baik seperjuangan SU Nisa' Selangor, Kak Siti Farah. Berita ni diketahui sebab Kak Siti Farah, adalah kakak angkat kepada Aisyah (adik Nada). Masa dapat emel hebahan ni, Nabilah xkenal lagi siapa ketua Nisa' dan SU Nisa' ni. Kebetulan dapat jupa di MPAJ hari2. Kak Siti Farah jadi ketua Juri. Selepas tamat semua, masa nak balik, baru berkesempatan berbual mesra dengan mereka berdua. Tupun sebab kesilapan MC yang xbagi sijil Penyertaan SoUTUCS kat kumpulan Al-Hamra'. Aisyah merajuk, marah kat Kak Farah. Aisyah kata, teruk sangat ke kitorg, sampai sijil pun xdapat langsung? Kak Farah kata, X, korang OK je semua, Top 5 lagi. Tapi xtau la betul ke x. KOt2 Kak Farah nak sejukkan hati kitorg semua, ahaks.. Pas2, Kak Mashitah minta maaf sorang-sorang kat geng kitorg bagi pihak AJK SoUTUCS. Yang sedihnya, Kak Mashitah baru je keguguran, anak ke-4 kot. Sebab2 yang dia banyak duduk je..

 ~Aisyah, Lina, Kak Farah, Fiza, Nurul. Kak Mashitah (duduk)~

Hebatkan  ukhuwah Kak Mashitah? Sampai sanggup berkongsi cam2. Nada da cerita yang Kak Farah banyak kali dikecewakan lelaki. Yang paling teruk sekali, 2minggu sebelum majlis pernikahan, pihak lelaki batalkan pertunangan semua. Alasan, mak lelaki2 xsuka Kak Farah, nak jadi menantu dia. Selama ni, sampai dah pergi bertunang, takkan mak dia xkenal Kak Farah lagi? Aduh, kesian. Nak kata, Kak Farah xcantik, lama2 diperhatikan, cantik je. Apa yang xkena? hanya mereka dan keluarga mereka sahaja yang tau.. Pesanan dari penaja, hehe. So, dah hampir sebulan la, Kak Farah bermadu dengan Kak Mashitah. Harapnya, baik2 aja...madu-madu sekalian, semoga semakin berkat, bahagia hidup dalam berjemah ni. Allahuakbar!!!


LESTARIKAN INISIATIF IMEJ SELEKTIF

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers